Pada hari
ini dalam tahun
1895, tentera Inggeris
yang diketuai oleh
Sir Hugh Clifford telah mengaku
kalah dan menghentikan
gerakan menangkap Datuk
Bahaman dan pejuang-pejuang Pahang
yang lain. Gerakan
tersebut telah dilakukan selama
3 bulan, bermula dari
negeri Pahang ke
Terengganu sehinggalah ke
Kelantan. Sebanyak RM
7,393.83 telah digunakan
oleh pihak Inggeris untuk
membiayai gerakan ini.
Kegagalan Clifford dan
tentera Inggeris jelas
menunjukkan kepahlawanan Datuk
Bahaman dan orang-orangnya. Datuk
Bahaman telah dilucutkan
gelaran Orang Kaya Setia
Perkasa Pahlawan Semantan
pada 18 Oktober
1891, dalam Mesyuarat
Negeri yang keempat
oleh Sultan Ahmad
yang telah membawa
kepada permulaan penentangan
terbuka terhadap sistem
pemerintahan penjajah. Antara faktor
yang menggagalkan rancangan
Inggeris itu ialah
kekuatan fizikal dan
ilmu kebatinan mereka
disamping kerjasama yang
diberikan oleh penduduk
tempatan kepada mereka.
Sesungguhnya, semangat perjuangan
pejuang-pejuang Melayu ini
dalam mempertahankan kedaulatan
tanahair terus utuh
hingga membawa kepada
kemerdekaan negara pada
31 Ogos 1957.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan