Pada hari
ini dalam tahun
1955, Tunku Abdul
Rahman Putra, Ketua
Parti Perikatan telah
membentuk Kabinet Pertama
Persekutuan Tanah Melayu.
Pembentukan Kabinet itu
berikutan kemenangan besar
Perikatan dalam Pilihan raya
Persekutuan Tanah Melayu
yang telah berlangsung
pada 27 Julai
1955, dengan memenangi
51 daripada 52
kerusi yang dipertandingkan. Pembentukan
barisan Kabinet pertama
ini terdiri daripada 10 orang Menteri,
2 orang Timbalan
Menteri dan 3 orang
Penolong Menteri. Anggota
Jemaah Kabinet yang
dilantik terdiri daripada
pemimpin-pemimpin parti yang
menaungi dibawah Parti
Perikatan iaitu UMNO,
MCA dan MIC.
Pengumuman rasmi pembentukan
anggota Kabinet pertama
ini telah dilakukan
oleh Pesuruhjaya Tinggi
British, Sir Donald
Mac Gillivary pada
4 Ogos 1955
di King’s House
setelah diperkenakan oleh
Raja-Raja Melayu sebagaimana
yang diperuntukan di dalam
Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu. Upacara mengangkat
sumpah telah diadakan
pada 9 Ogos
1955 dengan disaksikan
oleh Ketua Hakim
Mr. Prethaser. Sesungguhnya
dengan pembentukan Kabinet
Pertama Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun
1955, telah merintis
kepada kemerdekaan negara
pada 31 Ogos
1957.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan