Isnin, 24 Ogos 2015

Perdagangan dan perniagaan di Portugal

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Portugal.
Pada abad ke-15 dan ke-16, Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman penerokaan di Eropah kerana berjaya membina empaya besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia. Kejayaan pelayar-pelayar Portugal membangunkan empaya perdagangan disebabkan oleh pencapian mereka dalam ekspedisi maritim. Portugal adalah kuasa Barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad ke-16.[1]
Portugal merupakan penjelajah dan pelayar ulung yang merintis jalan ke Timur.
Faktor perkembanagn penjelajahan orang Portugal pada abad ke-16
1.Peranan Putra Henry
Menubuhkan Akademik Laut
Memberi galakan kepada pelayar Portugal.
2.Peranan pemerintah Portugal.
Memberi peluang kepada rakyat Portugal menerokai bidang perkapalan dan pelayaran.
3.Kesan Perang Salib
Berlaku pertembungan ilmu.
Orang Portugal mengetahui ilmu pelayaran daripada pelayar-pelayar Islam.
4.Penemuan baharu/teknologi baharu.
Penemuan baharu dan teknologi baru membawa kepada kegiatan pelayaran seperti peta dan kompas.
Berjaya membina kapal yang tahan dan kuat seperti kapal jenis Cravel.
5.Kemunculan tokoh pelayar Portugal.
Kesan perkembangan penjelajahan Portugal;
Perluasan pengaruh dan empayar
Perluasan hubungan antarabangsa.
Kepesatan perdagangan
Wujudnya rantaian pelabuhan di Goa dan Melaka.
Berjaya memonopoli perdagangan rempah di Kepulauan Rempah.[2]



[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),227.
[2]“Kemajuan dan Pembangunan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 115 .      

ANALISIS SOALAN STPM SEJARAH MALAYSIA P3 2013-2014U

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

SOALAN STPM PENGGAL 3/2013
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.  Jelaskan peranan raja-raja Melayu sebelum tahun 1874.
2. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu biarpun singkat telah meninggalkan pelbagai kesan tehadap aspek politik, sosial dan ekonomi di Tanah Melayu. Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut.
3.  Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia dalam Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2013
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri. Walau bagaimanapun, terdapat juga kegiatan ekonomi lain yang diusahakan. Bincangkan.
2.Analisiskan sebab-sebab berlakunya penentangan terhadap penjajah British oleh pemimpin tempatan di Perak padaabad ke-19 dan di Terengganu pada awal abad ke-20.
3.Bincangkan usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan pembangunan sosial melalui pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1970-an.

SOALAN SEJARAH STPM PENGGAL 3/2014
Bahagian A: Sejarah Malaysia
1. Bincangkan peranan undang-undang adat dalam mengekalkan keharmonian masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.
2.“ Selain daripada beberapa faktor yang lain, masalah kewangan Pahang dikatakan mempengaruhi British untuk menubuhkan Neger-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.” Bincangkan pernyataan tersebut.
3. Bincangkan dasar pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1979.

SOALAN SEJARAH STPM ULANGAN PENGGAL 3/2014
 Bahagian A: Sejarah Malaysia
1.Terangkan susun lapis masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.
2.Bincangkan faktor-faktor yang menyekat penguasaan British di Johor sehingga tahun 1914.
3.Analisiskan rancangan pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.




Titik tengah Semenanjung


 
MOHD. SHARKAR menurunkan tandatangan pada kain rentang 'Titik Tengah Semenanjung Malaysia' ketika program Fellowship Ride: Kayuhan Ke Titik Tengah Semenanjung Malaysia 2015 di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh semalam.

TEMERLOH – Kerajaan negeri Pahang akan membina sebuah mercu tanda di Batu 11, Kampung Paya Siput, Lanchang, dekat sini tidak lama lagi sebagai deklarasi rasmi bahawa kampung yang berada kira-kira 80 kilometer dari bandar Temerloh itu merupakan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, sebelum ini masih ramai rakyat negara ini tidak tahu lokasi sebenar titik tengah Semenanjung malah ada beberapa pendapat mengatakan bahawa ia terletak di kawasan Kuala Lipis dan Maran.

"Bagaimanapun, selepas Jabatan Ukur dan Pemetaan menjalankan kajian (pada tahun 2009), maka kita ketahui bahawa lokasi sebenar titik tengah Semenanjung ialah di Kampung Paya Siput.

"Ini adalah kali pertama kami mengumumkan Kampung Paya Siput merupakan lokasi sebenar titik tengah Semenanjung. Mercu tanda baharu yang akan dibina nanti akan menambahkan lagi keunikan negeri Pahang," kata beliau menyempurnakan pelepasan peserta Fellowship Ride: Kayuhan Ke Titik Tengah Semenanjung Malaysia 2015 di Dataran Temerloh di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Jupem Pahang, Mohammad Yunus Md. Yusuf.

Kayuhan sejauh 80 kilometer dari Temerloh ke Kampung Paya Siput itu disertai 550 peserta terdiri daripada pelumba profesional, amatur dan peminat sukan berbasikal tempatan.

Mohd. Sharkar yang juga Presiden Majlis Pelancongan Kebangsaan (MyTC) berkata, pihak majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) juga akan membangunkan lokasi titik tengah Semenanjung sebagai sebuah destinasi ekopelancongan yang baharu di Pahang.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3jjdAprdA Hakcipta terpelihara

Ekskavasi rungkai misteri Dakota

Oleh ZAKI SALLEH
 
 SERPIHAN sayap antara bahagian pesawat C-47B Dakota ini yang masih dalam keadaan baik.

KUALA LUMPUR – Penantian selama 70 tahun keluarga tiga kru Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat (USAAC) yang pesawatnya terhempas di Hutan Simpan Bubu, Beruas, Perak bakal berakhir apabila misi ekskavasi bagi membawa keluar rangka mangsa berkenaan dimulakan Khamis ini.

Ketua Penyelidik Kumpulan Sejarah Malaysia (MHG), Shaharom Ahmad berkata, kerja-kerja awal oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Muzium Tentera Darat (Muzium TD) telah dilakukan sejak dua minggu lalu.

"Ini melibatkan pembinaan kem sementara, laluan masuk untuk kenderaan pacuan empat roda ke kawasan ekskavasi serta sebuah tapak pendaratan helikopter di dalam hutan tersebut," katanya.

 BAHAGIAN sisi badan pesawat yang tertera lambang USAAC.

Tiga kru USAAC itu terbunuh selepas pesawat pengangkut jenis Douglas C-47B Dakota (43-16261) terhempas ketika dalam penerbangan menghantar bekalan dari Singapura ke Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 27 November 1945.

Mereka yang terkorban ialah juruterbang, Pegawai Udara Judson Baskett; pembantunya, Leftenan Muda William Myers dan jururadio, Prebet Donald Jones.

Menurut Shaharom, ekskavasi yang diketuai Muzium TD itu dijangka berlangsung selama sebulan dan turut disertai 30 pegawai daripada Defense Prisoner of War/Missing in Action Accounting Agency Amerika Syarikat (DPAA).

Shaharom memberitahu, keluasan kawasan pencarian itu adalah kira-kira 560 meter persegi atau bersamaan dengan saiz dua buah gelanggang bola keranjang.

"Kawasan nahas ini pula terletak kira-kira 20 kilometer dari pekan Beruas atau empat jam perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda," ujarnya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3jjFJ6eAa Hakcipta terpelihara

Ahad, 23 Ogos 2015

TAJUK 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran-menghuraikan sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat pada abad ke-18-19.
1.Kapitalisme di Amerika Syarikat
Sistem ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.
Kapitalisme ialah sitem ekonomi yang menekankan hak milik persendirian, pasaran,kebebasan ekonomi dan perniagaan untuk keuntungan. Ekonomi kaptalisme diamalkan oleh negara-negara Eropah pada abad ke-15 dan 16 memungkinkan kuasa-kuasa ini mengamalkan sistem ekonomi merkantilisme.[1]

Perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat Perang Amerika dengan Britain 1812 dan Perang Saudara 1861-1865. Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis melabur modal dalam sektor perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di Ameika Syarikat mulai 1860-an hingga 1914.[2]
a)Perkembangan sektor pertanian
Hasil pengeluaran pertanian ialah kapas,gula, beras, gandum,daging, tenusu dan membakau. Amerika membekalkan 75% kapas kepada kilang tekstil di Britain.
b)Perkembangan sistem pengangkutan.
Perkembangan industri keretapi.
Pembinaan lebuhraya merentasi Cumberland, Maryland dan Wheeling.
Terbinanya jaringan landasan keretapi .
c)Perkembangan perniagaan besar
Muncul perniagaan berskala besar. United States Rubber, Goodyear,Eastman Kodak.
Penyatuan syarikat-syarikat yang mebawa tertubuhnya syarikat besar seperti Dupont dan General Electric
Mempunyai modal dan pelaburan yang  besar.
d)Perkembangan industri minyak dan keluli.
Telaga minyak pertama di gerudi di Pennsylvania
Muncul syarikat minyak seperti Standard Oil of New Jersey dan Standard Oil of Ohio.
Us Steel Corporation menjadi syarikat pengeluar besi dan keluli di Amerika Syarikat.
e) Perkembangan perdagangan antarabangsa.
Barangan yang dikeluarkan secara besar-besaran dipasarkan secara meluas.
Pelabur membuat pelaburan ke tempat lain seperti Hawai, China dan Cuba.
f)Perkembangan pesat industri perkapalan.
Barangan dagangan dibawa masuk ke Amerika Syarikat menggunakan kapal milik Amrika Syarikat dikenakan cukai yang lebih rendah.[3]




[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),207.   
[2] Ibid,210.
[3]Kemajuan dan Pembangunan, dalam dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 113 .     

Bincangkan perkembangan pendidikan di Jerman pada abad ke-19.[20]

Sistem pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan 19 terdiri daripada beberapa peringkat.Menjelang awal abad ke-19, terdapat sistem pendidikan di peringkat rendah, menengahdan teknikal.
Perkembangan pendidikan di Jerman
1.Abad ke-18 Jerman mewajibkan pendidikan peringkat rendah.
-Volksschule –pendidiakn wajib peringkat rendah selama 8 tahun.
-Penekanan kemahiran asas iaitu membaca,menulis dan mengira serta aspek etika, disiplin dan ketaatan.
-ilmu diintegrasikan dengan bidang matematik, sains, bahasa dan seni.
-sistem abjad diganti dengan pengajaran bunyi.
-1717 Raja Frederick William mengeluarkan Advisory Order yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah.
-Ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah dikenakan bayaran denda.
2.Kualiti pendidikan ditingkatkan
-1788 pengenalan sistem peperiksaan akhir tahun di sekolah seluruh Jerman.
-Penyatuan Jerman oleh Otto Von Bismarck membawa pemusatan pendidikan di Jerman.
-Penyeragaman pendidikan dan banyak sekolah menengah ditubuhkan termasuk sekolah untuk pelajar perempuan.
-Penekanan kepada pendidikan teknologi untuk melahirkan tegana kerja mahir bidang perindustrian dan perdagangan.
-Sekolah teknik dan perdagangan ditubuhkan.
4.Empat jenis sekolah menengah.
-Gymnasium –pembelajaran bahasa moden, latin dan Yunani
-Realgymnasium –pembelajaran bahasa Latin, Bahasa Moden, Sains dan Matematik
-Realschule- pembelajaran teknikal selama 8 tahun
-Obberealschule- pembelajaran selam 9 tahun bahasa moden, sains dan Matematik.
5.Penubuhan universiti
-Universiti Berlin, Munich, Bonn
-Pengajian yang ditawarkan ialah Teologi, Undang-Undang,Perubatan dan Falsafah.
  Fakulti Falsafah menawarkan pengajian Sejarah, Matematik, Geografi dan Kesusasteraan.

-Kesimpulannya,sistem pendidikan awam di Jerman memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak belajar dari awal hingga ke peringkat universiti.

UNIT 2.1 PERLUASAN KUASA ASING

Hasil pembelajaran-Membincangkan faktor dan cara perluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19 (1800-1899)
1.Pengertian /konsep perluasan kuasa asing.
Perluasan kuasa asing merupakan aktiviti memperluaskan autoriti sesebuah negara menerusi perolehan tanah jajahan atau melalui aktiviti penaklukan.
a.Faktor perluasan kuasa asing.
1.Perlumbaan kuasa-kuasa asing untuk mendapatkan tanah jajahan.
2.Ketenteraan dan teknologi persenjataan.
3.Revolusi perindustrian di Eropah.
4.Sumber bahan mentah yang banyak di Asia Tenggara.
5.Mencari negara pasaran.
6.Menyebarkan agama.
7.Pembukaan Terusan Suez
8.Beban orang putih.
b.Cara perluasan kuasa asing.
1.Melalui perjanjian seperti Perjanjian Yandabo di Myanmar.
2.Melalui peperangan dan penaklukan.
Contoh Perang Jawa di Indonesia.
Perang British-Burma I,II,III.[1]





[1]“Perluasan Kuasa Asing”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) 120.