Kemudahan prasarana yang
disediakan terutama jalanraya bukan sahaja berkaitan dengan kemudahan asas
tetapi juga sebahagian usaha menghapus kegiatan pengganas Komunis dari
1948-1960. Antara pembinaan jalan yang disediakan membawa maksud di atas ialah
pembinaan Jalan Rompin-Gemas, Negeri Sembilan. Pada hari ini 20 Julai 1956,
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman telah
mengisytiharkan pembukaan Jalan Rompin-Gemas di Negeri Sembilan. Turut hadir di
upacara tersebut ialah Menteri Kerja Raya, Pos, Telekom, Encik Sardon Haji
Jubir. Jalan baru Rompin-Gemas telah menghubungkan secara terus Gemas dan
Rompin yang jarak sejauh 14.8 kilometer. Jalan ini telah dibina dengan belanja
lebih daripada RM1 juta. Ianya disiapkan dalam masa 17 bulan dengan kerjasama
pihak awam dan tentera. Dengan adanya jalan ini, akan dapat memberi kemudahan
pergerakan kepada pasukan keselamatan membersihkan beberapa kawasan di Negeri
Sembilan daripada kegiatan pengganas Komunis. Pembinaan jalan ini sekaligus
merupakan serampang dua mata kerajaan berkaitan dengan kemudahan asas kepada
rakyat serta menyediakan jalan untuk pergerakan pasukan angkatan tentera untuk
menghapus kegiatan pengganas komunis dengan lebih pantas lagi.
SUMBER- http://www2.arkib.gov.my/hids
Tiada ulasan:
Catat Ulasan