Khamis, 7 Januari 2016

1.2 Masyarakat Islam

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelaran:Menjelaskan konsep ummah dan perkembangan masyarakat Islam.
       Nabi Muhammad SAW diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda ialah Nabi dan Rasul terakhir.Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul selepasnya. Baginda telah berjaya mernbentuk sebuah masyarakat (ummah) dan negara Islam di Madinah.Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku suatu perubahan besar dari sudut politik, ekonomi dan sosial umat Islam yang membawa kepada perkembangan budaya dan masyarakat Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa' al-Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.[1]

A.Konsep ummah.
Definisi ummah dari segi bahasa dan istilah.
Ummah bererti masyarakat atau umat manusia.Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad SAW,masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi di Madinah ketika itu.Ringkasnya ummah zaman Nabi ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang Islam samada mereka seagama atau tidak. Namun berikutan dengan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas kepada umat Islam yang tinggal di Kota Madinah.[2]

Usaha-usaha Nabi Muhammad SAW membentuk ummah di Madinah;
a)Penyatuan suku Arab Aus dan Khazraj menjadi Ansar.
b)Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin-ukhuwah Islamiah.
c)Penyatuan umat Islam dengan bukan Islam melalui konsep ummah.
d)Penggubalan Piagam Madinah dan penubuhan negara Islam.
e)Melaksanakan keadilan sosial termasuk kebebasan beragama, jaminan keselamatan dan kebebasan ekonomi..
f)Penyingkiran golongan yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadir dan Bani Quraizah.
g)Memperkasakan ekonomi Islam –perniagaan, pertanian dan sebagainya.
h)Pembentukan pasukan tentera.
i)Dasar berhati-hati terhadap golongan munafik.[3]
  



[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),26.
[2] Ibid.
[3] Masyarakat Islam”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),5.

Isnin, 4 Januari 2016

Soalan Kerja Kursus 940 Sejarah 2016

Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500 hingga 3000 patah perkataan berdasarkan
satu daripada tema di bawah ini.
Tema 1
Sejarah sukan
Tema 2
Sejarah kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum
Tema 3
Sejarah tempat
Tema 4
Sejarah kulinari

Sumber-http://portal.mpm.edu.my/

Sabtu, 2 Januari 2016

SUKATAN PELAJARAN KERTAS 2 SEJARAH ISLAM (500 – 1918)

1 Masyarakat, Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
1.1  Masyarakat jahiliah
Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6)
(a) menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah.
1.2  Masyarakat Islam
Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin di Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6-7)
(a)    menghuraikan konsep ummah;
(b)   membincangkan perkembangan masyarakat Islam.
1.3  Sistem pemerintahan
 Nabi Muhammad SAW (abad ke.7)
menghuraikan kandungan dan peranan Piagam Madinah;
memerihalkan struktur pemerintahan di Madinah.
1.4  Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW abad ke 7
a)      Menghuraikan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW
1.5  Institusi khalifah
1.5.1        Pemilihan khalifah
khalifah al-Rasyidin dan Umayyah abad ke-7-8
a)menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah
b)membincangkan kaedah pemilihan khalifah
1.5.2 Sumbangan khalifah/tokoh
Khalifah al-Rasyidin, Umayyah abad ke-7-8
Abbasiyah  abad ke-8-9
Golongan baru zaman khulafah al-Rasyidin –STPM 13 ulangan      
        c)menilai sumbangan khalifah/ tokoh.
i.Khalifah Abu bakar
ii.Khalifah Umar al-Khattab
iii.Khalifah Umar Abdul Aziz
iv.Khalifah Harun al-Rasyid.
1.6  Bentuk pemerintahan
1.6.1        Pemerintahan pusat dan wilayah khalifah al-Rasyidin abad ke-7
Membincangkan struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah.
1.6.2        Pemerintahan pusat dan wilayah Andalusia abad ke-13,India abad ke 16-17
Menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir.
1.7  Pertahanan dan pembukaan wilayah
1.7.1        Jihad zaman Nabi Muhammad SAW, Khalifah al-Rasyidin abad ke-7
1.7.2        Peperangan
1.7.3        Kepimpinan
1.8  Perhubungan luar
2.Pembangunan dan penerokaan
2.1 Ekonomi- menghuraikan konsep   dan ciri-ciri Sistem ekonomi
     Membincangkan kegiatan ekonomi.
2.1.1 Sistem ekonomi Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7
        Sistem ekonomi Abbasiyah abad ke-11-12
        Sistem ekonomi Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15
2.1.2 Institusi ekonomi
Mengnalisis peranan institusi ekonomi dan pelaksanaannya.
i.baitulmal
ii.cukai
iii.zakat
2.2 Pendidikan
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
a.membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam
   Khalifah Umayyah abad ke-7-8
   Khalifah Abbasiyah abad ke-11-12
2.2.2 Perkembangan pendidikan
   Mesir abad ke-8
   Acheh abad ke 16-17
b.menjelaskan jenis institusi pendidikan
i.halaqah
ii.masjid/surau
iii.pondok/masrasah
iv.istana
v.universiti
c.menghuraikan sistem pendidikan
i.pendidikan fardu ain dan fardu kifayah
ii.kaedah pengajaran dan pembelajaran
2.3 Perkembangan intelektual
2.3.1 Perkembangan ilmu
Perkembangan ilmu zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-11-13
Perkembangan ilmu zaman Khalifah Umayyah di Andalusia abad ke 11-13
A)menghuraikan ilmu naqli dan aqli
2.3.2 Sumbangan tokoh
Sumbangan tokoh Khalifah Abbasiyah abad ke-8-13
Sumbangan tokoh Mesir ababd ke-15
b)menilai sumbangan
i.al-Khwarizmi
ii.Ibn Sina
iii.al-Ghazali
iv.Ibn Khaldun
2.4 Penerokaan
Penerokaan zaman Khalifah Umayyah abad ke-7-8
Penerokaan Abbasiyah dan andalusis abad ke-14
Menilai sumbangan tokoh
i.al-Masudi
ii.Ibn Majid
iii.Ibn Battutah
2.5 Seni bina
Seni bina Andalusia abad ke-13
Seni bina India abad ke-16-17
a.menghuraikan ciri-ciri seni bina.
3 Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
Menjelaskan proses, kesan dan respons masyarakat tempatan terhadap penjajahan dan penubuhan negara bangsa.
3.1 Perluasan kuasa Barat
Khalifah Uthmaniyah abad ke 18-20
a)membincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir
Reaksi masyarakat tempatan di Algeria
a)Menjelaskan reaksi masyarakat tempatan
3.3 Gerakan nasionalisme abad ke 20
Gerakan nasionalisme di Mesir ke 20
Gerakan nasionalisme di Syria abad ke 20
a)menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria
menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir
i.Pengaruh agama
ii.Peranan bahasa dan kesusasteraan
iii.Pengaruh kewartawanan
iv.Peranan pendidikan
v.Peranan golongan intelektual
vi.pengaruh luar
3.4 Perang Dunia Pertama
Khalifah Uthmaniyah abad -20
a)Membincangkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
Kejatuhan kerajaan Turki
Faktor politik dan pengaruh luar
3.5 Pembentukan negara bangsa.
Pembentukan negara bangsa di Turki abad ke- 20
Pembentukan negara bangsa di Mesir abad ke- 20
a)      Menghuraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa.


Mata pelajaan Sejarah STPM 940 Sejarah 2016

PERATURAN DAN SKEMA PEPERIKSAAN

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Bil
Kod dan Nama
Mata Pelajaran
Kod dan
Nama Kertas
Wajaran
(%)
Masa
Nota
10
940
940/1 Sejarah 1
29  
2 jam
Semua kertas mesti
diambil oleh semua
Jenis calon
940/2 Sejarah 2
22
1 1/2
940/3 Sejarah 3
29
2 jam
940/4 Sejarah 4
Kerja kursus
20
P2


SUMBER-http://portal.mpm.edu.my/web/guest/peraturan-dan-skema-peperiksaan-stpm-baharu

Jumaat, 1 Januari 2016

PEMBUKAAN KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR 2.1.1905

Oleh-Ahmad bin Yaakob
Pada hari ini dalam tahun 1905, sebuah Sekolah Melayu berasrama penuh telah ditubuhkan di bandar diraja  Kuala Kangsar, Perak.  Sekolah  ini  dikenali sebagai  Malay  Residential  School  ditubuhkan  sebagai  sekolah  percubaan.   William  Hargreaves, guru  besar  Penang  Free  School  telah  dilantik  sebagai  guru  besarnya  yang  pertama  dengan dibantu  oleh  dua  orang  guru  iaitu  F. A  Vanrennan  dan  C.W  Rowlands.  Pada  peringkat  permulaannya,   murid-muridnya  adalah  seramai  lapan  orang  dan  bertambah  kepada  63  orang  menjelang  bulan  Mac.  Sehingga  penghujung  tahun  1905  terdapat  seramai  79  orang  murid  di  sekolah tersebut.  Tujuan  asal penubuhan sekolah  khas  ini  ialah  bagi  melatih  anak-anak  kerabat diraja  dan  pembesar-pembesar  Melayu   serta   memberi  pelajaran dan  latihan  bagi  mengisi  jawatan-jawatan  dalam  perkhidmatan Kerajaan  British  di  Tanah  Melayu.  Bangunan   tambahan  sekolah  ini  telah  siap  dibina  pada  tahun  1909  dengan  peruntukan sebanyak  $ 30, 000.00  dan  telah  dirasmikan  sebagai  Malay  College  Kuala  Kangsar  (MCKK).   Berikutan  daripada  itu  MCKK  telah  dijalankan  sepenuhnya sebagai  English  Public  School.  Sehingga  kini,  MCKK  yang  dikhaskan  kepada  murid-murid  lelaki  sahaja telah  melahirkan  ramai  cendekiawan  Melayu.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/



Khamis, 31 Disember 2015

Nama dan gelaran Nabi Muhammad SAW

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
      Di dalam kitab Muhammad karangan Muhammad Redha, terdapat hadis yang menerangkan nama-nama Baginda SAW selain Muhammad atau Ahmad. Kisah bagaimana nama Muhammad diperoleh oleh ibunda baginda. Sewaktu Baginda dikandungkan oleh ibunya Aminah pada bulan pertama, datang Nabi Adam di dalam mimpi Aminah dan berkata berilah nama anakmu itu dengan nama Muhammad. Pada bulan kedua, Aminah juga didatangi oleh Nabi Adam dan seterusnya meminta kepadanya supaya diberikan nama Muhammad sehinggalah bulan kesembilan.[1]


[2]Rusydi Ramli Al-Jauhari,Biografi Agung asulullah Sallahu Alayhi Wasallam,(Batu Caves: Must Read Sdn Bhd,2012),2.

Penyabong, tempat persinggahan lanun

25 Disember 2015 6:20 PM 
DI atas batu besar inilah kumpulan lanun gemar menyabung ayam sehingga timbulnya nama Penyabong.
KISAH di Mersing juga berkait rapat dengan kewujudan sebuah perkampungan nelayan yang dinamakan Penyabong. Perkampungan ini terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Mersing dan lima kilometer dari pekan Endau.
Penyabong terkenal dengan pantai Pasir Lanun yang mempunyai kisah di sebalik namanya. Menurut cerita orang kampung, asal nama Penyabong timbul ketika kumpulan lanun di Laut China Selatan pada kurun ke-19 menjadikan kawasan di situ sebagai tempat persinggahan mereka.
Laut China Selatan ketika itu merupakan laluan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dari Pantai Timur ke Singapura serta dari China.
Maka lanun-lanun yang berada di sekitar laluan itu sering menjadikan pantai di sekitar Mersing sebagai tempat perlindungan dan mengatur strategi serangan ke atas kapal-kapal pedagang. Bagi mengisi masa lapang, kumpulan lanun itu sering mengadakan aktiviti sabung ayam.
Kerana itu, pantai itu akhirnya diberi nama Penyabong. Malah, terdapat sebuah batu besar di tepi pantai Penyabong yang dikatakan menjadi tempat lanun-lanun itu bermain sabung ayam. Batu itu masih wujud sehingga ke hari ini.
Menurut Ketua Kampung Mukim Penyabong, Wan Azman Wan Jusoh, pantai Pasir Lanun yang terletak di Kampung Penyabong itu pula mendapat nama apabila kawasan itu sering menjadi tumpuan lanun-lanun dari sekitar Laut China Selatan untuk berehat.
“Pernah terjadi pergaduhan antara kumpulan-kumpulan lanun yang singgah di Penyabong. Mereka berebut untuk mengambil bekalan air sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku. Malah, peperangan antara lanun dan kapal-kapal pedagang juga pernah berlaku di sini,” katanya kepada S2.
Wan Azman berkata, Penyabong asalnya dihuni oleh beberapa nelayan yang menjadikan tempat itu sebagai pangkalan untuk menangkap ikan sejak dahulu lagi. Sehingga ke hari ini, aktiviti nelayan dan menangkap merupakan hasil pendapatan utama bagi penduduk di situ.
“Ketika Penyabong mula dihuni, terdapat beberapa lagi kampung yang wujud berdekatan seperti Tanjung Resang, Teluk Sari dan Kampung Sisik. Kesemuanya mempunyai kisah tersendiri bagaimana ia mula diduduki,” katanya.
Katanya, menurut cerita orang-orang tua, Tanjung Resang dibuka oleh seorang individu yang berasal dari Terengganu dikenali sebagai Pak Lah. Ketika itu katanya, Pak Lah yang melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan perahu payang singgah di suatu kawasan untuk berlindung daripada ribut.
“Pada masa itu, dia berteduh di bawah pokok Resam. Kebetulan, kawasan itu merupakan sebuah tanjung. Jadi, mengikut loghat Terengganu, dia memanggil tempat itu Tanjung Resang,” katanya.
Kemudian, tempat itu mula didatangi orang-orang berasal dari Terengganu yang terus menetap di situ. Manakala, asal kewujudan Kampung Sisik pula diambil sempena seekor Penyu Sisik yang mendarat di pantai dekat situ untuk bertelur.
Menurut cerita juga, kewujudan Teluk Sari pula ekoran kisah bagaimana seseorang perlu mengambil masa sehari suntuk dan bermalam di situ sebelum sampai ke destinasi sama ada ke Mersing atau Endau.
Katanya, kini, aktiviti pelancongan menjadi tarikan utama di Penyabong apabila semakin banyak chalet-chalet dan resort yang menarik dibuka dan ditawar pada harga berpatutan, selain wujudnya perusahaan kecil dan sederhana memproses makanan laut dan juga gerai-gerai makanan tradisi masyarakat setempat seperti nasi dagang, keropok lekor, sata, kuih-muih dan banyak lagi.
Selain itu, kata Wan Azman, ada juga penduduk tempatan mengusahakan kelong di pesisir pantai Penyabong. Terdapat beberapa pulau berdekatan Penyabong antaranya Pulau Acheh, Pelandok dan Pulau Tengah.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/penyabong-tempat-persinggahan-lanun-1.172817#sthash.cetCcJpT.dpuf