Pada hari ini dalam tahun 1971,
Perhimpunan Agung Ke-22 UMNO telah melantik Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein
menjadi Presiden UMNO Malaysia dan Tun Dr Ismail bin Abdul Rahman sebagai
Timbalannya. Dalam Perhimpunan Agung ini, Tun Abdul Razak telah mengumumkan
strategi-strategi yang realistik untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru.
Beliau berjanji akan mengadakan rancangan-rancangan untuk membasmi kemiskinan
di kalangan rakyat jelata yang tidak berada samada di luar bandar mahupun di
bandar. Kerajaan juga akan meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dengan cara
memperhebatkan lagi rancangan pembangunan pertanian dan perusahaan termasuklah
penyertaan kerajaan dalam rancangan-rancangan pembangunan ini. Beliau akan
mewujudkan satu golongan pengusaha dan pedagang di kalangan orang-orang Melayu. Beliau juga akan juga menyusun semula
masyarakat Melayu di luar bandar yang semata-mata bergantung kepada pertanian
tradisional dan mengubahnya menjadi masyarakat moden yang berlandaskan
pertanian moden dan juga perusahaan dan perdagangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan