Rabu, 30 Disember 2015

Pasu RM2.3 juta

Leicestershire: Sebuah pasu yang selama ini dijadikan barang perhiasan di sebuah rumah di sini dijual pada harga RM2.3 juta selepas didapati ia dibuat untuk seorang maharaja China.
Nilai pasu setinggi 30.5 sentimeter itu diketahui selepas pemiliknya meninggal dunia dan jurulelong dipanggil untuk menilai harta peninggalannya.
Mereka menyedari pasu yang disimpan di atas pendiangan di rumah di Leicestershire itu memiliki tanda mohor enam karektor, menunjukkan ia dibuat untuk Maharaja Qianlong antara 1736 dan 1795.
Ia dinilaikan pada RM190,000 tetapi dijual pada harga RM1.9 juta, tidak termasuk cukai dan yuran berjumlah RM400,000.
Jurulelong dari Hansons di Derbyshire, Adrian Rathbone berkata: “Pasu itu sudah bertahun-tahun terletak di atas pendiangan. Ia sudah pasti dilihat setiap hari oleh mereka yang berada di rumah itu. Tetapi mereka tidak tahu menilainya.
“Masyarakat Cina memang berminat membeli semula warisan mereka. Dan yang membeli pasu ini juga dari China.”
Pasu itu dihiasi dengan tujuh simbol yang didakwa boleh membawa nasib yang baik kepada pemiliknya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2015 @ 5:11 AM

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/101466#sthash.3bJoL0c9.dpuf

USIM tubuh Fakulti 
Kejuruteraan dan Alam Bina

AINOL AMRIZ ISMAIL  |  29 Disember 2015 12:31 AM
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina yang bakal beroperasi secara
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina yang bakal beroperasi secara
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina yang bakal beroperasi secara sementara di Bangunan Fakulti Sains dan Teknologi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
SEREMBAN 28 Dis. – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini terus memperkasakan peranannya dalam menyediakan program akademik yang bertunjangkan integrasi ilmu Naqli dan Aqli melalui penubuhan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.
Fakulti itu merupakan yang ke-sembilan diwujudkan USIM sejak ditubuhkan pada tahun 2000.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM, Prof. Dr. Zulkifli Abd. Ghani berkata, surat kelulusan penubuhan fakulti berkenaan pada 10 Disember lalu ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan pihak universiti dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi surat rasmi oleh Jabatan Pendidikan Tinggi.
“Melalui penubuhan fakulti itu, dua program akademik sedia ada yang diletakkan di bawah Fakulti Sains dan Teknologi iaitu Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian serta Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian (Kejuruteraan Elektronik) akan ditawarkan di bawah fakulti baharu itu mulai tahun hadapan,” katanya dekat sini hari ini.
Katanya lagi, dengan penubuhan itu juga secara tidak langsung membuka peluang baharu kepada pelajar lepasan sekolah agama untuk melanjutkan pengajian dalam bidang profesional.
“Usaha awal kepada penubuhan fakulti itu ialah dengan pengambilan kumpulan pertama pelajar Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian pada 2012 diikuti Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian (Kejuruteraan Elektronik) pada 2013.
“Pada majlis konvokesyen USIM pada November lalu menyaksikan seramai 10 orang graduan kumpulan pertama Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian mene-rima ijazah masing-masing.
“Graduan sulung program Sarjana Muda Kejuruteraan dengan kepujian (Kejuruteraan Elektronik) pula akan diraikan pada majlis konvokesyen USIM ke-15 pada 2017,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, kata Zulkifli, sebagai sebuah fakulti yang dinamik pihaknya mempunyai perancangan untuk menawarkan beberapa program akademik baharu pada masa hadapan.
“Pada peringkat prasiswazah yang ditawarkan adalah Sarjana Muda Ukur Bahan dengan kepujian sementara pascasiswazah ialah Sarjana Sains Kejuruteraan dan Doktor Falsafah Kejuruteraan,” katanya.
Walaupun masih baharu, program Seni Bina USIM contohnya telah berjaya mengharumkan nama USIM apabila model rumah banjir patuh syariah yang dihasilkan sekumpulan pelajar dan pensyarahnya telah dipilih oleh Tesco Malaysia untuk dibina bagi mang-sa banjir di Kelantan pada Mac lalu.
Fakulti baharu itu akan berope-rasi secara sementara di bangunan Fakulti Sains dan Teknologi.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/usim-tubuh-fakulti-8232-kejuruteraan-dan-alam-bina-1.173866#sthash.UOjwk6GM.dpuf

Anak Terengganu pertama masuk Oxford

ROSALINDA MD. SAID  |  29 Disember 2015 1:19 AM
MOHD. FIRDAUS (tengah) bersama ibu bapanya, Samsudin @ Mustapha
MOHD. FIRDAUS (tengah) bersama ibu bapanya, Samsudin @ Mustapha
MOHD. FIRDAUS (tengah) bersama ibu bapanya, Samsudin @ Mustapha Mamat dan Rohani Long Ahmad dalam majlis Penganugerahan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kelmarin. Utusan/AZLAN BAHRUM
KUALA TERENGGANU 28 Dis. - Mohd. Firdaus Samsudin @ Mustapha, 27, anak Terengganu pertama yang ditawarkan tempat di salah sebuah universiti paling berprestij di dunia, Universiti Oxford, kini bergelar Doktor selepas menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Biokimia.
Beliau yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu bakal memulakan tugas sebagai Felo Penyelidik Kimia di University of Southampton, United Kingdom pada 1 Februari tahun hadapan.
Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat kebangsaan pada 2005 itu dijangka menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan ubat-ubatan baharu bagi menangani jangkitan bakteria Psuedomonas yang biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berada di hospital dan mempunyai sistem imunisasi lemah.
“Saya ditawarkan pekerjaan di sana (University of Southampton) dan dalam masa sama akan men­yertai kumpulan penyelidik lain untuk menghasilkan antibiotik khusus yang pertama seumpamanya di dunia bagi menghalang jangkitan kuman di hospital.
“Dengan pengalaman yang diperoleh kelak, insya-Allah akan diaplikasikan untuk berkhidmat di Terengganu pada masa hadapan. Kejayaan saya adalah untuk semua dan saya akan terus menjaga nama baik keluarga, rakyat Terengganu dan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penganugerahan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) Ke-17 yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini semalam.
Dalam majlis itu, Mohd. Firdaus turut meraih Anugerah Khas YT selepas berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dari peringkat sarjana selama dua tahun di Universiti Oxford dan seterusnya sehingga ke peringkat PhD di universiti sama.
Bekas pelajar tajaan YT itu menerima ganjaran berjumlah RM5,000, seunit komputer riba dan sijil penghargaan dalam majlis yang turut disaksikan oleh bapanya, Samsudin @ Mustapha Mamat, 65, dan ibunya, Rohani Long Ahmad, 58.
Mohd. Firdaus, anak kedua daripada empat beradik kepada pesara kerajaan dan guru tadika itu bercita-cita menjadi seorang saintis dan berazam untuk memenangi Anugerah Nobel pada masa depan.
Beliau turut berterima kasih dan menghargai segala sumbangan kerajaan negeri termasuk tajaan YT sepanjang pengajiannya di United Kingdom yang melancarkan lagi proses pengajiannya.
“Semua orang boleh berjaya menggapai cita-cita dan apa yang paling penting selaku pelajar tentunya fokus adalah terhadap pelajaran," katanya.
Terdahulu, kejayaan Mohd. Firdaus membuat kajian mengenai penyerapan ubat yang lebih cepat ke dalam sel badan menyebabkan Universiti Oxford menawarkannya tempat untuk mengikuti pengajian peringkat PhD.
Selepas memperoleh ijazah kelas pertama di Imperial College of London dan baru setahun mengikuti pengajian peringkat sarjana di Universiti Oxford, beliau terus ditawarkan pengajian doktor falsafah.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/anak-terengganu-pertama-masuk-oxford-1.174010#sthash.sNl0N6z9.dpuf

PENGURNIAAN SURAT KETERANGAN MEMUNGUT CUKAI DI ULU PAHANG DALAM TAHUN 1859


Pada hari ini 30.12.1859, Sultan Pahang, Sultan Mahmud Al-Muzaffar Shah telah mengurniakan "Surat Keterangan" kepada Mandara Lubuk Setia Raja atau Tok Lubuk dari daerah Gali. Surat Keterangan ini merupakan surat kuasa untuk memungut cukai di daerah Gali. Surat ini telah disampaikan oleh Wakil Sultan, Tengku Embong Ibni al-Marhum Sultan Mahmud Shah dan En. Wan Long ibni Dato Bendahara Seri Maharaja kepada Mandara Lubuk Setia Raja. Dengan adanya Surat Keterangan ini membolehkan Mandara Lubuk Setia Raja memungut cukai di daerahnya. Cukai yang dipungut dari daerah ini akan diserahkan kepada Sultan melalui Orang Kaya Maharaja Perba Jelai. Sistem pungutan cukai ini merupakan sistem yang diikuti oleh Kerajaan Negeri Pahang sejak lama dahulu. Tetapi setelah British campurtangan di Pahang pada tahun 1888 sistem pungutan cukai oleh pembesar-pembesar Pahang cuba dihapuskan. Sebaliknya mereka perlu membayar cukai kepada Kerajaan British melalui Pemungut cukai dan Majestrit (Collector and Magistrate) yang berkuasa sebagai Pegawai daerah. Kerajaan British telah mendapat tentangan hebat dari pembesar-pembesar Pahang seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah dan beberapa orang lagi. Sesungguhnya pengurniaan Surat Keterangan oleh Sultan kepada pembesar-pembesar adalah merupakan satu penghormatan dan pemberian kuasa ke atas daerah-daerah tertentu untuk memungut hasil mahsul negeri. Segala hasil cukai akan diserahkan kepada orang-orang Besar Pahang dan seterusnya diserahkan kepada Sultan Pahang.

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

Selasa, 29 Disember 2015

KEGAGALAN RUNDINGAN BALING

 
Pada  hari  ini  dalam  tahun  1955,  Rundingan   Baling  telah  berakhir  dengan  tanpa mencapai kejayaan.  Rundingan  yang  berlangsung  di antara pihak  kerajaan  dan  Parti  Komunis  Malaya  (PKM)  ini  bertujuan  untuk  menamatkan  darurat  Pertemuan  bersejarah  ini  telah  berlangsung  di dalam  empat  sesi  selama  dua hari,  bertempat  di  sekolah  Kerajaan  Baling,  Kedah.  

Pihak kerajaan diwakili oleh Ketua  Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura,  Encik  David  Marshall  serta   Dato'  Sir  Tan  Cheng  Lock.  Manakala PKM diwakili  oleh  Chin  Peng  selaku  Setiausaha  Agung  PKM, bersama  dengan  Chen Tian dan Abdul Rashid  Maidin.   Dalam  rundingan  itu  Tunku  Abdul  Rahman  telah menerangkan  syarat-syarat  berkaitan  pengampunan  beramai-ramai dan pergolakan politik negara. 

Beliau  meyakinkan  PKM  bahawa   Persekutuan  Tanah   Melayu  sedang menuju ke arah mencapai  kemerdekaan  dan  menyeru  PKM  agar  menghentikan  keganasan.  Sesungguhnya,  Rundingan  yang  diadakan  ini  merupakan  kemuncak  usaha  kerajaan  dalam  mengatasi  pemberontakan  bersenjata  komunis.  Kegagalan  rundingan  ini  ialah  kerana  permohonan  PKM   agar  mereka  diberikan  pengiktirafan  serta  dibenarkan  mengamalkan  ideologi  Komunis  ditolak  dan  tidak  diterima  sama  sekali  oleh  kerajaan. 

Sumber-http://hids.arkib.gov.my/

UEM TANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN JKR UNTUK PEMBINAAN LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

Menyediakan kemudahan prasarana di negara ini merupakan tanggungjawab Kerajaan kepada rakyat. Bagi mempercepatkan proses penyediaan kemudahan ini pihak Kerajaan menjalankan dasar pengswastaan terutamanya yang melibatkan kos yang tinggi serta jangkaan keuntungan yang memakan jangka masa yang panjang.

Salah satu syarikat awal yang terlibat dalam usaha-usaha pembinaan lebuhraya di Malaysia ialah United Engineers (M) Sdn. Bhd. syarikat yang bertanggungjawab membina lebuhraya Utara-Selatan daripada Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Johor Bharu, Johor. Bagi melaksanakan projek ini di peringkat kedua, satu perjanjian surat hasrat telah ditandatangani di Kuala Lumpur pada 29 Disember 1986. Laluan di peringkat kedua ini melibatkan jarak sepanjang 504 km dengan kos sebanyak RM3400 juta dan dijangka siap pada tahun 1992. Pada majlis tersebut Kerajaan diwakili oleh Datuk Samy Vellu, manakala United Engineers diwakili oleh Naib Pengerusi Eksekutif Encik Halim Saad.

Peringkat pertama lebuhraya ini yang bernilai RM2100 juta menghubungkan Changkat Jering ke Ipoh dan Senawang ke Air Keroh, Melaka siap pada Mei 1987 iaitu sepanjang 400 kilometer. Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan telah berjaya mewujudkan lebuhraya yang terpanjang di Malaysia dan telah memberi kemudahan pengangkutan yang paling baik dan selesa kepada penduduk di negara ini.

Sumber- http://hids.arkib.gov.my/

Isnin, 28 Disember 2015

Pahit manis arena sukan negara 2015

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 DISEMBER 2015
Lee Chong Wei
 Lee Chong Wei Lee Chong Wei

BERIKUT ialah kronologi peristiwa arena sukan yang menarik perhatian pada 2015:

JANUARI:
7 Jan - Isu tunggakan gaji selama lima bulan melibatkan 12 pemain Perlis akhirnya diselesaikan menerusi perjumpaan tertutup antara pemain terbabit dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

8 Jan - Pasukan Harimau Malaya membuka lembaran 2015 di kedudukan ke-154 dunia berdasarkan senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

20 Jan - Bekas atlet heptathlon negara, Datuk Zaiton Othman lakar sejarah apabila diumumkan sebagai Pesuruhjaya Sukan wanita yang pertama di Malaysia berkuat kuasa 1 Feb.

22 Jan - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David gagal mempertahankan gelaran Kejohanan Juara-Juara (ToC) di New York.

23 Jan - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pemegang hak media antarabangsa terkemuka, Media Partners & Silva (MP & Silva) menjelang penswastaan Liga Malaysia (Liga M) pada 2016.

24 Jan - Atlet elit paralimipik negara dan pemenang tiga pingat emas Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, Mohammad Azlan Mat Lazim meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Serdang Raya.

25 Jan - Malaysia muncul juara Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL) 2015 selepas membelasah Poland 8-0 pada perlawanan akhir, sekali gus mara ke separuh akhir WHL pada Jun.

26 Jan - Pesuruhjaya Sukan umum keputusan menarik balik penggantungan pendaftaran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) setelah berpuas hati dengan tindakan pembetulan yang telah dilaksanakan badan induk sukan berbasikal negara itu.

31 Jan - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 selepas mengalahkan Pahang 2-0 pada perlawanan sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu. Perlawanan itu adalah pembukaan musim baharu Liga Malaysia.

FEBRUARI:

1 Feb - Datuk Zaiton Othman memulakan tugasnya sebagai Pesuruhjaya Sukan sebagai sebagai Pesuruhjaya Sukan wanita pertama negara.

1 Feb - Malaysia menepati sasaran apabila muncul juara kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Skuasy Remaja Asia Berpasukan ke-17 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

2 Feb - Datuk Seri Subahan Kamal menang tanpa bertanding jawatan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bagi penggal 2015-2018 selepas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang merupakan Presiden MHC sejak 2008 menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan itu pada tahun 2014.

2 Feb - Datuk Nicol David mencipta rekod baharu dunia apabila dapat bertahan selama 106 bulan sebagai pemain nombor satu dunia dalam senarai terbaharu Persatuan Skuasy Wanita (WSA).

4 Feb - Datuk Nicol David lakukan hatrik gelaran Kejohanan Cleveland Classic 2015 di Ohio, Amerika Syarikat hari ini, sekali gus melakarkan kemenangan pertama bagi tahun 2015.

5 Feb - Dua pemain beregu lelaki negara Hoon Thien How dan Lim Khim Wah membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

8 Feb - Malaysia berjaya menumpaskan musuh tradisinya Thailand 2-0 (21-7 dan 21-19) dalam pertarungan hampir sejam bagi merangkul kejuaraan kategori lelaki Kejohanan Sepak Takraw Siri Super Istaf Malaysia 2015 di Melaka.

8 Feb - Pemain berpengalaman Danny Chia dan pemain amatur terbaik negara, Gavin Kyle Green muncul pemain Malaysia paling menyerlah pada kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank (MMO) 2015.

8 Feb - Skuad Bawah 22 Tahun negara (Harimau Muda) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Bangabandhu 2015 selepas menewaskan Bangladesh 3-2 pada aksi final di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh.

10 Feb - Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil keputusan membatalkan acara kontroversi, Maraton Antarabangsa Malaysia (MIM) 2015 yang dicadangkan berlangsung di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang, pada 23-24 Mei.

12 Feb - Pengulas sukan Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).

20 Feb - Pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin kategori lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2015 di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis.

26 Feb - Kemelut yang timbul antara Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan ketua jurulatih berbasikal trek negara John Beasley akhirnya mencapai penyelesaian, selepas enam jam perbincangan berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN).

MAC:

2 Mac - Pengarah Teknikal Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen memulakan tugas.

3 Mac - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tajaan berjumlah RM60 juta daripada syarikat pembekal peralatan sukan, Victor dari Taiwan untuk tempoh enam tahun.

5 Mac - Nicol tewas kepada pemain Mesir, Raneem El Weleity pada perlawanan akhir Terbuka Windy City 2015.

14 Mac - Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) dipecat manakala Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA) hilang hak sebagai anggota bersekutu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkuat kuasa pada tarikh ini.

19 Mac -  Gandingan Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong menghadiahkan pingat gangsa buat negara pada pusingan kedua Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2015 di Kompleks Sukan Hamdan, Dubai.

23 Mac - Pemain boling elit negara, Sin Li Jane meraih tempat kedua di kejohanan boling campuran - Cabaran Euro Brunswick 2015 di Munich, Jerman.

26 Mac - Skuad Harimau Malaya diaibkan Oman dengan kekalahan 6-0 pada aksi persahabatan antarabangsa kelas 'A' di Stadium Al-Seeb, Oman.

27 Mac - Gandingan Natasha Roslan dan Nora Lyana Natasia Norkamal berjaya meraih pingat perak dalam acara beregu perempuan pada Kejohanan Boling Remaja Asia ABF ke-18 di Macau.

29 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan kontrak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk menganjurkan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia dilanjutkan untuk tiga tahun sehingga 2018.

29 Mac - Pemandu Jerman, Sebastian Vettel daripada pasukan Scuderia Ferrari menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Petronas Grand Prix Malaysia 2015 di Litar Antarabangsa Sepang.

31 Mac - Hasrat Malaysia meraih slot ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-23 2016 tidak kesampaian selepas mengalami kekalahan kedua pada aksi terakhir pusingan kelayakan Kumpulan I.

Kekalahan tipis 0-1 skuad B-22 negara kepada Jepun di Stadium Shah Alam itu sekali gus menutup terus peluang Malaysia beraksi di pusingan akhir kejohanan berkenaan pada Januari tahun depan.

APRIL:

2 April - Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei jatuh ke tangga ke-16 dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

2 April - Datuk Nicol David masih mengungguli kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia yang disandangnya sejak Ogos 2006, walaupun gagal meraih sebarang gelaran setakat ini.

9 April - Kekalahan 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa menyaksikan Malaysia jatuh 11 anak tangga dalam ranking bola sepak dunia dan berada pada kedudukan ke-164 dunia.

11 April - Proses pendengaran kes doping Datuk Lee Chong Wei di Amsterdam.

12 April - Malaysia menutup tirai Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24 dengan kedudukan tercorot setelah tewas 3-1 kepada Kanada menerusi penentuan penalti di Stadium Azlan Shah, Perak.

16 April - Pemain boling elit Malaysia menampilkan penguasaan apabila menjuarai kategori lelaki dan wanita pada kejohanan stepladder Terbuka Antarabangsa Thailand 2015 yang berlangsung di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin di Bangkok, Thailand.

17 April - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Red Warriors Sdn Bhd, Kevin Ramalingam dilantik sebagai CEO Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) untuk tempoh tiga tahun.

20 April - Bekas juara dunia, Hendrawan diberi peranan lebih besar dengan membimbing Chong Wei selepas jaguh badminton negara itu bebas daripada tuduhan doping terhadapnya.

27 April - Datuk Lee Chong Wei menerima keputusan panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes dopingnya yang BWF menggantungnya selama lapan bulan bermula tarikh ujian doping pada aksi Kejuaraan Dunia di Copenhagen, Denmark pada 30 Ogos tahun lepas dan
penggantungan itu berakhir pada 30 April.

28 April - Datuk Nicol David cipta rekod baharu apabila dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan buat kali ke-10 manakala jaguh bina badan Sazali Abd Samad pula muncul Olahragawan Kebangsaan buat kali keempat pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2014.

30 April - Selepas lapan bulan penggantungan akibat kesalahan kes doping, kedudukan ranking dunia Datuk Lee Chong Wei jatuh ke tempat ke-45 dalam ranking BWF.

MEI:

1 Mei - Datuk Nicol David masih mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama 106 bulan berturut-turut, walaupun setakat ini hanya meraih satu gelaran tahun ini.

1 Mei - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mencipta sejarah baharu dalam arena bola sepak tempatan selepas dipilih antara tiga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia, untuk penggal 2015-2019.

1 Mei - Pasangan terjun wanita negara, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong, meraih pingat perak pada siri keempat Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2015 yang berlangsung di Pusat Akuatik London, Queen Elizabeth Olympic Park di Stratford, London.

6 Mei - Jumlah pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016 kekal dengan 24 pasukan iaitu masing-masing 12 dalam Liga Super dan Liga Perdana walaupun pengelolaan liga itu diambil alih oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

6 Mei - Datuk Nicol David rangkul gelaran juara Asia buat kali kesembilan pada Kejohanan Skuasy Asia edisi ke-18 di Kuwait.

7 Mei - Ranking bola sepak negara jatuh dua anak tangga pada kedudukan 166 dunia dalam senarai yang dikeluarkan FIFA bagi bulan April-Mei 2015.

9 Mei - Skuad memanah compound wanita negara mencipta sejarah apabila meraih pingat emas pertama Malaysia pada Piala Dunia Memanah 2015 di Shanghai, China.

9 Mei - Panel Rayuan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memutuskan untuk mengurangkan hukuman penggantungan terhadap pelumba trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dari 18 kepada 12 bulan selepas didapati positif mengambil dadah terlarang jenis 'dexamethasone' hasil pemeriksaan terhadap air kencingnya semasa menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Kangar pada 31 Mei 2014.

12 Mei - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) melengkapkan aksi terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin namun JDT sudah mengesahkan kejayaan lebih awal ke pusingan kedua pada 28 April.

13 Mei - Presiden Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), George Koshy memenangi jawatan Timbalan Presiden selepas menewaskan Naib Presiden Kanan, Datuk Nur Azmi Ahmad pada pemilihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

13 Mei - Pahang mengesahkan slot ke pusingan kedua (16 terakhir) Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) walaupun terikat tanpa jaringan menentang wakil Filipina, Global FC pada aksi terakhir kumpulan G di Stadium Philippine Sports, Filipina.

14 Mei - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengumumkan Perak dan Johor dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma), masing-masing pada 2018 dan 2020.

23 Mei - Pasukan dari Singapura, Lions XII menjuarai Piala FA 2015 setelah mengalahkan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

24 Mei - Pakar prestasi elit, Keith Power, dilantik sebagai pengarah Sukan Prestasi Tinggi (HPS) yang baharu.

25 Mei - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong berjaya meraih pingat gangsa acara 10m platform wanita pada Kejohanan Terjun Siri Dunia 2015 di Windsor, Kanada.

27 Mei - Pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur mengalahkan skuad Malaysia XI 2-1 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam.

27 Mei - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) layak ke suku akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mengalahkan kelab Myanmar, Ayeyawady United 5-0 di dalam saingan pusingan kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bharu.

30 Mei - Pasangan terjun wanita negara, Leong Mun Yee dan Cheong Jun Hoong berjaya meraih pingat gangsa pada siri akhir Kejohanan Terjun Dunia FINA 2015 di Merida, Mexico.

JUN:

2 Jun - Jawatankuasa Tatatertib Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menggantung enam perlawanan kepada pemain tengah skuad Bawah-23 negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor akibat kesalahan meludah pemain Timor Leste pada aksi pembukaan Kumpulan B dalam temasya Sukan SEA 2015 Singapura di Stadium Bishan, Singapura. Beliau dihantar pulang pada hari berikutnya.

2 Jun - Presiden Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) Datuk Karim Ibrahim telah dipilih sebagai anggota majlis individu dalam Persatuan Olahraga Asia (AAA).

4 Jun - Bekas jurulatih Kelantan Steve Darby mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempercepatkan tindakan dalam menyelesaikan isu kontrak beliau dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

7 Jun - Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan pelumba negara, Muhammad Zamri Baba terlibat kemalangan semasa Perlumbaan 1600cc SuperSports di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia.

9 Jun - Pelumba Malaysia Zaqhwan Zaidi daripada JPMoto Racing Team, tidak akan meneruskan aksi bersama pasukan berkenaan pada baki perlumbaan Moto2 musim ini.

9 Jun - Atlet olahraga, Muhammad Hakimi Ismail melakar sejarah apabila berjaya menamatkan kemarau pingat emas negara selama 18 tahun dalam acara lompat kijang pada Sukan SEA ke-28 di Singapura dan turut memperbaharui rekod Sukan SEA, selepas mencatat lompatan sejauh 16.76m.

10 Jun - Datuk Nicol David tersekat di saingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Antarabangsa Alexandria selepas kalah kepada pemain tuan rumah Omneya Abdel Kawy di Bibliotheca Alexandrina, Mesir.

14 Jun - Malaysia menjuarai Kejohanan Ragbi Piala Cresent apabila menewaskan pasukan pilihan Algeria 19-11 pada perlawanan akhir di Politeknik Merlimau, Melaka.

16 Jun - Skuad Harimau Malaya mengalami igauan ngeri apabila dibelasah 6-0 oleh Palestin pada perlawanan Kumpulan A, kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

17 Jun - Malaysia meraih 62 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-28 yang berakhir di Singapura dengan melepasi sasaran maksimum 184 pingat atau 56 peratus jumlah pingat keseluruhan.

22 Jun - Datuk Lee Chong Wei meraih kejuaraan pertama beliau dalam Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat.

28 Jun - Malaysia menamatkan cabaran Kumpulan B dengan kekalahan 1-3 kepada Great Britain pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (HWL) di Stadium KHC Dragons di Antwerp, Belgium.

29 Jun - Skuad badminton Malaysia muncul naib juara kumpulan C dan menempah slot ke suku akhir Kejohanan Remaja Asia 2015 di Bangkok, Thailand.

29 Jun - Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Kanada 2015 di Calgary.

30 Jun - Skuad bola kebangsaan Bawah 13 Tahun di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) memulakan kempen dengan bergaya pada Piala Iber 2015 selepas memenangi dua perlawanan berturut-turut pada pusingan awal kejohanan di Portugal.

JULAI:

1 Julai - Datuk Nicol David mengekalkan kedudukannya sebagai pemain wanita nombor satu dunia untuk tempoh mengagumkan selama 108 bulan berdasarkan ranking terbaru WSA (Womens Squash Association). 

2 Julai - Skuad hoki Malaysia gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil apabila tumpas 2-3 kepada India pada perlawanan suku akhir Liga Hoki Sedunia (HWL) di Stadium KHC Dragons di Antwerp, Belgium.

9 Julai - Selepas 22 tahun, bekas jurulatih negara Terry Walsh dari Australia kembali semula dengan peranan yang lebih mencabar untuk memulih dan mengembalikan zaman kegemilangan sukan hoki negara di persada antarabangsa.

24 Julai - Kelab tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan skuad Pilihan Malaysia seri 1-1 pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil.

29 Julai - Atlet terjun negara Pandelela Rinong Pamg atlet pertama meraih tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 selepas mara ke pusingan akhir Kejohanan Akuatik Dunia FINA Ke-16 bagi acara 10m platform wanita.

31 Julai - Seorang lagi penerjun negara, Ng Yan Yee berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik bagi acara 3m papan anjal wanita.

OGOS:

21 Ogos - Kedah mengesahkan trofi Liga Perdana 2015 selepas melakar kemenangan besar 5-1 ke atas DRB Hicom FC pada aksi terakhir liga di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kedah dan Pulau Pinang layak beraksi pada Liga Super 2016, manakala Kuala Lumpur dan SPA Putrajaya FC diturunkan untuk bersaing dalam Liga FAM 2016.

22 Ogos - Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar berjaya mempertahankan jawatan selaku presiden selepas mengalahkan Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor pada pemilihan bagi penggal 2015/2017 Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

SEPTEMBER:

4 Sept - Dollah Salleh meletak jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya berikutan kekalahan memalukan pasukan negara pada perlawanan ketiga Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019.

Beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya itu sejak 28 Jun 2014, kerana berasa bertanggungjawab di atas kekalahan mengaibkan skuad negara 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, UAE, pada 3 Sept.

5 Sept - Penerjun negara Ooi Tze Liang layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro bagi acara 3m papan anjal individu lelaki pada Kejohanan Terjun Piala Asia 2015 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.

7 Sept - Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) melantik bekas jurulatih negara Stephen Van Huizen sebagai jurulatih baharu skuad hoki lelaki kebangsaan berkuat kuasa 1 Okt.

9 Sept - Ranking ratu skuasy dunia Datuk Nicol David jatuh kedudukan kedua dunia selepas berada dalam kedudukan pertama selama 109 bulan.

29 Sept - Arena skuasy sekali lagi menerima tamparan selepas sukan berkenaan gagal mendapat 'lampu hijau' dalam program Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 mengumumkan lima sukan utama serta 18 sukan tambahan telah diluluskan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi keputusan muktamad semasa Sesi IOC ke-129 di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos 2016.

OKTOBER:

11 Okt - Gandingan veteran negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong membuktikan mereka masih berbisa apabila menjuarai acara beregu lelaki kejohanan badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Belanda di Topsportcentrum Almere Arena, Belanda.

12 Okt - Pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One (F1) meraih kategori Kejuaraan Pengeluar Dunia F1 FIA 2015 di Grand Prix Rusia. Gelaran Kejuaraan Pengeluar F1 2015 itu adalah kedua berturut-turut untuk pasukan berkenaan dan Petronas.

25 Okt - Insiden membabitkan pelumba dunia, Valentino Rossi dari Itali dan Marc Marquez dari Sepanyol sewaktu perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia menjadikan saingan di Litar Sepang itu sebagai perlumbaan paling kontroversi musim ini.

Saingan MotoGP di Litar Sepang itu merupakan perlumbaan yang ditunggu-tunggu kerana aksi sengit antara Rossi, selaku pendahulu kedudukan keseluruhan dunia dan juara bertahan, Marquez.

NOVEMBER:

8 Nov - Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad menempah tiket ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menjuarai pusingan Olimpik Kejohanan Memanah Asia di Bangkok.

8 Nov - Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan Terbuka China manakala Goh Jin Wei meraih Kejuaraan Dunia Remaja di Brazil perseorangan wanita.

26 Nov - Ranking Datuk Lee Chong Wei naik ke kedudukan ketiga dunia selepas memenangi Terbuka China.

DISEMBER:

10 Dis - Atlet paralimpik Malaysia berjaya raih 147 pingat di temasya Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura.

Kontinjen negara sebanyak 316 orang merangkumi 197 atlet dan 119 pegawai menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan mengutip 52 pingat emas, 58 perak dan 37 gangsa.

11 Dis - Perlumbaan berbasikal tertua negara, Jelajah Malaysia hampir dibatalkan akibat masalah kewangan.

12 Dis - Selangor meraih Piala Malaysia buat kali ke-33 selepas mengalahkan Kedah 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam.


13 Dis - Pelumba Sepanyol, Francisco Mancebo juarai perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia. – sumber-Bernama –sumber-Sinar Harian online 27.12.2015