Pada hari
ini dalam tahun
1826, Perjanjian Low
telah ditandatangani di antara Sultan Abdullah
Muazzam Shah, Sultan
Perak dan Kapten
James Low, pegawai yang dihantar oleh Gabenor Fullerton, Gabenor di
Pulau Pinang ke Perak. Melalui Perjanjian
Low ini, Sultan Perak menyerahkan Pulau Pangkor dan Pulau Sembilan kepada
Kompeni Inggeris agar Kompeni Inggeris dapat menghapuskan lanun di situ.
Perjanjian ini merupakan lanjutan daripada Perjanjian Burney, iaitu perjanjian
yang ditandatangani oleh Kompeni Inggeris dan Kerajaan Siam pada 20 Jun 1826.
Di antara syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Burney adalah Siam dan
Selangor tidak akan menyerang negeri Perak dan Perak bebas diperintahkan oleh
Sultannya sendiri. Bagi menjelaskan syarat-syarat Perjanjian ini, Gabenor
Fullerton telah menghantar Kapten James Low ke Perak. Kapten James Low telah mengaku kepada Sultan
Perak bahawa Inggeris akan membantu Perak sekiranya Perak diserang oleh Siam.
Kesan daripada Perjanjian Low ini, Raja Siam dan Ligor tidak lagi berani
mengganggu Perak sehingga Perak berada di bawah naungan Inggeris melalui
Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan