Jabatan Perkhidmatan Pos
Malaysia, merupakan salah satu Jabatan yang memainkan peranan yang utama,
menyediakan kemudahan kepada rakyat, konsep pembayaran bil setempat yang
dimainkan oleh jabatan ini telah diterima umum pada masa kini. Pada hari ini 18
Jun 1982, Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, Datuk Clarence Mansul
mengumumkan kajian sedang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos untuk
menyediakan kemudahan kutipan wang dan bayaran serta memperbaharui lesen. Datuk
Clarence Mansul juga memaklumkan setakat ini, Jabatan Perkhidmatan Pos telah
menjadi agen kepada 23 buah agensi kerajaan, ini termasuklah Lembaga Urusan dan
Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Nasional dan Lembaga
Padi dan Beras Negara. Beliau menambah,
usaha-usaha yang dijalankan ini, bertujuan memberi kemudahan kepada rakyat
membuat bayaran di satu tempat, ataupun lebih dikenali dengan perkhidmatan
Bayaran Bil Setempat. Namun begitu implikasi juga harus dikaji dari segi
kemampuan tenaga pekerja, kemudahan peralatan demi mempastikan tidak berlaku
masalah kepada semua pihak terutamanya kepada pengguna. Peranan yang dijalankan
oleh Jabatan Perkhidmatan Pos ini menggambarkan kerajaan pada setiap masa sedar
akan rungutan orang ramai terutama berkaitan dengan kesulitan mereka untuk
pergi ke pejabat-pejabat tertentu untuk menjelaskan bayaran seperti bil air,
api ataupun lesen memandu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan