Pada hari ini dalam
tahun 1969, Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan.
Penubuhan majlis ini
bertujuan untuk menangani permasalahan
yang timbul ekoran tercetusnya
Tragedi 13 Mei
1969. Tun Abdul
Razak telah dilantik sebagai Pengarah
MAGERAN dengan ahli-ahlinya
terdiri daripada Tun
Dr. Ismail, Tan Sri
Ghazali Shafie, Tunku
Osman Mohd Jewa,
Tan Sri Mohamad
Salleh, Leftenan Dato’ Ibrahim
Ismail, Presiden MCA
dan Presiden MIC.
Pada dasarnya fungsi MAGERAN
ialah untuk mengawal
ketenteraman, mempastikan kelicinan
pentadbiran negara dan
mengawal keadaan harmoni
serta saling mempercayai
di kalangan rakyat pelbagai kaum.
Dua permasalahan utama
yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN
ialah masalah perpaduan
kaum dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
Berikutan daripada itu,
Majlis Perundingan Negara
dan Jabatan Perpaduan Negara
telah ditubuhkan pada
tahun 1970. Beberapa
dasar penting telah
diwujudkan antaranya Akta
Hasutan, Rukun Negara
dan Dasar Ekonomi
Baru yang telah
dirangka dan dilancarkan
pada Januari 1971
untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum serta menyusun
semula masyarakat. Sesungguhnya
MAGERAN telah menyumbang
besar dalam memulihkan
perpaduan dikalangan rakyat
sehingga kemerdekaan negara
dapat dipertahankan hingga kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan