Jumaat, 14 Februari 2014

Gading gajah purba ditemui di AS

AP
SEORANG pekerja menunjukkan gading gajah purba yang ditemuinya di kawasan South Lake Union, Seattle pada Selasa lalu.
SEATTLE, Amerika Syarikat - Beberapa ahli paleontologi dari Universiti Washington berharap satu gading gajah purba yang ditemui di sini dapat dihantar ke kampus universiti itu untuk tujuan penyelidikan.

Seorang ahli paleontologi dari Muzium Burke di sini berkata, ujian karbon ke atas gading tersebut akan dapat memberikan gambaran jelas tentang gajah itu.

Gajah itu hidup kira-kira 10,000 tahun lalu.

Gading tersebut ditemui oleh beberapa orang pekerja sebuah syarikat memasang paip semasa mereka melakukan kerja-kerja penggalian di kawasan South Lake Union pada Selasa lalu.

Pihak muzium itu kini menunggu kelulusan daripada pemilik hartanah di lokasi gading tersebut ditemui sebelum melakukan kerja-kerja pemindahan gading berkenaan. - AP

SUMBER KOSMO ONLINE 14.2.14: http://www.kosmo.com.my/kosmo/ Hakcipta terpelihara

Khamis, 13 Februari 2014

Pengorbanan Leftenan Adnan wajar dicontohi

13 Februari 2014

Adnan Saidi 
SINGAPORE - Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the sacrifices of the heroes of history, the late Lieutenant Adnan Saidi and members of the Malay Regiment who died in defense country should be a lesson to the younger generation.

The warriors of Malaya, particularly Lt. Adnan, the Regiment Malay with his team members were killed in the bloody battle of Hill Opium and the fall of Singapore to the Japanese that occurred at Feb 14, 1942.

Singapore was part of Malaya.

"Tomorrow (Friday) is a historic date and visit our gallery (Lt Adnan Reflection Center) today and the way we remember sacrifices of those who have contributed a lot not only for Malaysia but also to the Singapore authorities.

"What has been traversed by the late Lt. Adnan must be learned by generations young, "he told reporters at the prayers and visits during salute the heroes countries Lt Adnan Reflection Centre, Bukit Candu, Pasir Panjang here.

Also present was Malaysian High Commissioner to Singapore Datuk Husni Zai Yaacob.

Hishammuddin said the incident, experience, and history of the two countries is can enlighten "us that the future of the state and nation depends the awareness that the commotion, discord and hatred if not contained can metastasize and spread to something heartbreaking.

"My visit to Bukit Chandu is personally bring their own meaning, was the day before we commemorate the darkest days in the history of non-only in Malaysia but also in Singapore as teaching us to see forward, "he said.

Adnan bin Saidi, better known as Lt. Adnan was born in the village of Sungai Ramal, Kajang, Selangor in 1915.

He is the eldest in the family.

In 1933, at the age of 18 years, Lt. Adnan enters Regiment Malay. He was stationed in Singapore in late 1941.

Courage with Lt. Adnan 42-member contingent of Malay soldiers fought fought tooth and nail to defend Pasir Panjang ridge is the episode now remain in history. - Bernama

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 13.2.14

Sejarah Kuala Lumpur

Oleh Suliati Asri

KEPESATAN bandar raya Kuala Lumpur yang sema­kin membangun ini nyata cukup membanggakan. Saban tahun, ada saja perubahan yang berlaku terutama kewujudan bangunan pencakar langit yang cukup mengagumkan.

Namun, pernahkah kalian melihat bagaimana keadaan Kuala Lumpur 126 tahun yang lalu? Bagaimana pembangunan yang telah berlaku dulu, kini dan akan datang? Jika anda melihat sendiri bagaimana pembangunan yang berlaku di Kuala Lumpur ini, anda mungkin akan lebih menghargai kota metropolitan yang cukup gah di mata dunia ini dan semua­nya ada di KL City Gallery.

Terletak bersebelahan Padang Merdeka, KL City Gallery membawa anda kembali ke masa lampau, kini dan masa depan bandar raya Kuala Lumpur.HAYATI sejarah Kuala Lumpur di ‘Memories of Kuala Lumpur’.Walaupun tidak sebesar City Gallery yang ada di negara membangun, kewujudannya atas dasar cintakan budaya dan komitmen untuk ‘menghidupkan warisan’, KL City Gallery nyata sesuatu yang cukup membanggakan.

Memasuki bangunan dengan inspirasi rekaan Moghul-India yang dibina pada 1898 itu, tanpa sebarang bayaran, anda akan dibawa mengimbau kembali keadaan Kuala Lumpur dari awal pembukaannya di ‘Memories of Kuala Lumpur’.

Di sini, anda berpeluang membaca pelbagai maklumat yang secara tidak langsung memberikan gambaran mengenai keadaan bandar raya ini satu ketika dahulu.
Anda juga pastinya bagaikan tidak percaya tatkala melihat gambar gergasi Kuala Lumpur pada 1888 yang memenuhi satu sudut di ‘Memories of Kuala Lumpur’.

Cukup mengimbau kembali sejarah Kuala Lumpur, sesuatu yang menakjubkan menanti anda di tingkat dua bangunan berusia 116 itu di ‘Kuala Lumpur City Model’.

Menerusi tayangan video ‘Discovery The City’, anda berpeluang melihat keseluruhan bandar raya Kuala Lumpur lengkap dengan setiap bangunan, rumah dan apa juga pembangunan yang ada menerusi model yang cukup unik.

Lebih menarik, anda juga dapat melihat bangunan yang sedang dan akan dibina di dalam ‘Kuala Lumpur City Model’ ini.

Selesai sesi melihat Kuala Lumpur secara menyeluruh dengan model bangunan berskala kecil, anda pastinya sekali lagi akan kagum saat turun kembali ke tingkat satu dengan melihat ‘Dataran Merdeka Diorama Model’.

Di ruangan ‘The Making of Arch’, anda dapat melihat sendiri bagaimana kepakaran setiap pekerja berpengalaman menghasilkan cenderamata yang diperbuat daripada kayu.

Ketelitian mereka membuat setiap cenderamata yang cukup ekslusif itu benar-benar membuatkan anda me­ngagumi mereka.

Puas melihat cenderamata ARCH yang diangkat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai Cenderamata Rasmi Kuala Lumpur, anda juga berpeluang mencuba sendiri bagaimana mencantumkan sesuatu cenderamata sehingga menjadi satu karya disamping membeli pelbagai barangan sebagai penutup kepada kunjungan ke lokasi yang disenaraikan sebagai 10 tarikan utama di Kuala Lumpur ini.

Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang www.klcitygallery.com.

Artikel ini disiarkan MYMETRO ONLINE pada : 2014/02/13

Ahad, 9 Februari 2014

KM Sarawak paling lama

Kuching: Ketua Menteri Sarawak keempat yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilahirkan di Miri pada 21 Mei 1936.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St Joseph di Miri dan Sekolah Menengah St Joseph Menengah di Kuching sebelum mendapat biasiswa Rancangan Colombo melanjutkan pengajian undang-undang di University of Adelaide.
Abdul Taib memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada 1960 sebelum melanjutkan pengajian di Harvard International Summer Course.

Sekembalinya ke Sarawak, Abdul Taib bertugas di Crown Council 1962-1963 sebelum dilantik Ahli Majlis Undangan Negeri dan menjadi Menteri Pembangunan dan Perhutanan pada 1966. Abdul Taib kemudian dipilih sebagai Ahli Parlimen Samarahan pada 1970.
 Foto
TAIB mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Abdul Taib juga mempunyai pengalaman memegang pelbagai jawatan menteri Persekutuan selama 13 tahun, antaranya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 1970-1972, Menteri Perusahaan Utama (1972), Menteri Penerangan dan Fungsi Khas (1975) serta pada 1978, Abdul Taib dilantik Menteri Perusahaan Utama sebelum mengambil kedudukan sebagai Menteri Pertahanan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/0 MYMETRO ONLINE 9.2.14

Sabtu, 8 Februari 2014

1.1.1866 BANDAR TANJONG PUTERI (JOHOR BAHRU) DIJADIKAN IBU NEGERI JOHOR

SUSUNAN OLEH-AHMAD YAAKOB
Pada hari ini dalam tahun 1866, Bandar Tanjong Puteri diubah namanya kepada Johor Bahru sebagai Ibu Negeri dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor, menggantikan Teluk Belanga di Singapura. Orang yang bertanggungjawab mengubah nama Ibu Negeri itu ialah Sultan Johor sendiri iaitu Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Baginda mengambil tindakan itu memandangkan Tanjong Puteri mempunyai kedudukan yang lebih baik dan lebih sesuai dari Teluk Belanga sebagai,pusat pentadbiran dan perniagaan serta cepat pula membangun. Selepas dari tarikh itu, Johor Bahru atas daya usaha Maharaja Abu Bakar, yang dikenali sebagai 'Bapa Johor Moden' membangun dengan pesatnya. Di sinilah baginda Sultan Abu Bakar mentadbir Negeri mengikut cara pentadbiran Inggeris. Di bawah pentadbiran baginda secara moden itu bandar Tanjong Puteri atau Johor Bahru berkembang dengan pesatnya sebagai pusat pentadbiran dan perniagaan. Pejabat-pejabat dan jabatan-jabatan kerajaan mula ditubuhkan. Menjelang tahun 1866 Johor Bahru telah mempunyai Pejabat Setiausaha Kerajaan, jabatan Perbendaharaan, Pejabat Odit, Mahkamah Besar, Pejabat Percetakan Kerajaan, jabatan Kerja Raya, Polis, Pejabat Ukur, Pejabat Tanah, Pejabat Pelajaran dan lain-lain.

SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 1.1.2008

SUSUNAN OLEH-AHMAD YAAKOB
KUALA TERENGGANU DIISYTIHAR BANDAR RAYA WARISAN PESISIR AIR
Pada hari ini  dalam tahun 2008,  Kuala Terengganu secara rasminya menjadi sebuah bandar raya ke-12 di negara ini. Ia dikenali sebagai Bandar Raya Warisan Pesisir Air bersesuaian dengan lokasinya berada di pesisir sungai dan Laut China Selatan. Dengan perisytiharan tersebut, Kuala Terengganu merupakan  bandar raya pertama di Pantai Timur dan menjadi bandar raya ke-12 selepas Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Shah Alam, Melaka, Alor Star, Petaling Jaya, Kota Kinabalu, Kuching Utara, Kuching Selatan dan Miri. Pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Pemangku Raja Terengganu, KBDYMM Tengku Mohammad Ismail Al Wathiqu Billah Al-Sultan  Mizan Zainal Abidin dalam istiadat pengurniaan watikah perisytiharan dan suratcara pelantikan Datuk Bandar di Istana Maziah, Kuala Terengganu.  Sesungguhnya Bandaraya Kuala Terengganu kini  melalui satu transformasi utama di bawah projek pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu  dan  menyaksikan ibu negeri Terengganu itu bakal dibangunkan sebagai sebuah Bandar Warisan Pesisir Air dan pintu gerbang pelancongan antarabangsa bagi Pantai Timur.
SUMBER-http://www2.arkib.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 1.1.1992

PELANCARAN POS MALAYSIA BERHAD
Pada hari dalam tahun 1992, Jabatan Perkhidmatan Pos telah digantikan dengan Pos Malaysia Berhad. Majlis pelancaran Pos Malaysia Berhad ini telah dilancarkan oleh Menteri Tenaga, Telekom dan Pos Dato’ Sri Samy Vellu di Kompleks Dayabumi tepat pukul 12 tengah malam. Dalam ucapan beliau semasa majlis pelancaran ini, beliau memberitahu dengan penswastaan ini dapat mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran yang ditanggung oleh kerajaan. Selain itu peningkatan dari segi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkatkan. Dalam majlis pelancaran ini juga Pos Malaysia telah memperkenalkan imej baharu mereka dengan pakaian seragam dan logo yang baharu. Logo baharu Pos Malaysia mempunyai lambang burung terbang yang menjanjikan perkhidmatan yang lebih cemerlang. Selain itu kakitangan Pos Malaysia juga akan menikmati skim gaji baharu sebagai kakitangan sebuah syarikat swasta. Dengan penswastaan Pos Malaysia Berhad ini menjadikannya agensi ketiga yang telah diswastakan selepas Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.