Pada hari
ini dalam tahun
1962, Menteri Pelajaran,
Encik Abdul Rahman
Talib telah mengumumkan
peperiksaan Federation Of
Malay Certificate of
Education atau F.M.C
yang akan dijalankan
dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini peperiksaan
tersebut dijalankan dalam
Bahasa Inggeris. Peperiksaan tersebut
dikenali dengan nama
Sijil Pelajaran Persekutuan
Tanah Melayu yang
dimulakan pada akhir
tahun tersebut. Perubahan yang
dilaksanakan ini adalah merupakan
antara langkah yang
diambil kerajaan dalam
menjadikan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pelajaran
di Malaysia. Selain itu,
Kementerian Pelajaran juga
mengambil langkah mewujudkan
kelas-kelas pra Universiti aliran Melayu.
Ia bertujuan untuk
mengadakan jambatan antara
sekolah-sekolah menengah aliran Melayu dengan
Universiti Malaya dengan
harapan Universiti Malaya
akan menerima pelajar
aliran Inggeris dan
Melayu. Usaha-usaha yang
dipergiatkan ini telah
menampakkan hasilnya.
Sesungguhnya perlaksanaan
ini merupakan antara
usaha kerajaan untuk
memartbatkan Bahasa Melayu
sejak nagara mencapai
kemerdekaannya pada tahun 1957 lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan