Pada hari
ini dalam tahun
1969, Timbalan Perdana
Menteri, Tun Abdul Razak
Hussein telah merasmikan Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI). Ketika
berucap pada majlis
perasmian tersebut, Tun
Abdul Razak menyatakan
bahawa pembentukan MARDI,
bertujuan untuk menyelaras
penyelidikan berkaitan dengan
sektor ekonomi pertanian
bagi menjamin kemajuan
dalam rancangan pertanian
di Malaysia. MARDI
telah ditubuhkan melalui
Akta MARDI yang
telah dikuatkuasakan pada
17 Februari 1969.
Antara asas utama
penubuhan MARDI ini
ialah untuk menyatukan
tanggungjawab penyelidikan bagi semua
bidang pertanian kecuali
kelapa sawit dan
getah. Disamping itu
juga ia bertujuan
untuk membangunkan penyelidikan
yang lebih kreatif serta mempromosikan teknologi
baru dan yang
lebih baik dalam
bidang pertanian. Selain
itu MARDI juga
menjadi pusat pengumpulan
dan penyebaran maklumat
serta khidmat nasihat
berkaitan dengan kajian
saintifik, teknikal dan
ekonomi secara menyeluruh
dalam bidang pertanian.
Sesungguhnya, bidang pembangunan
pertanian diberi penekanan
oleh kerajaan selepas
kemerdekaan bertujuan untuk
meningkatkan produktiviti serta
memaksimumkan pendapatan sektor
pertanian.[]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan