Perjuangan menegakkan
penggunaan Bahasa Kebangsaan, mula memuncak sekitar tahun 1960-an, perjuangan
diasaskan dan diketuai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pelbagai program dan
aktiviti dijalankan bagi menggalakan dan memperluaskan penggunaan Bahasa
Kebangsaan di kalangan masyarakat pelbagai keturunan di negara yang merdeka
ini. Pada hari ini 21 Julai 1961, bertempat di Stadium Merdeka telah diadakan
upacara melafaz ikrar Bahasa Kebangsaan. Upacara tersebut yang berlangsung pada
pukul 5.15 petang telah dihadiri oleh 20,000 orang. Berucap di Majlis tersebut
Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman menegaskan pihak kerajaan dengan
tegasnya akan menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan sepenuhnya apabila tiba masa
yang dijanjikan. Selain daripada itu beliau menegaskan adalah menjadi
tanggungjawab dan kewajiban tiap-tiap seorang daripada warganegara persekutuan
untuk menggunakan Bahasa Melayu pada setiap masa supaya dapat kita meningkatkan
bahasa ini kepada satu tempat yang tinggi dan mulia. Serentak itu, Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Pusat Bulan Bahasa, Tuan Syed Nasir dalam ucapannya dengan
penggunaan Bahasa Kebangsaan yang meluas kita dapat merdekakan diri daripada
perasaan berpecah belah, sikap tidak endah, sikap mementingkan diri serta sikap
rendah diri kerana pengaruh bahasa penjajah. Jelas kepada kita, usaha-usaha
yang dijalankan sejak daripada awal Kemerdekaan negara, telah membuka ruang
yang luas kepada Bahasa Kebangsaan berkembang di kalangan penduduk negara ini.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan