Menabung memainkan peranan yang
penting dalam menjamin masa depan kita. Di antara kegiatan menambung di negara
ini ialah melalui koperasi. Pelbagai koperasi telah ditubuhkan di negara ini
terutama yang ada kaitan dengan kumpulan tertentu seperti pegawai kerajaan,
para petani, penternak serta nelayan. Usaha-usaha penambungan ini selain
daripada menjamin masa depan individu juga akan dapat memperluaskan kegiatan
penyimpanan dan pelaburan yang selamat dan menguntungkan. Di antara
aktiviti-aktiviti koperasi yang dijalankan di negara ini seperti sambutan Hari
Koperasi Antarabangsa, terutama tentang menyedarkan masyarakat peranan yang
boleh dimainkan oleh mereka melalui koperasi. Atas matlamat yang dimaksudkan di
atas pada hari ini 17 Julai 1976, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti
Malaya telah diadakan perasmian hari Koperasi Antarabangsa yang ke-54 oleh
Perdana Menteri, Malaysia Datuk Hussein Onn. Gerakan Koperasi di negara ini
bermula sejak tahun 1922 lagi. Namun begitu tidak ramai lagi rakyat yang
menyertai koperasi. Daripada 11 juta penduduk, hanya sejuta sahaja yang
terlibat iaitu kurang daripada 10 peratus daripada jumlah penduduk berbanding
dengan negara-negara maju ahli koperasi di antara 25 hingga 40 peratus daripada
jumlah penduduk. Berucap semasa perasmian kerajaan mengakui koperasi dapat
memainkan peranan yang penting bagi membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru.
Sesungguhnya dengan adanya sambutan Hari Koperasi Antarabangsa ini, yang
disambut oleh lebih daripada 326 juta orang ahli, dengan 66 buah negara yang
bergabung di dalam Ikatan Koperasi Antarabangsa akan dapat menyemarakkan lagi
semangat ahli-ahli koperasi menjayakan koperasi yang mereka libatkan diri.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan