Pada hari
ini dalam tahun
1915, Tok Janggut
telah memimpin pengikut-pengikutnya menyerang
kubu Inggeris di Pasir
Puteh, Kelantan. Tok
Janggut atau nama
sebenarnya Haji Mat
Hasan bin Munas, merupakan anak
kepada Pesuruhjaya Raja
Kelantan di Kota Jeram.
Penentangan Tok Janggut telah bermula apabila beliau telah memimpin gerakan
penduduk jajahan Pasir Putih membantah undang-undang yang diwartakan yang
memaksa rakyat supaya membayar cukai-cukai yang tidak munasabah. Berikutan itu Sultan Muhamad IV telah mengeluarkan perintah agar Tok
Janggut dan pengikutnya menyerah diri tetapi arahan tersebut ditolak oleh Tok
Janggut. Dengan persetujuan daripada penasihat British di Kelantan, bantuan askar-askar
Inggeris daripada Singapura telah diminta untuk menangkap Tok Janggut dan
pengikutnya tetapi menemui kegagalan. Namun tindakan pihak Inggeris
membakar kampung dan
kota di Jeram,
akibat daripada kegagalan
selepas usaha pihak
Inggeris untuk menangkapnya
gagal dilaksanakan telah
menyebabkan beliau bangkit untuk
melancarkan gerakan menyerang
kubu Inggeris di Pasir Puteh sebagai
balasan ke atas tindakan
askar- askar Inggeris ini.
Pertempuran yang sengit itu telah menyebabkan ramai yang terkorban
termasuk Tok Janggut sendiri. Sesungguhnya semangat perjuangannya beliau untuk
membebaskan tanahair tetap terus membara di kalangan anak watan hingga membawa
kepada kemedekaan negara pada tahun 1957.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan