Ahad, 29 November 2015

Jelaskan pelbagai aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh penduduk Melaka sebelum abad ke 15M

Masyarakat Melayu tradisional di Melaka melakukan pelbagai aktiviti ekonomi sebelum abad ke15M. Pada peringkat awal, mereka bertani, menangkap ikan, menternak binatang dan memburu untuk keperluan sendiri. Keadaan ini mengalami perubahan apabila aktiviti ekonomi perdagangan mula bertapak di Melaka.

            Fasal 20 Undang-Undang Melaka membuktikan aktiviti pertanian dijalankan di Melaka melalui aktiviti perhumaan, bendang, sawah dan ladang. Penanaman padi bermula dengan kemasukan orang Minangkabau. Ekoran tidak mampu menampung keperluan penduduknya yang ramai, Melaka terpaksa mengimport beras dari Siam, Palembang dan Jawa. Selain itu, orang Melaka jugabersawah dan berdusun. Tom Pires pernah menyatakan Sultan Iskandar bersama pengikutnya telah menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun tebu, pisang dan nenas.

            Masyarakat Melaka juga menjalankan aktivitimenangkap ikan dan hasil laut. Ikan merupakan sumber protein yang penting. Sultan Iskandar Syah sendiri pernah menjadi nelayan ketika di Muar. Orang Laut menjalankan aktiviti ini sebelum pemerintahan Parameswara lagi. Antara peralatan yang digunakan ialah perahu daripada kayu bulat yang ditebuk.

             Bagi menampung kehidupan seharian juga, masyarakat Melaka menjalankan kegiatan berburu yang diwarisi termasuklah golongan Raja-Raja Melaka. Rakyat biasa yang tidak berdagang akan memburu binatang untuk menambah sumber pendapatan.

            Kegiatan perdagangan merupakan aktiviti ekonomi yang diwarisi sejak zaman awal Kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya. Aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran. Perdagangan kecil-kecilan merujuk kepada rakyat biasa yang berjaja di pasar atau menggunakan perahu kecil. Golongan pembesar pula menjalankan kegiatan perdagangan melalui wakilnya iaitu kiwi. Perdagangan besar-besaran melibatkan urusan jual beli dengan pedagang luar.

             Aktiviti seterusnya yang dijalankan masyarakat Melaka ialah menternak binatang seperti kerbau, lembu, kambing, ayam dan itik. Bendahara Seri Maharaja Melaka dikatakan pernah menternak binatang seperti kerbau.

            Kegiatan mengumpul hasil hutan memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melaka ketika itu kerana mereka amat bergantung kepada persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah pertanian. Antara hasil hutan yang dikumpul ialah rotan, damar dan getah jelutung. Kebetulan, hasil hutan ini mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar.

             Aktiviti pertukangan kayu, besi dan kraf tangan juga dijalankan masyarakat ini. Pertukangan kayu melibatkan pembinaan rumah, istana dan perahu. Mereka juga membuat senjata daripada besi. Antara barang kraf tangan yang dihasilkan ialah bubu. Tikar mengkuang diperbuat daripada rotan, buluh dan kayu.


            Kehidupan masyarakat Melayu tradisional sama seperti masyarakat awal di tempat lain iaitu amat bergantung kepada persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah. Mereka telah mengeksploitasi sumber persekitaran ini untuk menampung keperluan seharian mereka.

Ketua negeri tidak bergelar sultan

28 November 2015 6:06 PM
 Yang Dipertaun Besar, Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad Shah ibni
Yang Dipertaun Besar, Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad Shah ibni
Yang Dipertaun Besar, Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad Shah ibni Tuanku Antah (1888)
TIDAK seperti ketua pemerintah di negeri lain yang bergelar raja atau sultan, Negeri Sembilan menggunakan gelaran Yang Dipertuan Besar.

Ada pendapat menyatakan kemungkinan gelaran Yang Dipertuan Besar disebabkan pengaruh dari kesultanan Palembang yang wujud dalam masyarakat Minangkabau. Kesultanan Palembang dikatakan mula-mula membahasakan Yang Dipertuan kepada rajanya yang membawa maksud raja yang dituankan itu adalah dijemput.

Penggunaan gelaran itu di Negeri Sembilan menurut Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali ada kisah dan sejarahnya yang selalunya dimulakan dengan kehadiran seorang anak raja dari Minangkabau yang bergelar Raja Melewar.

“Namun, sebelum pertabalan Raja Melewar, sudah ada raja Minangkabau yang menduduki takhta negeri tersebut iaitu Raja Adil, Raja Kasab dan Raja Khatib.

“Sejarah awal kehadiran raja berkenaan ke Negeri Sembilan bagaimanapun tidak jelas namun, ada catatan yang menyatakan mereka sudah berada di negeri tersebut,” katanya.

Menjadi tanda tanya mengapa negeri yang sudah ada raja, penghulu atau undang sebelum ini memerlukan seseorang untuk mengetuai luak-luak ini dan menjadi Yam Tuan (sebelum gelaran Yang Dipertuan) di Negeri Sembilan.

Dalam hal ini, Dr. Abdullah berkata, ia sering kali dikaitkan dengan kebimbangan masyarakat dan pembesar keturunan Minangkabau terhadap perkembangan pengaruh dan kuasa orang Bugis yang bertapak di Linggi bermula pada 1722.

“Opu Bugis lima bersaudara iatu Daeng Parani, Daeng Marewah, Daeng Chelak, Daeng Menambun dan Daeng Kemasi dikatakan membantu nelayan Bugis yang berselisih dengan pengikut-pengikut penghulu Linggi.

“Penghulu Linggi yang menyedari tidak mampu menentang angkatan Bugis lima bersaudara itu kemudian meminta bantuan Raja Kechil yang menduduki takhta kerajaan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.

“Bagaimanapun, ketika perang di Linggi, Raja Kechil telah dikalahkan dan terpaksa berundur ke Siak sementara Johor ditawan kembali oleh Opu Bugis lima bersaudara. Maka bertapaklah Bugis di Linggi. Oleh sebab itu, sehingga kini kebanyakan yang duduk di Linggi berketurunan Bugis,” katanya.

Penguasaan Bugis di Linggi mencetuskan kebimbangan, sekali gus mendorong Penghulu dan Undang mengambil keputusan menjemput seorang anak raja dari Pagar Ruyung untuk ditabalkan sebagai raja di Negeri Sembilan.

Raja Melewar tiba di Negeri Sembilan dan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan di Penajis, Rembau pada 1773 dan seterusnya bersemayam di Seri Menanti.

“Raja Melewar bagaimanapun tidak menjadi pengasas kepada kerajaan Negeri Sembilan meskipun mempunyai putera, namun keturunannya tidak dilantik sebagai Yang Dipertuan ketika itu.

“Para pembesar bermesyuarat dan membawa seorang lagi anak raja dari Pagar Ruyung yang dikenali sebagai Raja Hitam untuk menduduki takhta kerajaan. Keturunan Raja Hitam juga tidak mewarisi pemerintahan kerajaan itu dan sekali lagi pembesar menjemput anak raja lain dari Pagar Ruyung iaitu Raja Lenggang.

“Raja Lenggang kemudian menjadi pengasas kerajaan Negeri Sembilan kerana puteranya Tunku Radin menjadi Yang Dipertuan Besar (1830) diikuti puteranya yang kedua, Tunku Imam (1861 hingga 1869),” katanya.

Pertabalan Tunku Radin sebagai Yang Dipertuan Besar menggantikan ayahnya menunjukkan berakhirnya penjemputan anak-anak raja dari Minangkabau menduduki takhta di Negeri Sembilan.

SUMBER UTUSAN MALAYSIA ONLINE 28 November 2015 6:06 PM

Sabtu, 28 November 2015

ANALISA TERKINI SEJARAH ISLAM P2 2015

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
SEJARAH  ISLAM (500 - 1918)
1 Masyarakat, Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
1.1  Masyarakat jahiliah
1.2  1.Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW-STPM 2013
1.Sejauh manakah masyarakat Arab Jahiliah dianggap sebagai masyarakat tidak bertamadun? [20m] STPM 2015
1.3  Masyarakat Islam
1.4  Sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW (abad ke.7)
Tindakan Nabi Muhammad SAW di Madinah
1.Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya menubuhkan negara Islam di Madinah. STPM 2013
1.5  Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW abad ke 7
Pemilihan khalifah
Bincangkan pelaksanaan syura dalam pemilihan Khalifah al-Rasyidin STPM2014U
1.Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman khulafa al-Rasyidin.STPM 2013U
Sumbangan khalifah
i.Khalifah Abu bakar
ii.Khalifah Umar al-Khattab
2.Bincangkan pembaharuan politik dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahannya. [20m] STPM 2015
iii.Khalifah Umar Abdul Aziz-STPM 2014
iv.Khalifah Harun al-Rasyid.
1.6  Bentuk pemerintahan
1.6.1        Pemerintahan pusat dan wilayah
Menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir.
Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi memantapkan sistem pemeintahannya. STPMU 2014.
1.7  Pertahanan dan pembukaan wilayah
Jihad
Peperangan-strategi perang  Khandak, Badar–STPM 2014
Kepimpinan
1.Salahuddin al-Ayyubi
2.Sultan Muhammad al-Fatih. STPM2013U.
1.8  Perhubungan luar
Diplomatik
Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW STPM U2014
Naungan
Perjanjian
2.Pembangunan dan penerokaan
2.1 Ekonomi-
Sistem ekonomi Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7
Konsep ekonomi Islam zaman Nabi STPM2014
Sistem ekonomi Abbasiyah abad ke-11-12
Sistem ekonomi Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 –STPM 2013
2.1.2 Institusi ekonomi
i.baitulmal
3.Bincangkan pengurusan sumber baitulmal  pada Zaman Khulafa al-Rasyidin .[20m] STPM 2015
ii.cukai
iii.zakat
2.2 Pendidikan
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
2.2.2 Perkembangan pendidikan
4.Pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam institusi pendidikan dikatakan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Jelaskan. STPM 2015
2.3 Perkembangan intelektual
2.3.1 Perkembangan ilmu
Peranan Acheh sebagai pusat ilmu di Nusantara abad ke-16 STPM2013U
2.3.2 Sumbangan tokoh
b)menilai sumbangan
i.al-Khwarizmi
ii.Ibn Sina –STPM 2013
iii.al-Ghazali
iv.Ibn Khaldun
Nilaikan sumbangan pemikian Ibn Khaldun tentang peradaban manusia.STPMU 2014.
2.4 Penerokaan
Menilai sumbangan tokoh
i.al-Masudi
ii.Ibn Majid STPM U 2013
iii.Ibn Battutah STPM 2014
2.5 Seni bina
Seni bina Andalusia abad ke-13
Seni bina India abad ke-16-17
a.menghuraikan ciri-ciri seni bina.
3 Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
3.1 Perluasan kuasa Barat
Khalifah Uthmaniyah abad ke 18-20
a)membincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat
i.Faktor politik ii.Faktor ekonomi.
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir
Reaksi masyarakat tempatan di Algeria
a)Menjelaskan reaksi masyarakat tempatan
3.3 Gerakan nasionalisme abad ke 20
Gerakan nasionalisme di Mesir ke 20 STPM U -2013
Gerakan nasionalisme di Syria abad ke 20
a)analisis faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria –STPM 2013
menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir
i.Pengaruh agama
ii.Peranan bahasa dan kesusasteraan
iii.Pengaruh kewartawanan
iv.Peranan pendidikan
v.Peranan golongan intelektual
Peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisma di Mesir STPM2014
vi.pengaruh luar
3.4 Perang Dunia Pertama
Khalifah Uthmaniyah abad -20
a)Membincangkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. STPM U-2013
5.Galurkan penglibatan Khalifah Utmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. STPM 2015.
Kejatuhan kerajaan Turki
Faktor politik dan pengaruh luar yang menjatuhkan kerajaan Turki –STPM 2013
5.Bincangkan faktor perluasan kuasa Barat terhadap pemerintahan kerajaan Utmaniyah pada abad ke-18 Masihi hingga abad ke-20 Masihi. STPM 2015.
3.5 Pembentukan negara bangsa.
Pembentukan negara bangsa di Turki abad ke- 20-STPM 2014
Pembentukan negara bangsa di Mesir abad ke- 20
Bincangkan peranan gerakan Islah dalam membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad ke-19 dan abad ke-20 Masihi. STPMU 2014
a)      Menghuraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa.
Faktor dalaman mempercepatkan negara bangsa di Turki 1856-1918 STPM 2014

Bincangkan faktor luaran yang mempercepatkan kemunculan negara bangsa di Turki. STPMU 2014.

Isnin, 16 November 2015

Kesan Perang Dunia Kedua


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Dalam Perang Dunia Kedua, Britain, Rusia, Perancis dan Amerika Syaikat membentuk pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Jerman, Itali dan Jepun pula mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Peperangan ini meninggalkan kesan yang amat mendalam teutama dalam bidang politik,ekonomi dan sosial

a.Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Selepas Perang Dunia Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa, PBB ditubuhkan kerana kegagalan Liga Bangsa memainkan peanan berkesan untuk menghalang pepeangan. Matlamat PBB ialah untuk memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan, menggalakan kerjasama antarabangsa dalam bidang sosial dan ekonomi serta memberi bantuan kemanusiaan dan mencegah wabak penyakit dalam kalangan negara anggota.    
b.Eropah tebahagi kepada dua blok
Selepas tamat Perang Dunia Kedua muncul dua kuasa besa bahau iaitu Ameika Syarikat  dan Soviet Union. Kedua-dua kuasa tesebut berada dalam pakatan yang sana semasa Perang Dunia Kedua. Persaingan kedua-dua kuasa dalam kancah Peang Dingin menyebabkan dunia berpecah kepada tiga kelompok iaitu negara Pro-Amerika, Pro Rusia dan Negara Berkecuali.  Eropah terbahagi kepada dua blok iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat yang pro-demokrasi.
c.Dekolonisasi
Perang Dunia Kedua membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk Asia dan Afrika. Muncul gerakan untuk membebaskan tahan air daripada penjajah bagi membentuk negara dan bangsa mereka sendiri.

Kos peperangan yang tinggi menyebabkan negara-negara Eropah menghadapi masalah kewangan untuk menguruskan tanah jajahan. Selepas tamat perang negara-negara Eropah memulakan poses dekolonisasi dengan membei kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka.Antara tahun 1945-1970 banyak tanah jajahan di Asia dan Afrika mencapai kemedekaan.
    
d.Pepecahan Jerman
Perang Dunia Kedua menyebabkan perpecahan Jerman kepada empat zon yang dikuasai oleh Britain, Perancis, Ameika Syarikat dan Rusia. Pada bulan Disember 1946 , Britain, Perancis  dan Amerika Syarikat menggabungkan zon-zon mereka. Rusia membangunkan Jerman Timur sebagai zon komunis. Pada bulan Mei  1949 Persekutuan Republik Jerman ditubuhkan dan ibu kotanya di Bonn. Demokratik Jerman ditubuhkan pada bulan Oktober dengan ibu kotanya di Berlin.

e. Jepun –Supreme Comander for the Allied Powers
Selepas menyerah kalah Jepun diduduki oleh Pihak Bersekutu.Pentadbian ini dikenali sebagai Supreme Commader fot the Allied Powers (SCAP) yang berlangsung dari bulan September 1945 hingga bulan April 1952. Pentadbiran SCAP dipimpin oleh Jeneral Douglas MacAthur. Pembubaran angkatan tentera Jepun merupakan objektif utama SCAP. Menjelang bulan Disember 1945, angkatan tentera daat, laut dan udara Jepun telah dibubarkan. Hampir dua juta tentera Jepun kembali ke dalam kehidupan awam. Tiga juta tentera Jepun dan tiga juta orang awam diseberang laut telah dibawa pulang ke Jepun. Kilang-kilang senjata juga dimusnahkan.  Jepun dibangunkan semula melalui SCAP sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia.  

f.Kematian dan kemusnahan harta benda.
Perang Dunia Kedua mengobankan banyak nyawa. Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkoban akibat serangan bom. Manakala tenteranya berjumlah 500 000 oang terbunuh dalam pertempuran. Kadar kehilangan nyawa yang tinggi juga dialami oleh Rusia. Lebih kurang 7 juta orang awam dan 11 juta orang tentera terkorban. Britain dan negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera, lebih separuh daripada jumlah itu ialah tentera Bitain. Amerika Syarikat pula kehilangan 325 000 orang tentera. Jumlah keseluruhan orang awam dan tentera yang terkorban ialah antara 25 juta hingga 30 juta orang.  

g.Perang Dingin  
Selepas tamat perang Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Ameika Syaikat memperjuangkan penubuhan kerajaan  demokrasi di Eropah Barat . Rusia berjuang untuk mengasaskan pemerintahan komunis di negara-negara Eropah Timur. Pertentangan ini menyebabkan hubungan kedua-dua kuasa besar ini semakin tegang sehingga mencetuskan Perang Dingin. Semasa Perang Dingin belangsung, kedua-dua kuasa besar ini menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan ideologi dan pengaruh masing-masing.
   
Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perang ini menyebabkan Amerika Syaikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar dunia. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besa dunia ini menyebabkan tercetus Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun 1989.



Ahad, 15 November 2015

Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Perang Dunia Kedua di Asia berlaku antaa tahun 1941 hingga 1945.Dalam Perang Dunia Kedua Jerman, Itali dan Jepun mewujudkan pakatan yang dikenali sebagai kuasa Paksi.
Faktor-faktor penglibatan Jepun
a.Nasionalisme melampau
Kita Ikki dianggap sebagai penyumbang utama kepada aliran baharu nasionalisme Jepun. Beliau mencadangkan pembentukan semula negara Jepun  oleh tentera dan dilakukan atas nama Maharaja. Kemunculan nasionalisme melampau dalam kalangan tentera ini bepunca dai kemerosotan politik berparti dan masalah kemelesetan ekonomi.

Angkatan bersenjata Jepun kurang senang dengan demokasi Barat kerana gejala rasuah dalam kalangan ahli parlimen Jepun.  Kemelesetan ekonomi dunia 1929 telah membei kesan ketaa kepada ekonomi Jepun khususnya golongan petani. Pemintaan sutera mentah yang menjadi ekspot terbesar ke Amerika Syarikat jatuh mendadak. Petani yang menjalankan kegiatan memelihara ulat sutera menerima kesan yang amat besar.

      Keenganan kerajaan menuunkan cukai ditambah pula dengan pendapatan petani yang jatuh 50%, berserta hutang yang semakin banyak telah menambahkan penderitaan petani Jepun. Teras anggota tentera berasal dai keluarga petani dan ramai pegawai tentera berasal dari keluarga yang mempunyai tanah yang sederhana dan kecil. Mereka teharu dengan pendeitaan petani. Bagi pegawai-pegawai pula merasai politik berpalimen sedang merosakkan Jepun. Hanya dengan mengambil alih pemerintahan oleh golongan tentera sahaja negara Jepun dapat diselamatkan.  

      Tentera bertindak merampas kuasa, golongan tentera mendominasi keajaan selepas mencetuskan satu kekacauan pada 26 Febuari 1936. Seramai 1400 tentera yang dipimpin oleh 15 pemimpin muda telah memberontak. Mereka merampas Ibu Pejabat Polis Tokyo, Kementerian Hal Ehwal Perang dan Bangunan Diet.

      Pada tahun 1940 parti-parti politik telah dimansuhkan . Sehubungan itu kerajaan mula menyediakan Jepun ke arah peperangan. Belanjawan untuk tentera telah ditambah sebanyak 50% daipada belanjawan negara setiap tahun.     
c.Desakan ekonomi
Kesan Pemodenan Meiji yang memberi keutamaan kepada industi merupakan salah satu faktor Jepun melakukan impeialisme  dan terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran yang perlu diperolehi dari luar negara kepada pasaran domestik yang lemah serta bahan mentah yang terhad.

      Manchuria dan China merupakan kawasan yang penting kepada ekonomi Jepun kerana menjadi pelabur kedua terbesar selepas Britain. Selain menguasai pelaburan tempatan orang Jepun juga menguasai perdagangan dalam negeri. Selepas tahun 1933, Manchuria menjadi tumpuan penghijrah Jepun kerana menjadi pelabur kedua terbesar selepas Bitain. Antara tahun 1932 hingga 1937  Jepun mendapatkan arang batu dan besi untuk industri kereta dan kapal terbang. Manchuria juga berpotensi menjadi pusat penghasilan makanan.

      Sejak dulu lagi, Manchuria menjadi kawasan rebutan antara Jepun dengan China. Jepun dan China beselisih faham tentang isu pekhidmatan Kereta Api Manchuria Selatan yang dimiliki oleh pihak Jepun. Kerajaan China menentang monopoli kereta api tesebut dengan membina landasan kereta api baru yang selari dengan landasan kereta api tersebut. Keadaan ini menimbulkan kemarahan pihak Jepun.

       Pada tahun 1937   meletus Perang China-Jepun Kedua yang berakhir dengan kemenangan pihak Jepun. Amerika berazam untuk menghentikan pendudukan Jepun di China dengan mengenakan beberapa sekatan ekonomi terhadap Jepun seperti melarang semua ekspot ke Jepun serta membekukan harta Jepun  di Amerika Syarikat.

      Langkah yang sama diambil oleh Britain dan Belanda. Dengan itu Jepun kehilangan sumber minyak yang amat penting bagi tujuan menjalankan dasar imperialisme. Kuasa-kuasa Barat ini bimbang kepentingan mereka di Indo-China dan Asia Tenggara akan terjejas jika Jepun meluaskan kuasanya di Asia Tenggara. Jepun ingin menakluki Asia Tenggara untuk mendapatkan logam dan minyak serta tidak lagi begantung kepada bekalan dari Amerika Syarikat.    
   
d.Keselamatan negara
      Soal keselamatan negara turut menjadi punca Perang Dunia Kedua di Asia.Isu keselamatan negaa bukan muncul secara mendadak, tetapi telah diutaakan sejak pertengahan abad ke-18. Ketika Jepun menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat seorang intelek Jepun Yoshida Shoin mencadangkan supaya Jepun mengukuhkan pertahanannya dengan memajukan Pulau Hokkaido, menakluki kepulauan Ryuku (Okinawa), menguasai Manchuria, Formosa dan menjadikan Korea sebagai negei naungan.

      Seorang lagi tokoh Jepun yang membicarakan soal keselanatan ialah Yamata Aritomo. Beliau ialah pemimpin kerajaan Meiji dan pengasas Jepun moden. Oleh kerana pada tahun 1880-an dan 1890-an   Jepun masih diancam oleh Rusia dan Britain, Yamata berpendapat Jepun perlu membuat persediaan dari segi pertahanan negara. Yamata memperkenalkan konsep garis kepentingan negara yang merujuk kawasan berhampiran Jepun yangbdianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara Jepun.

      Penaklukan Manchuria pada tahun 1932 bertujuan untuk mengukuhkan garis kepentingan Jepun di Tanah Besar Asia. Garis kepentingan negara Jepun berubah selepas berlakukannya Perang China-Jepun pada tahun 1937.

      Kesimpulannya keghairahan   Jepun menjadi kuasa dominan di Asia membimbangkan kuasa-kuasa Barat. Tambahan pula kuasa-kuasa Barat mempunyai kepentingan ekonomi di Asia. Ancaman Jepun terhadap keselamatan dan ekonomi Barat menyebabkan kuasa-kuasa Barat beruasaha melumpuhkan kekuatan ketenteraan Jepun.   

Sebab-sebab Perang Dunia Kedua

Perang Dunia Kedua 1941-1945
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Sebab-sebab Perang Dunia Kedua
1.Sebab-sebab Perang Dunia Kedua di Eropah
a.Petembungan ideologi
Selepas Perang Dunia Pertama ideologi-ideologi bahau seperti Fasisme dan Nazisme mula bertapak di Eropah. Ideologi-ideologi baharu ini merupakan cabaran kepada negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Perkembangan ideologi Fasisme di Itali dan ideologi Nazisme di Jerman merupakan salah satu faktor yang menyebabkan tecetus Perang Dunia Kedua.

Benito Mussolini telah menubuhkan Parti Fasis di Itali pada tahun 1919. Golongan Fasis percaya kepada nasionalisme yang melampau temasuk menjalankan peperangan bagi mengharumkan nama negara. Pada 28 Oktober 1922 Benito Mussolini telah mengambil alih kuasa dan membentuk kerajaan Fasis di Itali. Beliau menjalankan sistem pemerintahan diktator. Beliau menjalankan dasa perluasan kuasa bagi menjadikan Itali kuasa besar di Eropah. Pada tahun 1936, Mussolini menawan Habsyah. Sejak 1936 beliau menjalin hubungan rapat dengan Hitler. Apabila Perang Dunia Kedua meletus beliau menyertai Pakatan Paksi yang terdii daripada Jerman, Jepun dan Itali.

Pada tahun 1933 Hitler dilantik sebagai Canselor Jerman setelah Pati Sosialis akyat pimpinan Hitler menang dalam Pilihanraya Umum November 1932. Hitler berhasat untuk mewujudkan satu bangsa, satu parti dan satu pemimpin. Pada tahun 1935Hitle melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles dengan membesakan angkatan tentera Jeman. Pada tahun 1936 Jerman menduduki Rhineland dan 1939 Jerman menguasai Czechoslovakia. Tindakan Hitler menyerang Poland 1939 telah mencetuskan Perang Dunia Kedua. Kemunculan fahaman-fahaman baru ini melahirkan sentimen kebangsaan dalam kalangan negara-negara di Eropah.      
b.Kelemahan Pejanjian Vesailles
Perjanjian Versailles ditandatangani untuk menamatkan Perang Dunia Petama. Pemimpin dan rakyat Jeman tidak bepuashati dengan syarat-syaat pejanjian ini. Pemimpin Jerman tidak dibei peluang untuk menyuarakan pandangan behubung dengan syarat yang ditetapkan. Sebahagian besar wilayah dan semua jajahan takluk Jeman diserah kepada pihak yang menang.

      Selain itu Jerman juga dikehendaki membayar pampasan  bejumlah US$33 bilion kepada pihak Berikat. Perjanjian ini juga menghadkan jumlah dan kuasa angkatan tentera laut dan daatJerman. Pasukan tentera Jeman dihadkan kepada 100 000 orang tentera. Mereka juga dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara. Jerman juga dilaang menempatkan pasukan tentera di Rhineland. Perjanjian Versailles dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan Jerman.

      Itali yang menyertai Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua juga tidak berpuashati terhadap Perjanjian Versailles kerana tidak diberikan tanah jajahan seperti yang diterima oleh Perancis dan Bitish.      
  
c.Desakan ekonomi
Perang Dunia I telah menyebabkan belaku kemelesetan ekonomi yang teruk di negara Jerman dan Itali. Bayaan pampasan dan kos peperangan yang tinggi telah menyebabkan berlaku insflasi di negara Jerman dan Itali. Kedudukan ekonomi Jerman dan Itali betambah buruk ekoran kemelesan ekonomi dunia pada tahun 1929. Perkembangan ini telah menyebabkan berlaku masalah pengangguran di negara-negara tersebut. Tambahan pula berlaku masalah insflasi ekoran haga makanan dan barangan melambung tinggi. Akibatnya pemimpin berfahaman melampau di Jerman dan Itali meraih sokongan dari rakyat.Pemimpin di Jeman dan Itali menjalankan dasar perluasan kuasa bagi mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi. Melalui dasar perluasan kuasa mereka mendapat pasaran, bahan mentah dan makanan bagi kepeluan penduduk tempatan.   
d.Kepentingan imperialisma
Imperialisma juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus. Negara-negara seperti Jerman , Itali dan Jepun ingin mengukuhkan kedudukan mereka dengan menguasai tanah-tanah jajahan. Negara-negara tesebut ingin bersaing dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang memiliki tanah jajahan yang luas. Kebangkitan imperialisme mendorong Jerman, Itali dan Jepun melancarkan peperangan untuk menguasai tanah-tanah jajahan.


Pada tahun 1936 Jerman bertindak mencabuli Perjanjian Versailles dengan menduduki Rhineland. Pada tahun 1938 Jerman menguasai Austria dan seterusnya Czechoslovakia ditawan pada tahun 1919. Pada bulan Oktober Itali menyerang Habsyah dan menguasai Albania pada tahun 1939.   Pada tahun 1931, Jepun menyerang Manchuria dan berjaya menawannya 1932.Pada tahun 1937 Jepun menyerang China untukmenguasai seluruh negara tersebut.  Tindakan Jerman, Itali dan Jepun melancarkan dasar imperialime telah menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus.   

Sabtu, 14 November 2015

SOALAN 6 BINCANGKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM DALAM NORTH ATLANTIC TREATY ORGANISATION (NATO)

 PENGENALAN

            Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO; pron: / neɪtoÊŠ / nay-toh; Perancis:. Pertubuhan du traité de l'Atlantique Nord (OTAN)), juga dikenali sebagai (North) Atlantic Alliance, satu pakatan ketenteraan antara kerajaan berdasarkan Perjanjian Atlantik Utara yang telah ditandatangani pada 4 April 1949. Organisasi membentuk satu sistem pertahanan kolektif di mana negara anggota bersetuju untuk pertahanan bersama dalam tindak balas kepada serangan oleh mana-mana pihak luar. Ibu pejabat NATO adalah dalam Brussels, Belgium, salah satu daripada 28 negara anggota di seluruh Amerika Utara dan Eropah, yang terbaru di mana, Albania dan Croatia, menyertai pada April 2009. Sebanyak 22 negara mengambil bahagian dalam "Perkongsian untuk Keamanan" NATO, dengan 15 buah negara lain yang terlibat dalam program-program dialog diinstitusikan. Perbelanjaan tentera gabungan semua anggota NATO yang membentuk lebih 70% daripada perbelanjaan pertahanan di dunia. Untuk beberapa tahun pertama, NATO tidak lebih daripada sebuah persatuan politik. Walau bagaimanapun, Perang Korea merangsang negara-negara anggota, dan struktur tentera bersepadu telah dibina di bawah arahan daripada dua komander tertinggi AS. Kursus Perang Dingin membawa kepada persaingan dengan negara-negara Pakatan Warsaw, yang ditubuhkan pada tahun 1955. Yang pertama Setiausaha Agung NATO, Tuan Ismay, yang dinyatakan pada tahun 1949 bahawa matlamat organisasi adalah "untuk memastikan tentera Rusia, Amerika dalam, dan Jerman ke bawah." 
           
PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM
         NATO yang beribu pejabat di Paris telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat.  NATO ditubuhkan untuk menghalang kebangkitan semula  kuasa ketenteraan Jerman di Eropah, mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang perluasan ideology komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah dan seterusnya mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap ketidak kemampuan PBB sama ada dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khusunya dalam konteks dunia secara berkesan.
           
Bagi mencapai matlamat NATO, strategi yang digunakan ialah untuk mewujudkan system pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota. NATO yang bertujuan untuk membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union termasuk negara-negara Eropah Timur yang prokomunis juga telah menambah kekuatan ketenteraan, oleh itu NATO telah mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun 1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah dari Moscow dapat disekat dengan berkesan. Tambahan pula pada tahun 1949 Soviet telah meletupkan bom atomnya yang pertama. 
           
Britain  adalah negara yang memainkan peranan penting dalam proses penubuhan NATO. Jika dirujuk kepada koleksi surat-surat peribadi Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dari tahun  1946 hingga 1951dan dokumen yang dihasilkan oleh Foreign Office, pihak British sememangnya menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO. Ini bermakna pihak British berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun British merupakan key player dalam proses pembentukan NATO. Britain yang diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika Syarikat.Berdasarkan pengalaman Britain sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.
           
Andrew Priest dalam bukunya Kennady Johnson And NATO menyatakan Ernest Bevin, Setiausha Luar Britain dipertanggungjawabkan untuk Educating The Americans bagi menghadapi ancaman Soviet khususnya selepas tahun 1945. Ritchie Ovendale pula menegaskan bahawa Presien Harry S.Truman masih belum bersedia menghadapi ancaan Soviet di Eropah dan bagi pihak United Kingdom pula perlu membuat perancangan jangka panjang penglibatan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah. 
           
Selepas Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dan Amerika Syarikat menjadi lebih baik dan ianya boleh dilihat melalui tiga bentuk hubungan iaitu perundingan diplomatic : merunding dan membincang pelbagai peringkat diplomasi, kerjasama ketenteraan: kerjasama bilateral terutama tentera udara dan laut, perisikan : kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak khususnya menerusi Federal Bureau of Investigation (FBI) dan Central Intelligence (CIA) di pihak Amerika dan M16 Secret Intelegence Service (SIS) dan M15 Security Service di pihak Britain.
           
Hubungan keduanya renggang apabila Atomic Energy Act of 1946 diperkenalkan yang melarang Amerika mengadakan kerjasama nuclear dengan negara-negara lain kerana bimbang berlaku percambahan aktiviti pembinaan senjata nuclear di tempat-tempat lain. Ianya mengecewakan Britain yang bercita-cita membangunkan senjata nuclear dan ingin meminta bantuan Amerika. Britain akhirnya mendirikan sendiri senjata nuclear setelah mengadakan beberapa siri rundingan nasihat dari Amerika. Akhirnya pada tahun 1952 Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuclear di belakang Amerika Syarikat(128) dan Rusia(16).

NATO dianggap oleh Soviet sebagai Amerika dan Amerika adalah NATO ianya menunjukkan pengaruh Amerika sangat besar dan kuat di dalam NATO berbanding negara-negara lain.  Komitmen berterusan Amerika di dalam NATO di lihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan dan kestabilan NATO sebagai institusi  yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia dunia.
           
KESIMPULAN

Menurut seorang ahli psikologi Jerome Brunner pada tahun 1944 mengatakan orang Amerika tidak akan menyertai sepenuhnya sesuatu organisasi yang tidak boleh dikuasai oleh mereka. Jika tidak mahu NATO merosot mereka mesti memberi kuasa yang lebih kepada Amerika. Jelas Amerika menguasai dan mendominasi NATO seterusnya mengenepikan United Kingdom. Komitmen Amerika Syarikat dalam NATO di lihat sebagai kunci keseimbangan seterusnya berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia.
SKEMA PP P1 PAHANG