Pada hari
ini dalam tahun
1957, Rang Undang-Undang
Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957 telah
diluluskan. Rang Undang-Undang
tersebut telah diluluskan
dengan sebulat suara
oleh Majlis Mesyuarat
Undangan Federal yang
telah memberikan taraf
Kemerdekaan kepada
Persekutuan Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957.
Tunku Abdul Rahman
selaku Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu
telah mengemukakan usul
agar rang Undang-Undang
ini diluluskan dengan
mendapat sokongan daripada
Encik Shamsuddin bin
Naim. Dengan lulusnya
Rang Undang-Undang ini
bererti mulai 31 Ogos
1957, Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, Pulau Pinang
dan Melaka akan
menjadi sebuah Persekutuan
yang dinamakan Persekutuan Tanah
Melayu. Berikutan daripada
itu Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu Merdeka
telah mula berkuatkuasa
dan diguna pakai
bermula pada 31
Ogos 1957. Sesungguhnya,
dengan kelulusan Undang-Undang
Perlembagaan Persekutuan ini telah memberi
pengiktirafan kepada sebuah
kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu yang berdaulat
dan merdeka.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan