Rabu, 3 Februari 2016

Huraikan struktur pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah pada abad ke-16M hingga abad ke-17M.[20M]

. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul pada tahun 1281 M Sepanjang kekuasaan kerajaan ini, terdapat 37 orangpemerintah yang menggunakan gelaran sultan.Antara
sultan yang terkenal ialah Sultan Muhammad al-Fatih dan Sulaiman al-Qanuni. Sepanjang kekuasaan kerajaan ini,banyak aktiviti peluasan kuasa dijalankan.Sejarawan mencatatkan ketika pemeriniahan Sultan Sulaiman al-Qanuni jajahan takluknya meliputi kawasan seluas 644 000 km persegi. Kejayaan kerajaan Uthmaniyah ini disokong dengan pembentukan sistem pentadbiran pusat yang mantap dan pentadbiran wilayah yang sistematik.

Pentadbiran Peringkat Pusat ;sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang- agama politik dan kewangan. Kekuasaan seseorang sultan juga dapat digambarkan melalui penggunaan gelaran seperti 'Khalifah Allah di Muka Bumi oleh Sultan Murad I setelah baginda berjaya menawan Adrianople.
. Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Wazir Agung atau Wazir Besar ini merupakan ketua kepada para menteri (wazir) dan amir. Kanunname mencatatkan Wazir Agung merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran. Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut akan dianugerahkan cop mohor sebagai simbol wakil sultan.
. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang hakim tentera, dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan), dua orang Defterdar yang bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan, seorang Agha (wakil tentera darat), seorang Laksamana, dan seorang Nishanji bagi monogram sultan.
. Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan.
Pentadbiran mufti berpusat di Istanbul. Tugas utamanya mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama. Mufti juga bertanggungjawab mengeluarkan fatwa berkaitan dengan peperangan sama ada dengan musuh bukan Islam atau musuh kerajaan (dalam kalangan orang Islam). Mufti juga diberikan hak untuk melantik para pegawai yang berkhidmat di istana.

Pentadbiran peringkat wilayah;Memandangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mirip pentadbiranByzantine, setiap wilayah akan ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah kurniaan yang agak luas yang akan dikendalikan oleh para petani.
. Kadi merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al-Quran dan hadis.
Multezim diberikan tanggungjawab mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu. Kewujudan jawatan ini pastinya akan dapat meningkatkan pendapatan kerajaan sekali gus dapat dimanfaatkan untuk mengekalkan kekuatan dan kestabilan negara serta menjamin ekspedisi perluasan kuasa dijalankan.
Golongan intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pengurusan wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah, hospital dan pendidikan golongan belia serta pentadbiran keadilan.
Bagi memastikan keselamatan dan kekuatan kerajaan Uthmaniyah pada peringkat pusat, kekuatan tentera tidak diabaikan. Oleh itu, bagi mendapat sokongan, tentera yang berkhidmat
secara peribadi kepada sultan akan dianugerahkan tanah. Contohnya, semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad II.

Kesimpulannya,tidak dinafikan pentadbiran pusat yang sistematik dan mantap khususnya pegawai yang membantu sultan dalam mentadbir kerajaan telah berjaya mengukuhkan kekuatan kerajaan Uthmaniyah.Kepimpinan berwibawa para pemerintah telah menyebabkan kerajaan ini dapat muncul sebagai sebuah kuasa besar sebelum abad ke-19 M.

Jelaskan perbezaan sistem pemerintahan kerajaan pusat dengan kerajaan wilayah yang diamalkan kerajaan Khulafa al Rasyiddin dan kerajaan Turki Uthmaniyah.20m

            Selepas pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. umat Islam diperintah oleh para khalifah yang digelar Khulafa al Rasyidin. Khalifah-khalifah ini meneruskan dasar pemerintahan dan pentadbiran baginda dan melaksanakan beberapa pembaharuan. Misalnya, pemerintahan dibahagi kepada kerajaan pusat dan kerajaan wilayah. Penggubalan dasar-dasar pada peringkat wilayah adalah selari dengan dasar peringkat pusat dan  diamalkan sehingga zaman kerajaan Uthmaniyah.

                Kerajaan Khulafa al Rasyidin terbentuk secara rasmi pada 632M setelah Khalifah Abu Bakar al Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama. Kerajaan Turki Uthmaniyah pula diasaskanUthman bin Ertughrul Sulaiman Shah pada 1280M. Pentadbiran kerajaan pusat mendominasikan kuasa pemerintahan dan pentadbiran manakala kerajaan wilayah miliki kuasa autonomi yang terbatas.

                Pada zaman Khulafa al Rasyidin, pentadbiran pusat berpusat di kota Madinah manakala untuk kerajaan Turki Uthmaniyah berpusat di Istanbul. Antara kerajaan wilayah zaman Khulafa al Rasyidin ialah Makkah, Baghdad dan Damsyik manakala kerajaan wilayah zaman Turki Uthmaniyah ialah Madinah, Makkah, Baghdad, Damsyik, Andalus dan Mamluk.

                Kuasa tertinggi kerajaan pusat zaman Khulafa al Rasyidin ialah khalifah manakala ‘Amir’ mengetuai kerajaan wilayah. Khalifah dipilih melalui syura dan mereka memerintah berdasarkan hukum syariah berpandukan al Quran dan Sunnah. Pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah, kuasa tertinggi kerajaan pusat dipegang oleh Sultan manakala Gabenor atau Wazir mengetuai kerajaan wilayah. Sultan dipilih secara warisan manakala Gabenor wilayah dilantik oleh Sultan tanpa berdasarkan keturunan. Seperti khalifah, sultan memerintah berlandaskan syariah Islam  manakala Gabenor memerintah berasaskan panduan yang ditentukan oleh sultan.

             Bagi kedua-dua kerajaan ini, kerajaan pusat bertanggungjawab dalam segala aspek pentadbiran termasuk pentadbiran wilayah. Kerajaan pusat akan membantu perbelanjaan kerajaan wilayah dan sebagai balasannya, kerajaan wilayah akan memberi pelbagai bentuk bantuan yang diperlukan kerajaan pusat. Misalnya, urusan berkaitan cukai dan bekalan tentera semasa peperangan.

             Kerajaan pusat akan memberi arahan kepada kerajaan wilayah seperti pembayaran cukai serta bantuan ketenteraan. Kerajaan wilayah tidak boleh bertindak sendirian tetapi harus mematuhi segala arahan kerajaan pusat. Khalifah dan Sultan berkuasa melantik dan memecat  Amir dan Gabenor/Wazir. Khalifah dan Sultan akan memerintah sehingga meninggal dunia.

            Aspek ekonomi, politik dan sosial diuruskan oleh kerajaan pusat. Walau bagaimanapun, kerajaan wilayah yang merupakan bandar-bandar kecil perlu berganding bahu dengan kerajaan pusat demi menjamin keamanan, kemajuan dan keharmonian rakyat serta negara.

          Kesimpulannya, kerajaan pusat dan kerajaan wilayah mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek. Namun kedua-dua bentuk kerajaan ini perlu saling bekerjasama bagi memastikan pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan selamat.




Selasa, 2 Februari 2016

Pentadbiran kerajaan Nasriyah

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M.Pusat  pemerintahan di Granada, selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[1]Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik  dengan kerajaan  Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22  orang  amir (sultan).[2]

a)Pusat pemerintahan di Granada.
Ibn Amar telah mengistiharkan dirinya sebagai amir dan memilih granada sebagai pusat pemerintahannya.Kemudian beliau berpindah ke Granada dan sedikit demi sedikit beliau meluaskan sempadan sehingga menjadi negara yang mengandungi tiga wilayah besar iaitu Granada, Almeria dan Malaga. Kawasan ini sempadannya memanjang hingga ke Laut Mediterranean dan Selat Gibaltar dengan Granada dijadikan ibu negara.

Penguasaan terhadap Almeria dan Malaga memperkukuhkan kedudukan negara ini kerana kedua-dua bandar tersebut memainkan peranan yang penting dalam aktiviti perdagangan dan marin.[3]
b)Pengasas kerajaan Nasriyah adalah Muhamad bin Yusof bin Nasr (Ibn al-Ahmar)
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad bin Yusuf bin Nasr yang dikenali sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M berpusat di Granada, Selatan Sepanyol.
c)Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir.
d)Amir mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kerajaan Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya.Oleh sebab cabaran pihak Kistian amat hebat, akhirnya pada tahun 1246, Ibn al-Ahmar telah menandatangani perjanjian dengan pihak Kristian. Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti  dan bersetuju menyerahkan Jaen, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Fontera kepada Castille di bawah Ferdinand II.
Tindakan  yang diambil oleh Ibn al-Ahmar ini bertujuan menyelamatkan kedudukannya sebagai pemerintah tunggal di Granada dan menjamin pengekalan pemerintahan kerajaan  Nasriyyah di Andalus.[4]  Pada zaman pemerintahannya antara tahun 1344-1396M, kerajaan Nasriyah mencapai zaman kegemilangan dengan terbinanya Istana alHambra yang menjadi lambang seni bina Islam di Sepanyol.[5]
e)Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22 orang Amir (sultan).[6] 
Kerajaan Bani Nasr atau Nasriyyah dipenrintah oleh seramai 22 orang sultan bermula dari tahun 1232 M hingga 1492M. Pada peringkat awal sultan-sultan kerajaan Nasriyyah berusaha bersungguh-sungguh untuk menstabilkan kedudukan politik dan pentadbian negara.Bermula abad ke-14M, kerajaan Nasriyyah mengalami keruntuhan yan berpunca daipada peebutan kuasa. Akibatnya kerajaan Nasriyyah berpecah kepada dua kumpulan iaitu golongan yang anti-Kristian dan golongan elit, petani dan pedagangan yang bencikan peperangan. Kemuncak permasalahan berlaku dalam kerajaan Nasriyyah pada tahun 1390-an.Orang Kristian mengambil kesempatan melancarkan gerakan menyelamat Sepanyol daripada kekuasaan Islam di bawah pimpinan Isabella dai Aragon dan Ferdinand dari Castile. Pada tahun 1492M, kerajaan Nasriyyah menyerahkan Ganada kepada orang Kristian. Dengan ini, tamatlah pemerintahan kerajaan Islam di Sepanyol.[7]  


[1]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[2]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 109.
[4] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,66.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 113
[6]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.
[7] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 113.

Pemerintahan wilayah Khalifah Uthmaniyyah

STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Memandangkan sistem pemeritahan dan pentadbiran Uthmaniyahn mirip pentadbiran Byzantine, setiap wilayah ditadbir  oleh gabenor wilayah  yang bertanggungjawab  mentadbir tanah kurniaan yang luas yang akan dikendalikan  oleh para kadi.

Kadi merupakan  ketua agamabagi setiap wilayah di mana tugas utama pegawai  berkenaan  ialah mengendalikan hukum  jenayah dan sivil berdasarkan hukum al-Quran dan Hadis

Multezim  bertanggungjawab  untuk mengutip  semua cukai dari kawasan-kawasan  tertentu dan sebahagian daripada kutipan  itu diserahkan  kepada perbendaharaan. Pada masa yang sama, pegawai kerajaan  diberi  kuasa  untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai balkshish untuk perkhidmatan yang diberikan  kepada orang awam.

Golongan intelektual  Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan  wakaf untuk menyokong perkembangan  sekolah dan hospital  serta pendidikan  belia Muslim.[1]Ada kalanya golongan ini berperanan sebagai orang tengah antararakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintahan.[2]




[1]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,22.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,63.

1.Bincangkan struktur pentadbiran kerajaan Islam di Madinah pada zaman Khulafah al-Rasyidin. [20m]

Kerajaan Khulafa' al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabilaAbu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.Kerajaan ini diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,Khalifah Umar bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib.Gelaran Khulafa' al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan NabiMuhammad s.a.w.

Struktur pentadbiran kerajaan Islam Madinah pada zaman Khul afa' al-Rasyidin
Madinah menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran. Masjid Nabawi menjadi lokasi perbincangan dan penggubalan dasar pemerintahan dan pentadbiran; amalan syura dilaksanakan untuk membincangkan dasar pemerintahan dan pentadbiran negara.
Khalifah merupakan individu yang paling berkuasa. Walau bagaimanapun  kekuasaannya
tidak bersifat mutlak. Khalifah boleh membuat ijtihad seatdainya ada perkara penting yang perlu diputuskan yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadis.
      Sesuatu dasar diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti (mewarisi apa yang dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w). Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal.
Anggotanya dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah.
      Selain berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan, khalifah juga merupakan panglima tertinggi dalam Pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat baitulmal telah didirikan. Segala sumber pendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.
.
Pada peringkat wilayah, pentadbiran diketuai oleh gabenor. Setiap wilayah akan diketuai oleh gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti setiausaha dan pegawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti Setiausaha Tentera, Pegawai Cukai (Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai Perbendaharaan Negara (Bait al-Mal) dan seorang kadi.

Individu berkenaan dilantik memegang jawatan diperjelaskan tentang bidang kuasa mereka agar tidak berlaku kekeliruan kelak.
Mereka juga wajib melaporkan jumlah harta sebelum dan setelah selesai menjalankan tanggungiawab.

Di setiap wilayah, didirikan cawangan baitulmal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara. Selain itu, pentadbiran baitulmal juga diwujudkan pada peringkat pusat bagi mengendalikan urusan kewangan negara.

Kesimpulannya,.sistem pentadbiran yang dipraktikkan pada zaman Khulafa' al-Rasyidin merupakan sistem yang dikemaskinikan daripada apa yang pernah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.Struktur pentadbiran kian sistematik apabila Khalifah Umar bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara Islam.

Isnin, 1 Februari 2016

STRUKTUR PEMERINTAHAN KHALIFAH TURKI UTHMANIYAH

PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH KHALIFAH  UTHMANIAH ABAD KE-16-17M.
LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIAH
Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun l28l hingga 1924. Pada tahun 1453, pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Setelah itu, pemerintahan kerajaan ini diteruskan oleh 38 orang khalifah lagi. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II.[1]

STRUKTUR PEMERINTAHAN KHALIFAH TURKI UTHMANIYAH
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuk. Umpamanya, ialah Murad II, yang menggunakan gelaran Sultan al-Baraiun wa al-Bahrain. Sultan memegang kuasa tertinggi dalam bidang agama,politik, pentadbiran dan kewangan.

Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Dalam Kanunname, bidang kuasa Wazir Agung dinyatakan amat luas. Beliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran. Beliau juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan.
Wazir Agung dibantu pula oleh:
(a) tiga orang hakim tentera.
(b) dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan).
(c) dua orang Defterdar (bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan).
(d) seorang Agha (waktl tentera darat).
(e) seorang Laksamana.
(f) seorang Nishanji bagi monogram sultan.[2]
Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan. Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan
berperang sesama orang Islam. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.

Kadangkala sultan turut campurtangan daram soal fatwa, misalnya ketika menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.Mufti juga diberikan hak merantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.
Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada kerajaanByzantine. Sistem pemerintahannya juga turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai fief. Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah.
 Fief yang berjasa dikurniakan tanah. Tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wangperak.[3]
      Fief yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas (ziamet) dan hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan  yang lebih luas (khass) diberikan kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000
ekor kuda, sementara di Asia 50 000 ekor kuda.
      Senjata yang.digunakan oleh fief ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan serban serta menunggang kuda.Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang membawa bendera (Sanjak atau Liwa,). Ketua ini dilanggil bey.
      Antara bey ada beberapa orang beylerbey; terbesar iaiah beylerbey Anatolia dan kedua ialah Beylerbey Rumali di Eropah.Beybey ini juga memakai gelaran Pasha.Beylerbey merujuk kepada ketua turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.
      Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan kuasa tanah fief kepada Belerbey. Pihak Belerbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak memberikan tanah fief kepada mereka yang  menyokongnya dan merampas fief daripada orang yang melakulan kesalahan kecil.
     Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan semasa pemerintahan sulaiman al-Qanuni menerusi Kaiunname (1530 M). Walau bagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat syaratnya diketatkan.
Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih canggih termasuk menggunakan  meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera thmaniyah di peringkat awarnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudian bertambah  sehingga 11500 orang bagi setiap skuadron (1534 M).[4].




[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,61
[2] ibid
[i3Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,62.
[4] Ibid,63.

PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH ANDALUS ABAD KE-13

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pemerintahan Pusat dan wilayah kerajaan Andalusia abad ke-13M
Pemerintahandi Andalusia ditadbir oleh amir atau khalifah. Ami berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk mentadbir wilayah. Gabenor Jeneral adalah wakil amir yang bertangungjawab melantik para pegawai untuk membantu pentadbiran.[1]

      Pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia terbahagi kepada dua peringkat;
a)Peringkat pertama para pemerintah bergelar Amir (756-912)
b)Peringkat kedua para pemerintah bergelar khalifah. 912-1002M.
Selepas tahun 1002M, kerajaan Bani Umayyah di Andalusia mengalami kemerosotan dan berakhir pada 1031M. Kesannya muncul kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat di pelbagai kota.

Pemerintahan di Andalusia
Pemerintahan di Andalusia ini ditadbi oleh amir atau khalifah. Mereka berkuasa melantik wakil-wakilnya untuk mentadbir wilayah-wilayah yang berada di bawah kekuasaannya. Gabenor Jeneral iaitu wakil bagi khalifah bertanggungjawab melantik para pegawainya untuk membantu mengendalikan urusan pentadbiran di Andalusia. Kerajaan Bani Umayyah di Andalusia berakhir pada abad ke 11.Selepas ituAndalusia berpecah kepada 30 negara kecil yang berpusat di pelbagai kota seperti Cordova, Sevilla dan Toledo.Pada abad ke-13 kerajaan Islam di Andalusia berada dalam keadaan kelemahan dan menghadapi asakan hebat daripada pihak Kristian yang berusaha merebut kembali wilayah-wilayah di Andalusia daripada umat Islam.[2]

1.Pemerintahan dan pentadbiran pusat kerajaan al-Muwahhidun
Sistem pemerintahan  amir dalam  kerajaan Muwahhidun :
 Pusat pemerintahan  di Maghribi.Para amir kerajaan  al-Muwahhidun  menggunakan gelaran berunsur  Syiah seperti al-Mahdi,  al-Imam,  alNasir dan al-Mansur.Amir dilantik  secara warisan (monarki). Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentera Kristian pada tahu 1212M.[3]

Pentadbiran  kerajaan  al-Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah berasaskan perundangan  daripadaMazhabMaliki Sistem pentadbiran adalah teratur termasuklah sistem  pengurusan kewangan, perbendaharaan dan kehakiman.[4].Al-Mahdi dibantu  10 orang berfungsi  sebagai kabinetPemerintahan Dewan 50 orang (penasihat)  dan Dewan 70 orang (Majlis  Rakyat).Majlis tentera  ditubuhkan  untuk menyelia hal ehwal ketenteraan.Amir menjalinkan  hubungan  diplomasi.Akhir pemerintahan Muwahhidun, sebuah kementerian  diwujudkan  untuk menguruskan  hal ehwal para penyair.[5]

Pentadbiran  kerajaan Nasriyah  :
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M.Pusat  pemerintahan di Granada, selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[6]Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik  dengan kerajaan  Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22  orang  amir (sultan).[7]




[1] “Pemerintahan Pusat dan Wilayah”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),24.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 106.
[3]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,63.
[4]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 108.
[5]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),25.
[6]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[7]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.