Jumaat, 11 Disember 2015

Manusia paling banyak gigi

New Delhi: Purata manusia memiliki 32 gigi, tetapi bagi Vijay Kumar, dia mempunyai lebih banyak daripada itu.

Kumar dari Bangalore, India, diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai orang yang mempunyai paling banyak gigi, 37 semuanya.

Lelaki berusia 27 tahun itu mula menyedari dia memiliki sesuatu yang luar biasa di dalam mulutnya ketika berumur belasan tahun.

Bagaimanapun, dia hanya cuba untuk mendapatkan pengiktirafan Guinness beberapa tahun lalu.
Kini dia bangga dengan pengiktirafan itu yang dianggapnya sesuai dengan cabaran dihadapinya setiap hari.“Ke mana saya pergi, saya menggosok gigi setiap kali selepas makan. Jika tidak, saya tidak rasa selesa kerana ada saja sisa makanan terselit pada gigi, lebih-lebih lagi di bahagian atas.

Mendapat pengiktirafan Guinness adalah langkah pertama. Bahagian paling sukar ialah merakam gambarnya, menurut jurugambar Guinness Ranald MacKechnie. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 5:07 AM
 
KUMAR menunjukkan giginya.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/98209#sthash.LtxFxBlF.dpuf

Harta karun RM8.4b ditemui

 Agensi
Cartagena: Pihak berkuasa semalam mengumumkan ia menemui rangka kapal Sepanyol yang sarat dengan emas, perak dan batu berharga, 300 tahun selepas ia dikaramkan Britain di Laut Caribbean.

“Ia penemuan harta karun paling bernilai pernah ditemui dalam sejarah kemanusiaan,” kata Presiden Juan Manuel Santos, semalam.

Dia berkata demikian di bandar pelabuhan Cartagena, berhampiran tempat pakar menemui harta itu.

Pemburu harta karun berusaha mencari kapal itu sejak puluhan tahun lalu yang disifatkan oleh beberapa pihak sebagai ibu kepada semua kapal yang karam.

Jumlah harta yang dipercayai berada dalam rangka kapal itu dianggarkan bernilai sekitar AS$2 bilion (RM8.4 bilion).

Nilainya sepatutnya lebih tinggi tetapi menurun kerana kejatuhan mendadak harga perak, menurut Sea Search Armada (SSA) yang berpejabat di Amerika Syarikat.

SSA yang mendakwa menemui tempat rangka kapal itu terdampar pada awal 1980-an, terbabit dalam pertelingkahan sengit dengan kerajaan Colombia mengenai hak ketuanan terhadap harta itu.

Kapal itu, San Jose, karam pada Jun 1708 berhampiran Islas del Rosario, di pesisir pantai Colombia ketika bertempur dengan kapal Britain yang cuba merampas kargonya, sebahagian daripada Perang Rebut Takhta Sepanyol.

San Jose kapal utama mengetuai sekumpulan kapal membawa emas, perak dan barangan berharga lain dari tanah jajahan Sepanyol di benua Amerika untuk Raja Philip V.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 5:09 AM
 
GAMBAR yang dirakam di dasar laut menunjukkan antara artifak ditemui dalam kapal San

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/98379#sthash.0MKlgMxW.dpuf

Khamis, 10 Disember 2015

IMBASAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA TAHUN 2008

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SELANGOR      2-3 KEDAH
m-18 Frank Seator  m-31 Marlon Alex James
m-77 Safee Sali      m-32 Nelson Sam Martin
                               m-37 Mohd Fazly Baharom

PEMAIN SELANGOR
21 SUFIAN ABDUL RAHMAN
03 RAZMAN ROSLAN
04 EVANS CHISULO
08 ELIE AIBOY
09 FRANK SEATOR
10 MOHD SAFEE SALI
17 MOHD AMRI YAHYA
19 D. SURENDRAN
23 INDRAPUTRA MAHAYUDDIN
25 MOHD SHUKOR ADAN
27 MOHD ASRARUDIN PUTRA

PEMAIN KEDAH
01 HELMI ELIZA ALIAS
02 VICTOR ANDRAG
06 SHAFIZAN HASHIM
08 C.BERNARD HUGGING
09 MARLON ALEX JAMES
10 NELSON SAM MARTIN
11 AHMAD FAUZI SHAARI
15 MOHD FAZLY BAHAROM
17 V.THIRUMURUGAN
18 MOHD KHYRIL MUHAYMEEN
27 MOHD BADROL BAKHTIAR



ULASAN DIALOG KOTA RAYA-JURAGAN SIRI 1

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB





































Saya mengikuti kartun Dialog Kota Raya oleh Juragan sejak tahun 1992 lagi. Ketika itu saya menetap di Pekan dan mengajar di SMK Tengku Abdullah. Saya mula membeli Harian Metro pada tahun 1991, tetapi mula melanggan akhbar ini pada tahun 1992 hingga sekarang. Saya amat meminati kartun Juragan, Mungkin kerana pada aman persekolahan saya pernah menjadi pelukis kartun sambilan dan beheni melukis setelah melanjutkan pelajaran ke UKM pada tahun 1984.

      Dialog Kota Raya siaran hari Rabu 21 Oktober 1992 memaparkan peristiwa perlantikan Pengurus baru Pasukan Bolasepak Selangor Datok  Haji Mohd. Aini Taib.  Datok Aini Taib menjawat jawatan sebagai Pengurus Pasukan Bolasepak Selangor mulai tahun 1993-1998.Beliau berjaya membawa pasukan Bolasepak Selangor menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1995,1996 dan 1997.

Selasa, 8 Disember 2015

Pusat sehenti gajet ala Low Yat di Menara Mara kini dibuka

MAISARAH SHEIKH RAHIM  |  08 Disember 2015 12:23 PM
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Pusat sehenti penjualan gajet dan alat telekomunikasi ala Low Yat yang terletak di Menara Mara di sini, dibuka untuk orang ramai mulai hari ini.
Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dinamakan Mara Digital itu memberi satu lagi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan lebih murah dan jaminan ketulenan di bawah satu bumbung.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penubuhan pusat perniagaan yang dikhususkan untuk peniaga bumiputera itu telah direalisasikan selepas tiga bulan cadangan pelaksanaannya.
Katanya, Mara Digital akan menjadi projek permulaan sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada tahun depan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian itu di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

- Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pusat-sehenti-gajet-ala-low-yat-di-menara-mara-kini-dibuka-1.166839#sthash.Sj8VFqPn.dpuf

Isnin, 7 Disember 2015

Yang terpanjang dan tertinggi


Pembinaan jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia siap dibina di Zhangjiajie, wilayah Hunan, tengah China, apabila pekerja ‘berani mati’ yang membina jambatan sepanjang 375 meter dan tergantung 300 meter itu menyambung dek keluli terakhirnya minggu lalu.

Jambatan yang terletak di Taman Hutan Negara Tianmenshan itu menelan belanja sebanyak 26 juta yuan (RM16 juta) dan mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan.

Ia mengatasi laluan pejalan kaki di Gand Canyon, Arizona, Amerika Syarikat yang setinggi 220 meter.

Walaupun jambatan yang direka arkitek Israel, Haim Dotan itu sudah siap, ia hanya akan dibuka kepada orang ramai pada Mei 2016.



Rancangan membina jambatan kaca di Zhangjiajie itu pertama kali diumumkan pada 2012.

Bagaimanapun, kerja membinanya hanya dimulakan pada November 2014.

Ia mulanya dirancang untuk disiapkan pada Julai dan dibuka kepada orang ramai pada Oktober.

Namun, kerana beberapa masalah, ia terpaksa ditunda.

Seorang pereka yang terbabit dalam pembinaan itu, Wan Tianbao berkata, kerana kedudukan jambatan itu, ia direka khusus dengan penggantung yang baik.

“Apabila ramai orang berjalan di atasnya, ia mudah bergoyang, menyebabkan struktur jambatan itu terjejas kelak. Bagi mengelakan kejadian itu, kami meletakkan beberapa bebola kaca besar pada dek untuk menghalang getaran. Berat setiap bebola itu kira-kira 400 kilogram dan diletakkan secara tidak sekata untuk menahan getaran,” katanya.

Jambatan yang menghubungkan tebing curam di Zhangjiajie itu boleh menampung 800 pelancong pada satu masa.

Hanya mereka yang berani menamatkan perjalanan merentasi jambatan itu berpeluang menikmati pemandangan menakjubkan sekitar taman negara itu.

Bukan setakat berjalan merentasi jambatan kaca, pengunjung juga dilapor boleh melakukan terjunan bungee di situ.

Selain itu, terdapat juga rancangan untuk mengadakan pertujukan fesyen di sepanjang jambatan kaca yang hanya enam meter lebar itu.

Semakin banyak laluan pejalan kaki kaca dibina di China ketika ini kerana ia antara cara pihak berkuasa tempatan menarik lebih ramai pelancong mengunjungi kawasan yang mempunyai keindahan alam semula jadi.

Bagaimanapun, peraturan kesihatan dan keselamatan menjadi perhatian baru-baru ini.

Hanya beberapa bulan lalu, beberapa pelancong menjerit ketakutan apabila dua panel kaca retak ketika mereka melaluinya di jambatan kaca di Gunung Yuntai, juga di wilayah Henan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 5:00 AM

SATU lagi imej yang direka menggunakan komputer.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/98329#sthash.EA4dSpSj.dpuf