Proses Urbanisasi pesat
berkembang membawa peralihan masyarakat petani kepada masyarakat perindustrian,
serentak dengan itu bandar-bandar di negara ini telah berkembang melebihi had
keupayaan pentadbiran tempatan untuk menyediakan infrastruktur, pekerjaan,
perumahan, perkhidmatan serta kemudahan lain, seperti kesesakan lalulintas,
pencemaran alam sekitar. Keadaan-keadaan ini menyebabkan tugas-tugas
penguasa-penguasa tempatan bertambah besar dan rumit. Petikan di atas,
dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak semasa merasmikan Seminar
Kebangsaan Kerajaan Tempatan bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur
pada 30 Jun 1975. Seminar Kebangsaan Kerajaan Tempatan yang pertama kali
diadakan akan membincangkan berkaitan dengan isu-isu urbanisasi nasional,
strategi penggunaan tanah dan perancangan fizikal, taburan penduduk dan
pelbagai masalah yang timbul daripada perkembangan dan pembangunan bandar. Bagi
menambah keberkesanan pihak berkuasa kerajaan tempatan suatu Akta Kerajaan
Tempatan 1973 telah dikuatkuasakan. Diharap dengan adanya persidangan pihak
berkuasa kerajaan tempatan akan dapat menjalankan tanggungjawab yang lebih
berkesan dalam pembangunan di peringkat Mikro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan