Rancangan Buku Hijau peringkat
kebangsaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada 20
Disember 1974. Rancangan yang tercatit dalam Buku Hijau ini adalah menumpukan
perhatian kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya dengan tanaman jangka pendek,
pekebunan cara berkelompok, rancangan ternakan, rancangan pelihara ikan air
tawar, pemasaran yang baik dan projek-projek kecil yang lain. Matlamat
rancangan ini ialah untuk menambahkan pengeluaran bahan-bahan makanan supaya
cukup untuk keperluan Negara serta dapat menambahkan pendapatan rakyat, wakil
rakyat, pegawai kerajaan supaya lebih cergas untuk melibatkan diri dalam
usaha-usaha pembangunan.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan