Pada
hari ini dalam
tahun 1967, Timbalan
Perdana Malaysia Datuk
Abdul Razak Hussein
telah melancarkan Gerakan
Rakyat Setia di
Dewan Tunku Abdul
Rahman di Kuala
Lumpur. Ketika berucap
pada majlis perlancaran
ini, Datuk Abdul
Razak menyeru rakyat
agar mengamalkan budaya
hidup muhibbah dengan
berlandaskan prinsip tabah
dan jujur serta
menumpukan perasaan kecintaan
terhadap negara. Beliau
juga menegaskan bahawa
dengan cara inilah
Malaysia akan membangun
menjadi sebuah negara
yang maju dan
bersih daripada sebarang
ancaman anasir luar.
Turut serta dalam
majlis pelancaran ini
ialah Ketua Polis
Negara serta wakil-wakil
daripada parti UMNO, MCA
dan MIC. Di akhir
upacara pelancaran ini,
dua buah jawatankuasa
telah dibentuk bagi
menjayakan gerakan tersebut.
Jawatankuasa itu terdiri
daripada Jawatankuasa Kebangsaan
yang telah dipengerusikan oleh
Tan Siew Sin,
Manakala Jawatankuasa Pusat
pula telah dipengerusikan oleh
Encik Mohd Khir
Johari. Sesungguhnya, kesetiaan
rakyat kepada negara
dan pemimpin merupakan
elemen utama yang
membantu ke arah
memajukan serta mengekalkan
kemerdekaan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan