Pada hari
ini dalam tahun
1968, Hari Pahlawan
telah disambut di seluruh
negara. Upacara yang
julung-julung kalinya diadakan
ini telah berlangsung
di Tugu Negara,
Kuala Lumpur. Antara
yang turut hadir
pada upacara penuh
bersejarah ini ialah
YB Tan Sri Sardon
Jubir, Menteri Pengangkutan,
para diplomat asing,
orang-orang kenamaan dan
para pegawai Angkatan
Tentera dan Polis.
Hari Pahlawan diadakan
bagi memperingati jasa-jasa
para perajurit yang
telah gugur dalam
mempertahankan keamanan dan
kemerdekaan negara dalam
Perang Dunia Pertama,
Kedua dan Darurat.
Upacara sambutan telah
juga diadakan di
negeri-negeri lain di seluruh
negara termasuklah Johor,
Perlis, Pulau Pinang,
Melaka, Sabah dan
Sarawak. Upacara sambutan
yang turut melibatkan
perbarisan khas yang
terdiri daripada sepasukan
pegawai-pegawai Angkatan Tentera.
Berikutan daripada sambutan
yang pertama kali
diadakan ini, Sambutan
Hari Pahlawan telah
dijadikan acara tahunan
setiap tahun. Disamping
sambutan di Tugu
Negara, kerajaan juga
telah melancarkan kutipan
derma Rayuan Hari
Pahlawan bagi membantu
para perajurit di
seluruh tanah air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan