Pada hari
ini dalam tahun 1960, satu pengisytiharan untuk memerangi pengganas
komunis di sempadan Tanah Melayu-Siam
telah ditandatangani. Upacara
yang berlangsung di
Kuala Lumpur ini
telah dilakukan oleh
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Persekutuan
Tanah Melayu, Datuk Abdul Razak
bin Hussein. Pengisytiharan ini telah
berkuatkuasa mulai 1 Ogos 1960 dan ianya
turut terkandung di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960
yang mengandungi butir-butir
lengkap berkaitan penetapan daerah keselamatan di sempadan Tanah Melayu-Siam.
Kawasan yang ditetapkan meliputi
bahagian timur Perlis
dan Kedah, bahagian
Utara Perak serta
bahagian utara dan barat
negeri Kelantan. Antara
Peraturan keselamatan Dalam
Negeri yang telah
ditetapkan dalam pengisytiharan tersebut
ialah peraturan umum yang meliputi
pembinaan pagar berduri
dan kuatkuasa mengawasi
pembersihan belukar dalam kawasan
keselamatan sempadan serta
sekatan dan larangan
ke atas barang-barang
makanan dan bekalan.
Sesungguhnya, pengisytiharan yang
dibuat ini merupakan
antara langkah awal
yang telah diambil
oleh Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu dan Siam
untuk mewujudkan keamanan
dan keselamatan di sempadan secara
bersama demi mengekalkan
kemerdekaan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan