Pada hari
ini dalam tahun 1974,
Perdana Menteri Tun
Razak mewakili kerajaan
Malaysia telah menandatangani perjanjian
hubungan diplomatik di antara
kerajaan Malaysia dan
Republik Rakyat China
yang diwakili oleh Perdana
Menterinya , Chou En Lai.
Upacara yang penuh
bersejarah bagi kedua-dua
buah negara itu telah
dimeterai di Peking. Perdana
Menteri Republik Rakyat
China, dalam ucapannya
pada majlis itu
mengalu-alukan pengukuhan hubungan yang
telah terjalin sejak lebih dua ribu
tahun lamanya. Tun Abdul
Razak, telah merintis semula usaha ke
arah terjalinnya kembali hubungan secara
rasmi ini, dalam
ucapannya beliau telah
melahirkan harapan agar
segala rintangan fizikal
yang wujud selama
ini diantara kedua-dua buah
negara dapat dihapuskan
dan tali perhubungan
dapat diteruskan. Berikutan
daripada perubahan dasar luar Malaysia ini, adalah selaras dengan dasar
negara-negara lain di Asia Tenggara iaitu
membebaskan rantau ini
daripada ancaman perang yang
berpanjangan. Sesungguhnya
sepanjang 50 tahun kemerdekaan
negara Malaysia sentiasa berusaha
untuk terus menjalinkan jalinan persaudaraan dan muhibbah dengan pemimpin dari negara-negara
serantau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan