Sabtu, 9 Januari 2016

Konsep ummah.

Definisi ummah dari segi bahasa dan istilah.
Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad SAW,masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi di Madinah ketika itu.Ringkasnya ummah zaman Nabi ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang Islam samada mereka seagama atau tidak. Namun berikutan dengan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas kepada umat Islam yang tinggal di Kota Madinah.[1]

Usaha-usaha Nabi Muhammad SAW membentuk ummah di Madinah;
a)Penyatuan suku Arab Aus dan Khazraj menjadi Ansar.
b)Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin-ukhuwah Islamiah.
c)Penyatuan umat Islam dengan bukan Islam melalui konsep ummah.
d)Penggubalan Piagam Madinah dan penubuhan negara Islam.
e)Melaksanakan keadilan sosial termasuk kebebasan beragama, jaminan keselamatan dan kebebasan ekonomi..
f)Penyingkiran golongan yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadir dan Bani Quraizah.
g)Memperkasakan ekonomi Islam –perniagaan, pertanian dan sebagainya.
h)Pembentukan pasukan tentera.
i)Dasar berhati-hati terhadap golongan munafik.[2]
b.Perkembangan masyaakat Islam.

Golongan masyarakat Islam zaman Nabi Muhammad SAW.
a.Muhajirin.
b.Ansar.
Peranan golongan Muhajirin dan Ansar dalam perkembangan Islam.
Golongan masyarakat Islam zaman Kulafa al-Rasyidin.
a)Umat Islam Aab:Muhajirin dan Ansar.
b)Golongan al-Ayyam.
c)Golongan al-Qurra’.
d)Golongan Syiah.
e)Golongan Khawarij.
f)Golongan umat Islam bukan Arab-Mawali (penduduk Syam,Iaq dan Mesir)
g)Golonggan al-Riddah; Nabi Palsu, murtad dan golongan enggan membayar zakat.[3]




[1] Ibid.
[2] Masyarakat Islam”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),5.
[3] Ibid,6.

LAPORAN PEMINDAHAN PUSAT PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT 9.1.2016

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Negeri-Negeri Selat terdiri dari Pulau Pinang, Singapua dan Melaka.
Pada hari ini dalam tahun 1864, satu laporan mengenai  belanjawan  sumber-sumber kewangan  Negeri-negeri  Selat  berkaitan  dengan  perkara  pemindahan  kuasa pentadbiran  daripada  kerajaan  British  di India  kepada  Kerajaan  British  di  London telah disediakan oleh Setiausaha Jawatankuasa Pemerintahan Negeri-negeri Selat, R.C Woods.  Laporan  yang  terhasil  daripada  mesyuarat  yang  diadakan  oleh  Jawatankuasa  Pemindahan  Pentadbiran  Negeri-negeri  Selat  antaranya  menyatakan  berkenaan belanjawan ketenteraan, perkhidmatan awam, aktiviti perdagangan, Jabatan Tanah, Jabatan Kerja Raya, cukai, undang-undang dan Majlis Perbandaran. Selain  daripada itu, di dalam laporan ini juga R.C. Woods telah mengusulkan agar dibatalkan atau dimusnahkan jabatan yang tidak mendatangkan faedah, tetapi memerlukan perbelanjaan yang besar  serta  merugikan kerajaan. Laporan  tersebut  juga  telah  menekankan tentang faedah, keuntungan dan kepentingan pentadbiran Negeri-negeri Selat sekiranya ditadbirkan dari London berbanding  dengan pentadbirannya dari India. Pemindahan kuasa pentadbiran dari India ke London ini bermatlamat untuk mengurangkan perbelanjaan pentadbiran kepada yang paling minima bagi mendapatkan keuntungan daripada aktiviti perdagangan selain melicinkan Pentadbiran  Kerajaan  British  di  Negeri-negeri  Selat.

SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/

Khamis, 7 Januari 2016

1.2 Masyarakat Islam

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelaran:Menjelaskan konsep ummah dan perkembangan masyarakat Islam.
       Nabi Muhammad SAW diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda ialah Nabi dan Rasul terakhir.Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul selepasnya. Baginda telah berjaya mernbentuk sebuah masyarakat (ummah) dan negara Islam di Madinah.Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku suatu perubahan besar dari sudut politik, ekonomi dan sosial umat Islam yang membawa kepada perkembangan budaya dan masyarakat Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa' al-Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.[1]

A.Konsep ummah.
Definisi ummah dari segi bahasa dan istilah.
Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad SAW,masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi di Madinah ketika itu.Ringkasnya ummah zaman Nabi ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang Islam samada mereka seagama atau tidak. Namun berikutan dengan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas kepada umat Islam yang tinggal di Kota Madinah.[2]

Usaha-usaha Nabi Muhammad SAW membentuk ummah di Madinah;
a)Penyatuan suku Arab Aus dan Khazraj menjadi Ansar.
b)Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin-ukhuwah Islamiah.
c)Penyatuan umat Islam dengan bukan Islam melalui konsep ummah.
d)Penggubalan Piagam Madinah dan penubuhan negara Islam.
e)Melaksanakan keadilan sosial termasuk kebebasan beragama, jaminan keselamatan dan kebebasan ekonomi..
f)Penyingkiran golongan yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadir dan Bani Quraizah.
g)Memperkasakan ekonomi Islam –perniagaan, pertanian dan sebagainya.
h)Pembentukan pasukan tentera.
i)Dasar berhati-hati terhadap golongan munafik.[3]
  



[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),26.
[2] Ibid.
[3] Masyarakat Islam”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),5.

Isnin, 4 Januari 2016

Soalan Kerja Kursus 940 Sejarah 2016

Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500 hingga 3000 patah perkataan berdasarkan
satu daripada tema di bawah ini.
Tema 1
Sejarah sukan
Tema 2
Sejarah kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum
Tema 3
Sejarah tempat
Tema 4
Sejarah kulinari

Sumber-http://portal.mpm.edu.my/

Sabtu, 2 Januari 2016

SUKATAN PELAJARAN KERTAS 2 SEJARAH ISLAM (500 – 1918)

1 Masyarakat, Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
1.1  Masyarakat jahiliah
Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6)
(a) menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah.
1.2  Masyarakat Islam
Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin di Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6-7)
(a)    menghuraikan konsep ummah;
(b)   membincangkan perkembangan masyarakat Islam.
1.3  Sistem pemerintahan
 Nabi Muhammad SAW (abad ke.7)
menghuraikan kandungan dan peranan Piagam Madinah;
memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah.
1.4  Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW abad ke 7
a)      Menghuraikan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW
1.5  Institusi khalifah
1.5.1        Pemilihan khalifah
khalifah al-Rasyidin dan Umayyah abad ke-7-8
a)menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah
b)membincangkan kaedah pemilihan khalifah
1.5.2 Sumbangan khalifah/tokoh
Khalifah al-Rasyidin, Umayyah abad ke-7-8
Abbasiyah  abad ke-8-9
Golongan baru zaman khulafah al-Rasyidin –STPM 13 ulangan      
        c)menilai sumbangan khalifah/ tokoh.
i.Khalifah Abu bakar
ii.Khalifah Umar al-Khattab
iii.Khalifah Umar Abdul Aziz
iv.Khalifah Harun al-Rasyid.
1.6  Bentuk pemerintahan
1.6.1        Pemerintahan pusat dan wilayah khalifah al-Rasyidin abad ke-7
Membincangkan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah.
1.6.2        Pemerintahan pusat dan wilayah Andalusia abad ke-13,India abad ke 16-17
Menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir.
1.7  Pertahanan dan pembukaan wilayah
1.7.1        Jihad zaman Nabi Muhammad SAW, Khalifah al-Rasyidin abad ke-7
1.7.2        Peperangan
1.7.3        Kepimpinan
1.8  Perhubungan luar
2.Pembangunan dan penerokaan
2.1 Ekonomi- menghuraikan konsep   dan ciri-ciri Sistem ekonomi
     Membincangkan kegiatan ekonomi.
2.1.1 Sistem ekonomi Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7
        Sistem ekonomi Abbasiyah abad ke-11-12
        Sistem ekonomi Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15
2.1.2 Institusi ekonomi
Mengnalisis peranan institusi ekonomi dan pelaksanaannya.
i.baitulmal
ii.cukai
iii.zakat
2.2 Pendidikan
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
a.membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam
   Khalifah Umayyah abad ke-7-8
   Khalifah Abbasiyah abad ke-11-12
2.2.2 Perkembangan pendidikan
   Mesir abad ke-8
   Acheh abad ke 16-17
b.menjelaskan jenis institusi pendidikan
i.halaqah
ii.masjid/surau
iii.pondok/masrasah
iv.istana
v.universiti
c.menghuraikan sistem pendidikan
i.pendidikan fardu ain dan fardu kifayah
ii.kaedah pengajaran dan pembelajaran
2.3 Perkembangan intelektual
2.3.1 Perkembangan ilmu
Perkembangan ilmu zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-11-13
Perkembangan ilmu zaman Khalifah Umayyah di Andalusia abad ke 11-13
A)menghuraikan ilmu naqli dan aqli
2.3.2 Sumbangan tokoh
Sumbangan tokoh Khalifah Abbasiyah abad ke-8-13
Sumbangan tokoh Mesir ababd ke-15
b)menilai sumbangan
i.al-Khwarizmi
ii.Ibn Sina
iii.al-Ghazali
iv.Ibn Khaldun
2.4 Penerokaan
Penerokaan zaman Khalifah Umayyah abad ke-7-8
Penerokaan Abbasiyah dan andalusis abad ke-14
Menilai sumbangan tokoh
i.al-Masudi
ii.Ibn Majid
iii.Ibn Battutah
2.5 Seni bina
Seni bina Andalusia abad ke-13
Seni bina India abad ke-16-17
a.menghuraikan ciri-ciri seni bina.
3 Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
Menjelaskan proses, kesan dan respons masyarakat tempatan terhadap penjajahan dan penubuhan negara bangsa.
3.1 Perluasan kuasa Barat
Khalifah Uthmaniyah abad ke 18-20
a)membincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir
Reaksi masyarakat tempatan di Algeria
a)Menjelaskan reaksi masyarakat tempatan
3.3 Gerakan nasionalisme abad ke 20
Gerakan nasionalisme di Mesir ke 20
Gerakan nasionalisme di Syria abad ke 20
a)menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria
menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir
i.Pengaruh agama
ii.Peranan bahasa dan kesusasteraan
iii.Pengaruh kewartawanan
iv.Peranan pendidikan
v.Peranan golongan intelektual
vi.pengaruh luar
3.4 Perang Dunia Pertama
Khalifah Uthmaniyah abad -20
a)Membincangkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
Kejatuhan kerajaan Turki
Faktor politik dan pengaruh luar
3.5 Pembentukan negara bangsa.
Pembentukan negara bangsa di Turki abad ke- 20
Pembentukan negara bangsa di Mesir abad ke- 20
a)      Menghuraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa.


Mata pelajaan Sejarah STPM 940 Sejarah 2016

PERATURAN DAN SKEMA PEPERIKSAAN

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Bil
Kod dan Nama
Mata Pelajaran
Kod dan
Nama Kertas
Wajaran
(%)
Masa
Nota
10
940
940/1 Sejarah 1
29  
2 jam
Semua kertas mesti
diambil oleh semua
Jenis calon
940/2 Sejarah 2
22
1 1/2
940/3 Sejarah 3
29
2 jam
940/4 Sejarah 4
Kerja kursus
20
P2


SUMBER-http://portal.mpm.edu.my/web/guest/peraturan-dan-skema-peperiksaan-stpm-baharu

Jumaat, 1 Januari 2016

PEMBUKAAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR 2.1.1905

Oleh-Ahmad bin Yaakob
Pada hari ini dalam tahun 1905, sebuah Sekolah Melayu berasrama penuh telah ditubuhkan di bandar diraja  Kuala Kangsar, Perak.  Sekolah  ini  dikenali sebagai  Malay  Residential  School  ditubuhkan  sebagai  sekolah  percubaan.   William  Hargreaves, guru  besar  Penang  Free  School  telah  dilantik  sebagai  guru  besarnya  yang  pertama  dengan dibantu  oleh  dua  orang  guru  iaitu  F. A  Vanrennan  dan  C.W  Rowlands.  Pada  peringkat  permulaannya,   murid-muridnya  adalah  seramai  lapan  orang  dan  bertambah  kepada  63  orang  menjelang  bulan  Mac.  Sehingga  penghujung  tahun  1905  terdapat  seramai  79  orang  murid  di  sekolah tersebut.  Tujuan  asal penubuhan sekolah  khas  ini  ialah  bagi  melatih  anak-anak  kerabat diraja  dan  pembesar-pembesar  Melayu   serta   memberi  pelajaran dan  latihan  bagi  mengisi  jawatan-jawatan  dalam  perkhidmatan Kerajaan  British  di  Tanah  Melayu.  Bangunan   tambahan  sekolah  ini  telah  siap  dibina  pada  tahun  1909  dengan  peruntukan sebanyak  $ 30, 000.00  dan  telah  dirasmikan  sebagai  Malay  College  Kuala  Kangsar  (MCKK).   Berikutan  daripada  itu  MCKK  telah  dijalankan  sepenuhnya sebagai  English  Public  School.  Sehingga  kini,  MCKK  yang  dikhaskan  kepada  murid-murid  lelaki  sahaja telah  melahirkan  ramai  cendekiawan  Melayu.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/