Jumaat, 19 Mei 2017

Ahamad Sipon Ketua Pengarah Pelajaran baru



ARKIB : 16/02/2005

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baru mulai hari ini.

Pelantikan Ahamad, 54, bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rafie Mahat yang bersara pada 31 Disember lalu diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Hishammuddin berkata, Ahamad merupakan calon yang paling sesuai memegang jawatan tersebut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam kementerian.

``Saya berharap dengan pelantikan ini, Ahamad akan menggunakan ilmu serta pengalaman yang ada untuk bersama-sama memajukan bidang pendidikan di negara ini sehingga menjadi yang terbaik di dunia.

``Di samping itu, diharap beliau juga dapat meneruskan usaha ke arah memperkasakan sekolah kebangsaan, memartabatkan profesion perguruan dan merapatkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahamad yang dilahirkan pada 15 Julai 1951 berkecimpung dalam dunia pendidikan tanah air selama hampir 30 tahun.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti of Adelaide, Australia.

Beliau melanjutkan pelajaran sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Sains dan Ijazah Kedoktoran (Pendidikan Teknik dan Vokasional) dari Virginia Polytechnic Institute and State University serta mengikuti kursus Advanced Management Programme di Harvard Business School, Amerika Syarikat.

Ahamad memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan sebagai Pensyarah Politeknik Ungku Omar pada 1975, Pengetua Politeknik Sultan Ahmad Shah, Kuantan (1984) dan Politeknik Batu Pahat (1987).

Pada 1989, beliau dilantik Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum, Pengarah Bahagian Pengurusan Politeknik (1997) dan Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor (1999) sebelum menjawat Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal sejak 2000.

Sementara itu, Ahamad yang dihubungi hari ini menyifatkan pelantikan itu sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

``Ia adalah satu tugas yang diamanahkan untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran dan memartabatkan profesion perguruan negara,'' katanya.

Menurutnya, segala amanat dan dasar-dasar kementerian akan diteruskan bagi memastikan masa depan pelajar dan pendidik berada di tahap yang membanggakan

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm#ixzz4gy9JIkde
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 16 Mei 2017

Masyarakat Feudal

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
       Kemunculan masyarakat feudal di Eropah dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal.
Menjelang akhir abad ke-19, masyarakat feudal muncul di bahagian lain di benua Eropah
Kemunculan masyarakat feudal di England bermula semasa pemerintahan William Si Penakluk (1028-1087).Baginda meletakkan asas bagi kelahiran feudalisme yang lebih teratur dan sistematik di negara tersebut. Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam peranan dan kedudukan masyarakat feudal di England. Prubahan ini berlaku ekoran daripada perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan kemunculan negara bangsa.Perkembangan masyarakat feudal di Jepun dapat dikesan sejak zaman Kamakura hingga zaman Sengoku Jidai. Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman Shogun Tokugawa  (1603-1867). Masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.[1]
Konsep / definisi Masyarakat Feudal
Digunakan sejarawan untuk menerangkan susunan sosial masyarakat yang muncul di Eropah pada zaman pertengahan di Eropah.
Secara umum tetdapat dua maksud feudalisme yang merangkumi ciri persamaan dan perbezaan.Takrifan pertama feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan tertentu iaitumengikut Susun lapis hierarki.Takrifan kedua
Membawa maksud satu sistem hubungan timbal-balas yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas.[2]

Sistem feudal pula ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-indivudu tertentu dan bukan wakil dari kerajaan pusat.  Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas  dan bersusun lapis mengikut hierarki.[3]

Masyarakat Feudal di England abad ke-16 hingga 17
Sejarah kemunculan Sistem Feudal di England
Sebuah kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke - 9 M, selepas perpecahan Empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-l 3 M.
- Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh ke tangan orang persendirian
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England
Sosial
- Masyarakat bersusun lapis yang terdiri daripada raja bangsawan dan petani (serf)
-Wujud hubungan timbalbalas dianttara dua kumpulan iaitu golongan yang memerintah dan diperintah.
- Golongan pemerintah terdiri daripada raja dan beberapa bangsawan  Bangsawan  merupakan pengikut yang setia (vassal) kepada raja
- Rakyat biasa yang dikenali serf merupakan golongan yang setia kapada bangsawan yang berkuasa ke atas mereka.
Ekonomi
Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal dalam komuniti kampung yang dikenali sebagai manor
- Kegiatan ekonomi bergantung kepada aktiviti pertanian.
Manor menjadi asas ekonomi feudalisme kerana manor yang menghasilkan makanan untuk semua lapisan masyarakat termasuk raja.
- Kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor tidak menjalankan perdagangan dengan manor yang lain sebaliknya mereka menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri
- Perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan dikendalikan secara sistem barter.
Agama
Gereja katolik merupakan institusi yang berkuasa, mereka memiliki sebahagian besar tanah.
- Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada zaman feudal.
- Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan masyarakat
- Gereja menekankan aspek kerohanian (keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi.
Politik
Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang lemah menyebabkan peperangan sering berlaku antara wilayah.
Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana berkongsi kuasa dengan golongan pembesar. Golongan pembesar pula sering menentang raja.

Susun lapis Masyarakat feudal di England
Raja
Dalam sistem feudal di England, raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi. Raja merupakan pemerintah yang berkuasa mutlak dan menguasai seluruh tanah dalam kerajaannya.Di bawah raja ialah golongan bangsawan yang menerima tanah secara langsung daripada raja. Raja akan memberikan hak pajakan tanah kepada golonganbangsawan/vassal. Sebagai balasan golongan bangsawan akan menawarkan bantuan ketenteraan kepada raja. Raja amat bergantung kepada golongan bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya.Bagi memastikan golongan bangsawan taat setia kepadanya, raja memberikan anugerah dan gelaran kepada golongan bangsawan. Namun terdapat juga bangsawan yang terlalu berkuasa hingga dapat mengancam kedudukan dan kekuasaan raja.Menjelang abad ke 16 dan 17, pemerintahan monarki mutlak diamalkan di England iaitu ketika pemerintahan Dinasti Tudor dan Stuarts.[4]   
Bangsawan
Dalam susun lapis mesyarakat feudal, kedudukan golongan bangsawan ialah selepas raja.  Golongan bangsawan besar menjadi tenant inchief/Bangsawan lapis pertama. Mereka memiliki tuan tanah yang berkhidmat untuk baron di sebahagian besar negara.
Di bawah Bnagsawan Lapis 1 ialah Bangsawan lapisan kedua.
Pahlawan Knight
 Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Berkhidmat dengan raja,bangsawan (lord atau baron) dan mendapat ganjaran seperti tanah,harta, dan barang rampasan.
Bertanggungjawab melindungi bangsawan dan keluarga bangsawan. Terikat dengan sumpah yang mengkehendaki mereka berkhidmat untuk raja dan bangsawan. Boleh dipanggil bila-bila masa.
Knight mengagihkan tanah kepada serf dan sebagai balasan serf akan memberi perkhidmatan kepada knight.Knight pula akan melindungi serf dan keluarganya.Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah dan pasukan tentera sendiri. Mereka juga berhak memungut cukai di kawasannya.

Petani
Rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Mereka dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya.Petani terikat dengan pemimpin atau tuan tanah mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat
ke tempat yang lain.
Berada di bawah pengawasan dan bergantung kepada raja dan bangsawan untuk mendapatkan rezeki. Bercucuk tanam dan menjalankan ternakan di tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian. Ada juga petani yang menyewa tanah dengan golongan bangsawan.
 Petani mewakili sebahagian besar daripada penduduk England. Mereka dikenali sebagai freeman, villian, sokeman, border dan cottar.
Petani dikawal oleh tuan tanah antaranya oleh lord manor (institusi manor/ladang) yang akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani mendapatkan keadilan.
Hamba
Berada di bawah golongan petani mewakili satu persepuluh penduduk England.
- Golongan ini tidak memiliki tanah dan mempunyai hak perundangan yang terhad.
Paderi
- Merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal.
- Pada abadke-12 dan 13 M hampir l/3 daripada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.

- Bishop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan. Campur tangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).

Sejarah STPM P1 2017

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SEJARAH STPM PENGGAL 1 2017
Penggal
Pengajian
Kod dan nama kertas
Jenis Ujian
Markah
(Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal 1
940/1
Sejarah  1
Sejarah Dunia
(1500-1955)
Ujian bertulis

Soalan esei
6 soalan diberikan
Jawab 4 soalan daripada
6 soalan
80
(29%)
2 jam
Pentaksiran berpusat
 Penggal 1 mengandungi 4 tema utama iaitu:
1.     Masyarakat.
2.     Pemerintahan dan Pentadbiran.
3.     Kemajuan dan Pembangunan.
4.     Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.

 Tema 1: Masyarakat
1.1  Masyarakat Feudal (England dan Jepun).
1.2  Masyarakat Agraria (Belanda dan China).
1.3  Masyarakat Maritim (Portugal dan Jepun).
1.4  Masyarakat Industri (England dan Jerman).

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
2.1     Institusi Pemerintahan:
          2.1.1  Raja atau Maharaja (China dan Rusia).
          2.1.2  Pembesar (China dan Rusia).
2.2     Negara Bangsa:
          2.2.1  Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan (Englan dan Perancis).
          2.2.2  Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan (Perancis dan Amerika).
          2.2.3  Penyatuan Negara Bangsa (Itali dan Jerman).

Tema 3: Kemajuan dan Pembangunan
3.1     Sistem Ekonomi.
3.1.1   Feudalisme dan Kapitalisme (Jepun, China, Jerman, Perancis, England, Amerika. 
3.1.2   Perkembangan Ekonomi.
            3.1.2.1  Perdagagan dan Perniagaan (Portugal & Belanda).
            3.1.2.2  Pertanian (Belanda & England).
            3.1.2.3  Perindustrian (Jerman & Jepun).
3.2      Intelektual.
          3.2.1  Perkembangan Ilmu (England & Perancis).
          3.2.2  Sumbangan Tokoh (England & Perancis).
3.3     Kemajuan Pendidikan (Perancis & Jerman).

Tema 4: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
4.1     Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat & kesan penjajahan Barat (China & India).
4.2     Konflik Antarabangsa.
          4.2.1  Perang Dunia Pertama (1914-1918) - (Jerman & Rusia).
          4.2.2  Perang Dunia Kedua (1942-1945) - (Jepun & Amerika Syarikat).
          4.2.3  Perang Dingin (1945-1955) - (Rusia & Amerika Syarikat).
4.3     Dekolonialisasi dan Pengembalian Kedaulatan (China & India).
4.4     Perhubungan Luar.
          Soviet Union & Amerika Syarikat. -PBB.
          United kingdom & India. -Komanwel.



          United Kingdom & Amerika Syarikat. -NATO.

Isnin, 8 Mei 2017

3. BINCANGKAN SUMBER EKONOMI DAN KEPENTINGANNYA KEPADA MASYARAKAT PADA ZAMAN PEMERINTAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI MADINAH

Pendahuluan
·         Pada 622 M Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah kesan daripada Perjanjian Al­Aqabah 1 dan Al-Aqabah II dengan golongan Arab Madinah iaitu suku kaum Aus dan Khazraj. Kedatangan Nab] clan golongan Muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah.
·         Melalui Perjanjian Madinah, Rasulullah telah dilantik sebagai ketua negara bagi memimpin masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan Madinah merupakan negara Islam yang pertama.
·         Sebagai pemimpin negara Rasulullah telah menjalankan pentadbiran negara, membangunkan ekonomi dan sosial di Madinah. Dari sudut ekonomi, Rasulullah telah memberi tumpuan untuk menghapuskan jurang ekonomi masyarakat Madinah dan pembangunan ekonomi selaras dengan tuntutan agama Islam.
Sumber-sumber Ekonomi

1.      Derma (sedekah)
  1. Sumber - Derma merupakan sumber pendapatan negara yang terpenting terutarna di awal penubuhan negara Islam. Sumbangan derma dilakukan oleh masyarakat Madinah yang kaya clan berharta. Ianya dalam bentuk sumbangan keperluan asas seperti pakaian dan makanan, wang, dan harta tanah.
  2. Kepentingan -
                      i.          Derma dan sumbangan ikhlas golongan Ansar telah dapat menyelesaikan masalah kemiskinan golongan Muhajirirt yang berhijrah ke Madinah tanpa membawa sebarang harta benda. Orang Ansar telah berkongsi harta mereka (rumah, kebun, dan dusun) dengan saudara mereka golongan Muhajirin.
                     ii.         Derma juga penting untuk membolehkan Rasulullah memperkukuhkan kedudukan tentera Islam.. Contohnya. Dalam peperangan Khandak, Saad bin Ubadah menderma kurma kepada tentera Islam. Usman bin Affan, Abu Bakar, Talhah bin Ubaidullah telah menderma wang untuk memperkukuhkan tentera Islam dalam perang Tabuk.
                    iii.        Selain itu orang Islam juga telah mewakafkan tanah mereka untuk kepentingan          masyarakat dan agama. Kulthum bin al-Hinm telah menyerahkan tanahnya untuk membina masjid Quba'.

2. Rampasan Perang (Ghanimah dan Fai')
a.       Sumber-Kekalahan musuh dalam sin' peperangan dengan tentera Islam telah menghasilkan pendapatan negara dalam bentuk hasil rampasan perang. Harta tersebut ditinggalkan oleh pihak musuh yang menyerang tentera Islam. Bentuk rampasan perang ialah bekalan makanan, senjata, binatang ternakan, dan barang perniagaan yang dibawa oleh pihak musuh. Dalam peperangan Badar, tentera Islam berjaya mendapat rampasan seperti unta, tikar Wit dan pakaian. Dalam perang Khaibar tentera Islam berjaya mendapat harta rampasan perang yang besar iaitu dianggarkan 9,500 dinar dalam bentuk senjata, unta, emas, dan kekayaan lain.
  1. Kepentingan-Setiap harta rampasan perang dibahagi kepada lima bahagian. Satu bahagian diserahkan kepada tabung negara dan empat bahagian diagihkan kepada tentera Islam yang menyertai peperangan tersebut. Walaupun hasil rampasan perang tidak besar tetapi ianya penting sebagai pendapatan negara dan sumbangan tentera Islam yang menyertai perang secara sukarela clan tidak dibayar gaji. Ianya dapat mengurangkan bebanan ekonomi masyarakat Islam.
3. Hartanah yang ditinggalkan oleh musuh
a.       Sumber -Di zaman Rasulullah hartanah tanah kebanyakannya yang dimiliki oleh orang Yahudi yang tinggal di Madinah. Bani Qainuqa memiliki pasar, rumah, dan kedai. Bazu Nadir dan Bani Quraizah memiliki ladang yang luas terutama di Khaibar. Tindakan orang Yahudi melanggar perlembagaan Madinah menyebabkan mereka diusir keluar daripada kota Madinah dan harta milik mereka ditinggalkan sebagai harta rampasan.
b.      Kepentingan-Hartanah ini membolehkan Rasulullah mengagihkan kepada masyarakat di Madinah bagi mengurangkan jurang ekonomi dengan persetujuan golongan Ansar dan Muhajirin. Rasulullah telah mengagihkan sebahagian daripada hartanah Bani Nadir kepada dua orang Ansar yang miskin dan orang Muhajirin. Sementara itu dusun di Khaibar merupakan tanah yang dimiliki oleh petani asal dengan syarat menyerahkan sebahagian hasilnya kepada kerajaan.
4. Tebusan Tawanan Perang
a. Sumber- Sumber pendapatan negara juga diperoleh daripada hasil tebusan tawanan perang. Dalam Perang Badar. Menurut Ibnu Ishaq, 20 orang tawanan perang telah membayar 75,000 dirham. Dalam peperangan orang Islam menentang Bani al-Mustaliq--Ferlaya mendapat tebusan tawanan perang.
b. Kepentingan-Tebusan tawanan perang disyaratkan satu daripada lima bahagian di serahkan sebagai khumus kepada negara dan selebihnya kepada tentera Islam. Wang tebusan tersebut digunakan oleh Rasulullah untuk memperkukuhkan tentera Islam (kelengkapan perang)
5. Jizyah
a.       Sumber- Jizyah sejenis cukai yang hanya dikenakan kepada lelaki non muslim sahaja. Golongan pertama membayar jizyah kepada Rasulullah ialah penduduk oleh penduduk Taima' pada tahun 7 H. Orang Yahudi Taima bersetuju membawa jizyah sebagai perlindungan keselamatan clan harta benda mereka . Selain itu jizyah juga dibayar oleh penduduk bukan Islam di Najran, Harba, dan Azruh. Kadar jizyah dibayar oleh kebanyakan mereka ialah satu dinar. Contohnya 300 orang penduduk Allan telah membayar 300 dinar untuk setahun.
b.      Kepentingan - Pembayaran Jizyah ke atas negara Islam di Madinah menunjukkan masyarakat bukan Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mengiktiraf kepimpinan Nabi Muhammad dan negara Islam Madinah. Orang Yahudi yang sebelum ini berusaha untuk menentang kerajaan Islam terpaksa meminta perlindungan dari kerajaan Islam. Pendapatan dari cukai jizyah juga membolehkan Nabi membangunkan masyarakat Islam di Madinah.

6. Zakat
  1. Sumber - pada tahun 2H zakat diwajibkan ke atas orang Islam. Zakat dibahagikan kepada dua jenis iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat harta merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta apabila sampai nisabnya dan genap setahun. Zakat fitrah diwajibkan oleh Rasulullah di bulan Ramadan dengan kadar yang ditetapkan ke atas makanan rugi kepada golongan yang berhak. Zakat berikan kepada golongan yang berhak menerimanya dari hukum syarak. Zakat harta benda termasuklah hasil pertanian rug], bintang ternakan tertentu, keuntungan perniagaan, emas, dan perak..
b.      Kepentingan- Selain daripada menandakan keimanan seseorang, zakat juga memberi kesan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat Islam. Ianya dapat mengurangkan jurang kekayaan dan membantu golongan yang miskin dan berada dalam kesulitan.    Selain daripada kerajaan, masyarakat Islam juga berperanan dalam bidang ekonomi dan sosial. Mengikis sifat bakhil, dan menyucikan harta.

Kesimpulan

Kepelbagaian sumber ekonomi pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW sangat membantu dalam perkembangan negara Islam Madinah dan menjadi panduan pengurusan ekonomi kepada negara Islam seterusnya.
sumber-SKEMA PERCUBAAN PAHANG 2017