Pada hari
ini dalam tahun
1957, Lagu Terang
Bulan, lagu kebangsaan
negeri Perak telah
dipilih sebagai lagu
Kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu. Pemilihan lagu
kebangsaan ini telah
dilakukan oleh Jawatankuasa
Pemilih Lagu-lagu Kebangsaan
yang dipengerusikan oleh
Tunku Abdul Rahman,
Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu. Empat
buah lagu yang
layak ke peringkat
pemilihan akhir lagu-lagu
Kebangsaan telah diperdengarkan oleh
Pasukan Pancaragam Polis di Dewan Polis Depoh,
Kuala Lumpur. Antara
lagu-lagu tersebut termasuklah
lagu gubahan Tuan
Zubir Said dan
Benjamin Britain. Berikutan
daripada itu, Jawatankuasa
Pemilih telah memutuskan
untuk memilih Lagu
Kebangsaan Negeri Perak
sebagai Lagu Kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu
Merdeka. Pemilihan dibuat
berdasarkan unsur-unsur kemelayuan
yang terdapat pada
lagu Terang Bulan. Keputusan pemilihan
Jawatankuasa pemilih kemudiannya
dikemukakan kepada Majlis
Raja-Raja untuk persetujuan.
Lagu kebangsaan buat pertama kalinya telah diperdengarkan kepada
khayalak ramai pada malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan