Pada hari
ini dalam tahun
1962, Laporan Suruhanjaya Cobbold telah
dikemukakan kepada British.
Laporan yang mengandungi
175 mukasurat ini
telah diserahkan kepada
Perdana Menteri British ,
Sir Harold Macmillan.
Suruhanjaya Cobbold telah dipengerusikan oleh
Lord Cobbold. Manakala
ahli-ahli yang dilantik
pada 17 Januari
1962 terdiri daripada
5 orang ahli. Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu
telah diwakili oleh Tan
Sri Ghazali Shafie
dan Tan Sri
Wong Pow Nee, manakala
Kerajaan British pula
diwakili oleh Sir
Anthony Abell dan
Sir David Watherson
serta Mr. I.H. Harris sebagai
Setiausaha. Tujuan utama diadakan
suruhanjaya tersebut adalah
untuk meninjau kehendak
dan pandangan rakyat
Sabah dan Sarawak
mengenai pembentukan Malaysia.
Perkara yang lebih
penting, laporan tersebut
turut mengandungi persetujuan
mengenai kemasukan Sabah
dan Sarawak ke
dalam Malaysia. Laporan Suruhanjaya Cobbold telah
membawa kepada rundingan
secara damai di
London. Melalui rundingan
itu, persetujuan di
antara Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj dengan
Sir Harold Macmillan telah dicapai. Berikutan daripada
ini pembentukan Malaysia
dengan rasminya telah
dibentuk dengan pada
16 Septamber 1963.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan