Selasa, 24 Januari 2017

Kaedah pemilihan Khalifah

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Syariat Islam tidak menentukan bagaimana sistem pemilihan secara syura dilaksanakan secara terperinci. Disebabkan itu, terdapat berbagai-bagai bentuk syura yang dilaksanakan sepanjang pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin.
C)Kaedah perlantikan Khulafa al-Rasyidin
a)Pelantikan secara demokrasi/musyawarah.
b)Pemilihan khalifah oleh rakyat melalui majils syura.
c)Mendapat baiah dari rakyat.

Kaedah pemilihan Khulafa al-Rasyidin
a)Khalifah Abu Bakar r.a –kaedah perundingan
b)Khalifah Umar r.a – kaedah wasiat khalifah terdahulu.
c)Khalifah Uthman r.a kaedah mengusulkan sekumpulan calon.
d)Khalifah Ali r.a kaedah pengusulan oleh sekumpulan masyarakat.

Kaedah pemilihan Khalifah Bani Umayyah
a)Perlantikan khalifah berdasakan warisan atau keturunan.
Berbentuk monarki, ketuunan atau waisan- melantik puteranya Yazid sebagai pengganti.
b)Putera Mahkota
Khalifah Marwan melantik puteanya Abdul Malik sebagai putera mahkota.
c)Dipekenalkan oleh Muawiyyah pada tahun 661M
d)Kelemahan dan kelebihan kaedah warisan,
e)Kaedah ini diteruskan pada zaman pemerintahan kerajaan Islam yang lain.[1]




[1]“Pemilihan Khalifah” dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),15.

Sabtu, 21 Januari 2017

Ciri-ciri Khalifah

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pelantikan khalifah memenuhi ciri-ciri kelayakkan tertentu
1 Khalifah merupakan ketua negara. Sebagai khalifah, kuasa beliau tidak terhad pada aspek keagamaan sahaja, malahan juga aspek keduniaan.
2 Dalam melaksanakan tanggungjawabnya mentadbir negara lslam, khalifah mesti menjadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan, seperti semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.
3 Oleh itu, pemilihan seorang khalifah atau calon khalifah mestilah berdasarkan kepada beberapa ciri. Antaranya ialah:
(a) beragama Islam
(b) lelaki merdeka
(c) adil
Keadilan dalam semua aspek atau perkaa seperti percakapan, perbuatan atau tindakan dengan berpaksikan al-Quran dan sunnah. Seseorang pemimpin yang adilialah pemimpin yang bercakap benar, bersikap amanah, sabar, menjaga batas pergaulan, menjauhi dosa dan menjaga mauah. Keadilan akan mmewujudkan kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan negara.
(d) berilmu
Ilmu membolehkan seseorang khalifah memutuskan sesuatu hukum atau membuat keputusan tepat terhadap masalah agama dan masalah duniawi. Khalifah bukan sahaja memerlukan ilmu agama tetapi juga memiliki ilmu keduniaan seperti ilmu perundangan,kewangan dan  sosial.Ilmu akan melicinkan urusan pemerintahan dan pentadbiran.
(e) mempunyai pemikiran yang waras dan tajam
(f) mempunyai wawasan yang jelas terhadap masa depan negara (siasah)
(g) tidak cacat/sihat
Seseorang khalifah hendaklah memiliki tubuh atau fizikal yang sihat atau tidak berpenyakit.Kesihatan seseorang khalifah sangat perlu bagi menjamin pelaksanaan pemerintahan dan pentadbiran berjalan dengan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat dan negara.[1]
(h) warak
(i) berani
      Kepentingan seorang ketua negara dalam Islam tidak hanya dari aspek siasah, tetapi juga mengutamakan soal akhlak. Ini kerana, beliau akan menjadi contoh kepada takyatnya.[2]



[1]Mahdi Shuid. Et.al, Teks STPM Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi :Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd,2013),70.
[2]Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,36. 

1.5 Institusi Khalifah-konsep khalifah.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
a)Konsep khalifah
Selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w, pemerintahan dan pentadbiran negara Islam diterajui oleh empat orang khalifah iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. zaman tersebut dikenali sebagai “Zaman Khulafa al-Rasyidin'.PemerintahanKhulafa,al-Rasyidin merupakan contoh terbaik dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.[1]

Khilafah  ialah institusi pemerintahan dan pentadbiran Islam yang bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Orang yang mengetuai institusi ini dipanggil khalifah.Khalifah membawa maksud pengganti Nabi Muhammad SAW oleh sebab tugas menerima wahyu sudah selesai dengan kewafatan baginda,maka tugas seorang khalifah adalah:
(a)menurut al-Mawardi dalam kitab al-Ahknmal-Sultaniyyah, memelihara agama (syariah)   dan mentadbir dunia.
(b) menurut Ibn Khaldun dalam kitab Muqaddimah- menegakkan agama dan mentadbir  dunia mengikut hukum syariah untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.
Hampir semua mazhab dalam lslam,kecuali serpihan mazhab Khawarij  dan Muktazilah, mewajibkan masyarakat Islam mewujudkan institusi khilafah,atau dalam istilah Syiah disebut
Imamah bagi memelihara agama Islam dan mentadbir negara dan masyarakat Islam.

Pelaksanaan sistem berkhalifah bermula pada zaman Khulafa al- Rasyidin, diikuti oleh khilafah Umayyah,Abbasiyah,Fatimiyyah dan berakhir pada pemerintahan Uthmaniyah dengan tertubuhnya Kerajaan Republik Turki pada tahun 1923.[2]

a)Sistem khilafah –institusi pemerintahan Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis.
b)Hukum menegakkan khilafah
Umat Islam bersepakat bahawa menegakkan atau melantik khilafah atau imamah adalah wajib.Dalil kewajipan menegakkan khalifah adalah berasaskan kepada ijmak para sahabat, para tabiin dan ulamak-ulamak Islam.
c)Jawatan penggantian khalifah.
Semasa kewafatan Abu Bakar dan perlantikan Umar, tiada seoang pun dalam kalangan mereka yang menyatakan tidak perlu kepada khalifah,imam atau pemimpin. Inilah ijmak paa sahabat yang merupakan dalil yang kuat untuk menetapkan kewajipan meneggakkan khilafah atau imamah.[3]
d)Pelaksanaan sistem khilafah dengan sepenuhnya berlaku pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
e)Institusi khilafah berakhir pada zaman Mustafa Kemal Attatuk apabila beliau mengistiharkan kerajaan Republik Turki pada tahun 1924.



[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 , (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,43.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga , (Shah Alam: Oxford Fajar.2017)  ,50.
[3]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 57. 

1.5 Institusi Khalifah.

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pemilihan Khalifah
Hasil Pembelajaran; Menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah serta kaedah pemilihan khalifah.
Khalifah al-Rasyidin dan Umayyah abad ke-7-8M (601-799M)
a)Konsep khalifah
Pengertian khalifah dari segi bahasa dan istilah
Pengertian khalifah menurut al-Quran dan Hadis dan pandangan sejaahwan seperti Ibnu Khaldun, al Mawardi dan lain-lain.
Pelbagai gelaran khalifah- Amirul Mukminun, Imam dan lain-lain.
Sistem Khilafah
a)Sistem khilafah –isntitusi pemerintahan Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis.
b)Hukum menegakkan khilafah
c)Jawatan penggantian khalifah.
d)Pelaksanaan sistem khilafah dengan sepenuhnya berlaku pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
e)Institusi khilafah berakhir pada zaman Mustafa Kemal Attatuk apabila beliau mengistiharkan kerajaan Republik Turki pada tahun 1924.
Ciri-ciri Khalifah
Pelantikan khalifah memenuhi ciri-ciri kelayakkan tertentu
Tanggungjawab khalifah.
a)Pentadbian agama-menegakkan agama dan memimpin rakyat mengikut ajaran Islam untuk kebaikan dunia dan akhirat.
b)Pentadbi negara seperti mengetuai pentadbiran negara, membangunkan negara, memajukan ekonomi dan sebagainya.[1]



[1] “Intitusi Khalifah”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),17.

Isnin, 9 Januari 2017

Tarikh Peristiwa : 09­01­1942 Bandar Jesselton Jatuh Ke Tangan Jepun

Susunan Ahmad bin Yaakob
Pada hari ini dalam tahun 1942, bandar Jesselton ibu negeri Sabah yang kini dikenali sebagai Kota Kinabalu telah jatuh ke tangan Jepun. Dengan tertawannya Jesselton, pihak Jepun telah memenjarakan pegawai-­pegawai berbangsa Eropah pada 19 Januari 1942 dan seterusnya mengambil tindakan ke atas kakitangan berbangsa Eropah yang lain dengan memenjarakan kesemuanya di Berek Polis Jesselton.
Pihak Jepun kemudiannya mengisytiharkan Sabah sebagai sebahagian daripada Dai Nippon iaitu taklukan Jepun di bawah pemerintahan seorang Komander dan dibantu oleh pasukan askar Jepun. Pentadbiran
Tentera Jepun juga telah memperkenalkan mata wang yang baru iaitu mata wang Jepun bagi
menggantikan mata wang British, sementara persekolahan, pejabat dan lain­lain diteruskan seperti biasa tetapi berorientasikan kepentingan pihak Jepun. Perdagangan Sabah dikawal sepenuhnya oleh Jepun menyebabkan rakyat menderita kerana kekurangan bahan-­bahan keperluan asas seperti makanan,pakaian dan perubatan. Hal ini menimbulkan penentangan rakyat terhadap pentadbiran Jepun seperti pemberontakan secara gerila dilancarkan dalam tahun 1943. 
      Menjelang tahun 1945 Pihak Berikat mula melancarkan serangan balas ke atas pentadbiran Jepun di Sabah. Dengan bantuan rakyat tempatan pihak pentadbiran Jepun di Sabah dapat ditewaskan dan bandar Jesselton khususnya dan Sabah amnya telah dapat dibebaskan sepenuhnya dari Jepun pada 9 September 1945.

Sumber- http://hids.arkib.gov.my/-/bandar-jesselton-jatuh-ke-tangan-jep-1

Ahad, 8 Januari 2017

Pembukaan Rasmi Maktab Turus Angkatan Tentera 8.1,1972

SUSUNAN –AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini dalam tahun 1972, dengan rasminya Maktab Turus Angkatan Tentera Diraja Malaysia telah
dibuka oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Cadangan untuk
menubuhkan Maktab Turus Angkatan Tentera itu telah disuarakan oleh Perdana Menteri sejak tahun
1969 lagi bagi memenuhi kehendak dan keperluan­keperluan Angkatan Bersenjata terutamanya untuk
mendapatkan pegawai­pegawai terlatih di peringkat pertengahan. Keperluan itu menjadi tambah
mendesak memandangkan kepada perkembangan­perkembangan politik yang tidak seimbang di Asia,
khususnya di rantau Asia Tenggara. Penubuhan Maktab Turus itu akan memberi peluang kepada
pegawai­pegawai turus melanjutkan latihan dalam suasana dan persekitaran tempatan berikutan sukatan
pelajarannya dirancang dan disusun begitu rupa untuk memenuhi keperluan­keperluan kita sendiri dan
diubahsuai mengikut suasana dan persekitaran Malaysia, dengan menegaskan kepada keadaan geografi
tempatan serta struktur sosio­ekonomi dan politik yang terdapat di negara ini. Maktab Turus itu diketuai
oleh Bragider General Arul sebagai Komandannya yang pertama dengan tenaga­tenaga pengendali yang
terdiri daripada pegawai­pegawai tentera Malaysia sendiri. Mereka ini mendapat latihan daripada maktabmaktab
tentera yang ternama seperti Quetta dan Fort Lavensworth; Cranwell dan Bandung, Wellington
dan Queen's Cliff untuk disesuaikan dengan suasana dan persekitaran di Malaysia. Penubuhan Maktab ini
merupakan usaha ke arah memajukan lagi Angkatan Bersenjata sendiri.
Sumber-http://hids.arkib.gov.my/-/pembukaan-rasmi-maktab-turus-angkatan-tentera

Ahad, 1 Januari 2017

CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
POLITIK
Pada zaman jahiliah, tidak terdapat kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan berkuasa.Kedudukan  politik  masyarakat pada zaman jahiliah dilihat tergugat akibat penjajahan kuasa-kuasa asing. Zaman ini dikenali sebagai zaman penjajahan kerana sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Byzantine dan Parsi. Masyarakat Quraisy Makkah turut tergugat dengan ancaman-ancaman kuasa asing. Contohnya, serangan tentera bergajah oleh tentera Habsyah pimpinan Abrahah yang datang dari Yaman pada tahun 570 M (dikenal sebagai Tahun Gajah), iaitu tarikh keputeraan Nabi Muhammad SAW.
       Masyarakat jahiliah sering berperang sesama sendiri dan hidup berpuak-puak untuk mendapatkan restu dan perlindungan daripada pemerintah. Pada zaman penjajahan, mereka tidak lagi berupaya untuk membela diri kerana berasa rendah diri, kalah dan patah semangat
untuk terus berjuang. Akibatnya, mereka menyerah kalah kepada kuasa-kuasa asing yang
telah mendirikan kerajaan-kerajaan boneka di Ghassan (naungan Parsi), Hirah (naunganByzantine) dan Yaman (naungan Habsyah).

       Walaupun tempat-tempat tersebut mempunyai pentadbiran dan pemerintahan sendiri, tetapi ini tidak boleh dianggap sebagai sebuah pemerintahan yang maju dan bertamadun kerana masing-masing terletak di bawah kuasa penjajah.[1]

SOSIAL
       Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah ialah sistem berkabilah. Masyarakat Arab jahiliah menjalani kehidupan secara berkelompok mengikut kabilah masing-masing. Setiap kabilah mempunyai ketua dan diikat dengan semangat asabiah. Dengan erti kata lain, tidak ada penyatuan  menyeluruh dalam kalangan orang Arab Jahiliah seperti penyatuan yang wujud dari segi akidah dalam kalangan umat Islam.[2]

      Dalam kelompok itu, terdapat pula kelompok-kelompok lebih yang kecil danmempunyai asabiah masing-masing.Sebagai contoh di Mekah kaum Quraisy merupakan kaum paling dominan. Namun mereka berpecah kepada beberapa puak. Dua puak yang paling menonjol ialah Bani Hasyim dan Bani Umayyah. Kedua-dua puak ini serng bersengketa sebelum disatukan  oleh Nabi Muhammad SAW dan kemudiannya dikenali sebagai Muhajirin.

      Madinah pula didominasi oleh kaum Arab dari daerah selatan Semenanjung Tanah Arab. Mereka terbahagi kepada dua puak jua, iaitu kaum Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini juga serin bersengketa sebelum mereka disatukan oleh Nabi Muhammad SAW yang kemudinnya dikenali sebagai Ansar.

      Pada zaman jahiliah, puak-puak dan suku-suku Arab ini sering mencari pengaruh untuk berkuasa. Akhirnya timbul perbalahan dan persengketaan sesama mereka.Di Makkah berlaku perbalahan antara Bani Hasyim dengan Bani Umayyah .Di Madinah berlaku persengketaan antara kaum Aus dengan kaum Khazraj. Persengketaan ini membawa kepada permusuhan dan peperangan sebelum mereka disatukan menerusi akidah pada zaman Islam.[3] 

EKONOMI
      Dari segi ekonomi, masyarakat Arab pada keseluruhannya menjalankan aktiviti menternak binatang seperti unta,kambing dan biri-biri. Mereka berkhemah di lembah yang terdapat takungan air bagi memajukan usaha ternakan dan tanaman. Daripada binatang ternakan  mereka mendapat bekalan makanan seperti daging, susu dan keju. Di samping itu, mereka memanafaatkan kulit binatang untuk membuat khemah,pakaian dan bekas menyimpan air.

      Selain menternak binatang, mereka juga menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti menanam kurma, gandum, jagung, anggur dan sayur-sayuran.Bagi mereka yang tinggal di kota,lazimnnya akan menjalankan urus niaga dan pertukangan. Mereka berniaga menerusi jalan darat seperti qafilah. Setiapkafilah disertai oleh ramai pedagang . Dengan cara berkumpulan ini mereka berasa lebih selamat memandangkan mereka terpaksa berjalan beratus-ratus kilometer.

      Barangan dagangan pula diangkut dengan menggunakan unta kerana binatang ini mampu membawa bebenan yang berat dan tahan berjalan berhari-hari di padang pasir. Destinasi perdagangan ang tersohor ialah Makkah, Yaman, Syam, Yamamah dan Hirah. Barangan yang diperniagakan pula ialah minyak wangi, rempah, kulit binatang dan lain-lain keperluan tempatan termasuk patung berhala.

      Selain hasil perniagaan, terdapat juga yang mengaut keuntungan melalui hasil cukai yang dikenakan terhadap pedagangan-pedagang yang melalui kawasan mereka. Hasil cukai perdagangan hanya diperolehi penduduk Makkah dan Yamamah kerana kedua-duanya terletak di pertengahan jalan perdagangan di antara Yaman di Selatan Semenanjung Tanah Arab, Syam dan Hirahdi Utara Semenanjung Tanah Arab. Selain dari itu terdapat juga segelintir memperoleh pendapatan menerusi riba dan judi.[4]

  
Selepas keruntuhan Empangan Ma'arib dan penjajahan ke atas Semenanjung Tanah Arab, keadaan politik dan ekonomi semakin meruncing. Kawasan utara Semenanjung Tanah Arab juga turut terjejas akibat penjajahan Byzantine dan Parsi, bukan sahaja dari segi politik,tetapi juga dari segi ekonomi dan sosial.

       Ramai penduduk di selatan Semenanjung Tanah Arab berhijrah ke utara dan menjalankan aktiviti perdagangan. Namun, kegiatan perdagangan tidak menguntungkan kerana pelbagai halangan seperti pertelagahan sesama kabilah Arab. Perhijrahan ini juga disebabkan kemerosotan hasil pertanian yang berlaku di selatan Semenanjung Tanah Arab pada ketika itu.[5]
     
ILMU PENGETAHUAN DAN INTELKTUAL
       Penyebaran ilmu pengetahuan dan peradaban pernah berlaku di Selatan Semenanjung Tanah Arab pada zaman kegemilangannya,sehingga terdirinya beberapa buah kerajaan Arab seperti kerajaan Qataban, Ma'in, Saba' dan Himyar. Namun begitu, ketamadunan itu runtuh akibat kekufuran, kemaksiatan, kejahilan dan kedudukan ekonomi mereka turut musnah akibat keruntuhan Empangan Ma'arib yang menjadi pemangkin kepada ekonomi pertanian.
Sejak itu, kira-kira 300 tahun sebelum Islam, masyarakat Arab mula memasuki zaman jahiliah dan zaman penjajahan.

       Dalam tempoh tersebut, masyarakatArab telah mengalami Zaman Gelap dan mundur bukan sahaja dari segi agama dan akhlak, tetapi juga dari segi ilmu pengetahuan.Masyarakat jahiliah tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti agama, politik, ekonomi,perniagaan dan perdagangan.

       Sejak sebelum zaman jahiliah, penyebaran ilmu pengetahuan telah berlaku di kawasan pinggir bahagian Selatan dan Barat Laut Semenanjung Tanah Arab kerana hubungan perdagangan dengan bangsa asing.Penyebaran ilmu amat terbatas dalam masyarakat jahiliah kerana minat mereka kepada perdagangan mengatasi minat untuk menuntut ilmu pengetahuan.
      
       Ketiadaan pewarisan ilmu menyebabkan mereka gagal membina semula Empangan Ma'arib yang sudah runtuh.Di Semenanjung Tanah Arab pada waktu itu hanya terdapat 17
orang kaum Quraisy yang pandai membaca dan menulis. Jumlah ini amat kecil berbanding saiz masyarakat Arab pada waktu itu.Jadi, masyarakat tersebut boleh dianggap sebagai masyarakat yang buta huruf

       Masyarakat Arab menumpukan kepada daya ingatan dan hafalan kerana mereka tidak tahu membaca dan menulis. Jika sesuatu data atau maklumat tidak diminati, ia akan luput begitu sahaja.[6]

KESUSASTERAAN
Dalam bidang kesusasteraan, sebahagian masyarakat Arab tahu bersyair, bersajak dan berkhutbah.

       Karya-karya kreatif yang dihasilkan berbentuk semula jadi, iaitu karya yang lahir daripada kreativiti dan bakat semula jadi. Karya yang dihasilkan hanya untuk berseronok-seronok dan bukannya karya berbentuk ilmiah.
       Berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan, jelas bahawa sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, wujud masyarakat jahiliah di Semenanjung Tanah Arab.Justeru, Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW dan menurunkan al-Quran untuk menjadi panduan dan rujukan kepada manusia. Al-Quran bukan hanya mengandungi ajaran-ajaran berbentuk akidah, syariah dan akhlak, tetapi juga bidang-bidang lain seperti politik, ekonomi, sosial, perundangan, perubatan, sains dan bidang-bidang pendidikan yang lain.

       Akidah dan ilmu pengetahuan amat penting dan tidak boleh dipisahkan. Melaluinya manusia membina tamadun, mengenali dan mengingati Allah SWT.Kesan dan pengaruh pendidikan Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada manusia mengenai ilmu pengetahuan dan tamadun Islam amat mendalam.

       Sekiranya dibandingkan sumbangan masyarakat Islam dengan masyarakat jahiliah dari segi ilmu pengetahuan, sudah tentu perbezaannya amat ketara. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa masyarakat jahiliah tidak memberikan apa-apa sumbangan dalam aspek ilmu pengetahuan.

       Dengan perkataan lain, pencapaian ilmu pengetahuan pada zaman jahiliah amat rendah. Apatah lagi ramai dalam kalangan mereka tidak berminat dengan ilmu pengetahun, bahkan kebanyakan mereka dikategorikan sebagai golongan buta huruf. Oleh sebab mereka tidak tahu menulis dan membaca, ilmu yang diperolehi mereka khususnya dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Arab adalah melalui lisan dan hafalan.[7]




[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,11.
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Ketga, (Shah Alam: Oxford Fajar.2017)  ,8
[3] Ibid
[4] Ibid,7.
[5] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,11.
[6] Ibid,13.
[7] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Ketiga,10.