Pada hari
ini dalam tahun 1894,
Mat Kilau Pahlawan
Melayu Pahang yang tersohor
yang juga anak
kepada pahlawan Tok
Gajah, telah menyerang
pasukan tentera Inggeris
di Kuala Tembeling.
Serangan yang mendapat
sokongan senjata dan
tenaga daripada Terengganu
dan Kelantan ini dilancarkan oleh
Mat Kilau sebagai
balasan kepada keengganannya
untuk menyerah diri
kepada pihak Inggeris.
Pada bulan Oktober
1892, Pentadbiran Inggeris di
Pahang telah membuat
pengumuman pengampunan beramai-ramai
kepada pahlawan-pahlawan
Melayu Pahang yang
menentang Pentadbiran
Inggeris. Serangan di Kuala
Tembeling ini merupakan
antara beberapa siri
penentangan yang dilancarkan oleh
Mat Kilau untuk
menghapuskan penjajahan Inggeris.
Mat Kilau dan pasukannya
telah memperolehi kejayaan
dalam serangan di
Kuala Tembeling ini. Sesungguhnya, semangat
perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu
tulin ini telah membuahkan hasil
dengan kejayaan penduduk Tanah Melayu
membebaskan diri daripada belenggu
penjajahan dengan mencapai
kemerdekaan pada 31
Ogos 1957.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan