Isnin, 31 Ogos 2015

3.2.1 Perkembangan ilmu.

Unit 3.2 Intelektual
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-membincangkan proses perubahan pemikiran dan Kemajuan ilmu pengetahuan kesan daripada Renaisans, Reformasi Protestan, Revolusi Sains dan Gerakan Pencerahan di England dan Perancis abad ke-17-19.
1.a) Konsep intelektual dan ilmu.
Perkataan intelektual atau intelegensia berasal dari Rusia. Golongan inteletual merupakan golongan yang mengadun ilmu pengetahuan yang diperolehi dan semangat intelektual untuk mencurahkan segala ilmu yang ada untuk membangunkan masyarakat dan negara.
Ilmu-umumnya ialah pengetahuan yang diperolehi daripada pengalaman dan pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam kehidupan.[1]
b.Konsep
Renaisans
Reformasi Protestan
Revolusi Sains
Gerakan Pencerahan.

1.Renaisans-ialah zaman pemulihan budaya yang melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal dan seterusnya melahirkan masyarakat terbuka.
2.Reformasi Protestan-Reformasi protestan ialah pembaharuan agama yang menyebabkan agama Kristian terbahagi kepada Protestan dan Roman Katholik.Antara
3.Revolusi Sains-berlaku selepas penemuan semula teks purba dan penciptaan alat mencetak menyebabkan sains dan seni bercampur semasa Ranaisans awal.Bapa sains moden Leonardo Da Vinci melakukan eksperimen dalam aliran air, diseksi perubatan dan mencipta prinsip dan kaedah penyeldikan. Kaedah saintifik menekankan kepada bukti emprikal dan kepentingan matematik.Kaedah saintifik ini membawa sumbangan besar kepada bidang astronomi, fizik, biologi dan anatomi.[2]  
4.Gerakan Pencerahan-
Pencerahan (Enlightenment) ialah satu zaman yang berlaku di Eropah selepas Renaisans dan Reformasi pada tahun 1650-1800. Enlightenment bererti Zaman  Pencerahan ialah zaman di mana semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan kaedah-kaedah saintifik.[3]

      Enlightenment merupakan satu zaman yang mendukung gerakan pemikiran dan kepercayaan berkaitan dengan konsep-konsep seperti Tuhan, sebab-musabab, alam dan manusia.Zaman ini mewakili satu gerakan ke arah melahirkan masyarakat terbuka, pengajaran untuk kebahagiaan individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak dikongkong dan segolongan masyarakat yang hidup berdasarkan undang-undang.Pelopor Zaman Pencerahan dikenali sebagai ahli falsafah. Golongan ini mendedahkan diri mereka kepada perkara kritikal dan semangat ingin tahu. Antara ahli falsafah yang terkenal ialah Voltaire, Montesquieu, Diderot, De Alembert dan Rousseau.Mereka mengasingkan agama daripada ilmu pengetahuan dan menekankan kepentingan pencapaian kerasionalan melalui ilmu pengetahuan.[4]  


[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),218.   
[2]ibid),224.  
[3] “Intelektual”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)132. 
[4]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),245.  

Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.

Oleh- Ahmad bin Yaakob.
Unit 3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
3.2.2.ii. Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960

Hasil Pembelajaran-Menjelaskan Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.

1.Gerakan Anti-Penyerahan di Sarawak.
Latar belakang Penyerahan Sarawak kepada British.
      Keluarga Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1941. Sarawak menjadi negeri naungan British pada tahun 1888.Raja Charles Vyner Brooke kembali semula ke Sarawak pada tahun 1945 apabila Jepun menyerah kalah. Beliau menyerahkan Sarawak kepada British. Sarawak secara rasmi diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946. Dengan ini Sarawak menjadi tanah jajahan British.[1]

Sebab penyerahan Sarawak
1.Kerajaan tidak mampu bangunkan semula ekonomi Sarawak.
2.Desakan daripada kerajaan British.
3.Charles Vyner Brooke sudah uzur.
4.Tiada pengganti yang berkebolehan.

Gerakan anti-penyerahan.
1.Wujud penentangan kerana penyerahan tersebut bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak.
2.Ia akan melambatkan proses kemerdekaan Sarawak.
3.Charles Vyner Brooke tidak erunding terlebih dahulu dengan orang Sarawak.
4.Pemimpin gerakan ini diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdullah.
5.Surat bantahan dan telegram telah diutuskan kepada kerajaan British tetapi gagal.
6.1 Julai 1947 tunjuk perasaan untuk memulaukan upacara perlantikan Gabenor British Sarawak yang pertama diadakan.
7.Pada 20 Ogos 1948, Rukun 13 di bawah Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) ditubuhkan bagi menentang keras gerakan penyerahan.
8.Disember 1949, Rosli Dhobi seorang anggota Rukun 13 telah membunuh Gabenor British kedua, Sir Duncan Stewart..
9.Pada 30 Ogos 1950,rundingan antara Setiausaha Persatuan Melayu Sarawak (PMS) dengan Anthony Brooke serta jaminan Anthony Brooke untuk membantu rakyat Sarawak berkerajaan sendiri telah menamatkan gerakan anti penyerahan pada tahun 1951.

Faktor kegagalan
1.Tidak mendapat sokong menyeluruh.
2.Tidak mempunyai pemimpin berwibawa selepas kematian Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
3.Langkah berkesan kerajaan British.
4.Tiada pertubuhan kuat.
5.Pemimpin yang berkaliber, Datu Pahlawan Abang Haji Mustapha menyokong penyerahan.[2]  




[1]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),171.
[2]“Perjuangan secara berperlembagaan 1946-1960”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,70.

Ahad, 30 Ogos 2015

Korban gelang kahwin demi kemerdekaan

ISNIN, 31 OGOS 2015 @ 12:07 AM
 Oleh Mahani Ishak
Adun wanita pertama ini disebat ibunya hingga bermandi darah dan berbekas parut kerana tindakannya menyerahkan gelang emas perkahwinan dalam usaha menuntut kemerdekaan.Foto Dzulkeffli Mustafa.
sumber- Berita Harian online 31.8.2015

Sabtu, 29 Ogos 2015

Petani tercangkul peluru mortar

Oleh TOREK SULONG
 
Inilah peluru mortar yang ditemui di Kampung Sungai Seligi dekat Pasir Puteh kelmarin.

PASIR PUTEH – Seorang petani terkejut apabila me­nemui sebutir peluru mortar yang masih aktif ketika sedang mencangkul tanah di kawasan kebun belakang rumahnya di Kampung Sungai Seligi dekat sini kelmarin.

Bom lama yang dipercayai digunakan ketika zaman perang Jepun dahulu itu dijumpai pada pukul 10 pagi.

Mat Jusoh Husin, 61, memberitahu, ketika dia sedang mengorek tanah untuk membina batas sayur-sayuran, mata cangkulnya terkena satu objek keras yang pada mulanya di­sangka besi buruk.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3kC40rdcs Hakcipta terpelihara

Khamis, 27 Ogos 2015

2.Huraikan susun lapis masyarakat Jawa di Pulau Jawa pada abad ke-16. [20m]

Rangka jawapan
Kemunculan kerajaan Islam seperti Kesultanan Mataram dan Banten membentuk susun lapis masyarakat di Pulau Jawa selepas berakhir tamatnya era pemerintahan kerajaan Hindu-Buddha seperti kerajaan Srivijaya dan Majapahit.Susun lapis masyarakat Jawa kekal sehingga penjajahan Belanda. Kerajaan  Mataram yang berpusat di Yogjakarta mempunyai susun lapis masyarakat yang teratur.

Susun lapis masyarakat Jawa di Pulau Jawa.
1.Sultan.
Kedudukan paling tinggi di Pulau Jawa seperti Sultan Agung.
Berkuasa mutlak dalam pemerintahan  wilayah dan jajahantaklunya.
Ketua agama Islam, menyebarkan agama Islam melalui penaklukan dan perluasan kuasa.
Berdaulat tidak boleh didrhaka dan mempunyai keistimewaan.
Khalifah Allah dimuka bumi.

2.Priyayi
Priyayi merupakan kelas sosial yang wujud sebelum penjajahan Belanda lagi. Priyayi merupakan perkataan Jawa yang digunakan khusus untuk keturunan Adipati (gabnor) pertama yang dilantik oleh Sutan Agung Mataram untuk mentadbir kawasan dalam pentadbiran baginda.
Menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat jelata.
Hubungan golongan bangsawan dan petani rapat dan bersepadu.
Mereka pemimpin kerohanian dan agama masyarakat Jawa.
Priyayi mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau Kerabat Diraja.
Priyayi dihormati dan dipercayai rakyat.
Priyayi berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketau adat tempatan (Bupati)
3.Rakyat
Golongan rakyat tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah bangsawan.
Mereka menanam padi
Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi askar apabila tuan tanah terlibat dalam peperangan.
Kesimpulan

Susun lapis masyarakat Jawa semasa kerajaan Mataram sangat jelas dan tersusun. Setiap anggota masyarakat memainkan peranan yang penting berdasarkan kedudukan hierarki masyarakatnya.

Malayan Union 1946

3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan
3.2.2 Perjuangan Secara Berperlembagaan 1946-1960

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
Hasil Pembelajaran –menilai penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Malayan Union
a.Latar belakang
Idea penubuhan  Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik Ogos 1941,Iaitu memberi hak menentukan nasib negara sendiri. Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London merancangmewujudkan sistem kesatuan di Tanah Melayu. Pada 10 Oktober 1945, rancangan Malayan Union diumumkan semasa persidangan Parlimen British. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil khas mendapatkan tanda tangan sultan. 1 April 1946, Malayan Union diisytiharkan.[1]

b.Perlembagaan Malayan Union.
i.Pentadbiran
Perlembagaan Malayan Union menetapkan kesatuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, NMTB dan Neger-Negeri Selat diletakkan dibawah kawalan Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Singapura kekal sebagai tanah jajahan mahkota British dengan gabenonya sendiri. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

      Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan.Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri selat akan diletakkan di bawah kawalan terus kerajaan pusat. Seorang Pesuruh Jaya Negeri akan dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
ii.Kedudukan sultan Melayu.
Mengikut perlembagaan baru ini Tanah Melayu menjadi sebuah kesatuan (union) dan semua kuasa pemerintahan disatukan secara berpusat. Kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa baginda semakin berkurangan. Sultan hanya menjadi penasihat kepada Gabenor. Baginda berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai pemerintah berdaulat di negeri masing-masing. Kuasa kerajaan negeri diambil alih oleh kerajaan pusat.[2] Sultan menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu.[3]
iii.Syarat kerakyatan
Perlembagaan Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang sama bagi semua orang, tanpa mengira bangsa dan asal keturunan. Hak-hak ini termasuklah peluang untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam pilihan raya. Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang longgar kepada kaum bukan Melayu melalui prinsip jus soli. Terdapat dua ciri utama dalam kerakyatan secara perinsip jus soli, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang dan secara permohonan.

      Melalui kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang , Malayan Union memeberi kewarganegaraan kepada;
a)      mereka yang dilahirkan dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura serta bermastautin sebelum perintah ini dikuatkuasa.
b)      Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
c)      Mereka yang dilahirkan pada atau selepas perintah itu dikuatkuasakan. Sesiapa yang dilahiran di luar Malaysia atau Singapura selepas perintah dikuatkuasakan diberi kerakyatan dengan syarat bapanya merupakan warga Malayan union.
Kerakyatan secara permohonan diberi kepada;
a)      mereka yang bermastautin selama 5 tahun daripada 8 tahun terdahulu semasa permohonan dibuat.
b)      Mempunyai tingkah laku yang baik, berpegetahuan dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
c)      Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau Singapura.[4]
iv.Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri.
Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal kerajaan tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Semua ahli majlis ini terdiri daripada para pegawai British.
v.Kedudukan Hak Istimewa orang Melayu.
Perlembagaan Malayan menyebabkan hak istimewa orang Melayu terancam. Ini kerana dalam Perlembagaan Malayan Union, semua bangsa dan kaum layak dipertimbangankan memasuki perkhidmatan awam dan satu undi dalam pilihanraya umum.  Ini bermakna golongan imigran setaraf dengan bumiputera dalam maan Union. Sultan sebagai pelindung kepada orang Melayu telah kehilangan kuasa politik.



[1]“Perjuangan Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,68.
[2] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,184.
[3] Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2014),167.
[4] Ibid,185.

Rabu, 26 Ogos 2015

Pertanian di England abad ke-17-18.

oleh-AHMAD  BIN YAAKOB
Menjelang akhir abad ke-17, tercetus revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Pertanian di England.Revolusi Pertanian meletakan asas bagi kemunculan Revolusi Perindustrian di England.[1]
Hasil pembelajaran: Mmembincangkan perubahan orientasi kegiatan dan kemajuan dalam bidang pertanian.
Latar belakang pertanian di England
1.Pengeluaran makanan secara besar-besaran
2.Sistem pemilikan tanah
3.Akta pemagaran tanah
4.Kaedah pertanian baru
5.Kaedah penternakan baru
6.Pengenalan pertanian campur
7.Ciptaan baru
8.Penggunaan baja
9.Pembinaan saliran
Latar belakang pertanian di England
1.Pengeluaran makanan secara besar-besaran kerana perubahan sistem pemilikan tanah, penggunaan kaedah saintifik dan kaedah pemasaran produk yang berkesan.
2.Sistem pemilikan tanah terbahagi kepada dua iaitu tanah persendirian dan pemilikan tanah awam.
3.Akta pemagaran tanah menyebabkan tuan tanah membeli tanah awam dan aktiviti pertanian dijalankan secara besar-besaran.
4.Kaedah pertanian baru seperti sistem penanaman bergilir, memperkenalkan tanaman baru tunip dan ubi kentang.
5.Kaedah penternakan baru untuk membesarkan binatang ternakan dengan cepat untuk bekalan daging dan bulu binatang.
6.Pengenalan pertanian campur melibatkan tanaman dan ternakan.
7.Ciptaan baru untuk meningkatkan pengeluaran seperti Jethro Tull (menggali dan menugal), bajak tiga segi untuk membajak tanah, alat mengetam, alat memukul dan alat menumbuk bijiran, penciptaan jentera berkuasa wap.
8.Penggunaan baja tiruan dan baja asli daripada najis binatang.
9.Pembinaan saliran dapat menyalirkan kawasan pertanian yang luas.[2]




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),232.    
[2]“Perkembangan ekonomi pertanian di England”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 122 .