Pada hari ini 17.5.1992,
Malaysia berjaya menggondol Piala Thomas selepas menunggu selama 25 tahun dan
kali terakhir Malaysia memenangi piala itu pada 1967 di Jakarta. Dalam
perlawanan akhir di Stadium Negara, Malaysia telah berjaya menewaskan Indonesia
3 - 2. Antara pemain-pemain Badminton Malaysia terdiri daripada Razif Sidek,
Jalani Sidek, Rashid Sidek dan Foo Kok Keong. Piala Thomas itu telah
disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah.
Sebagai penghargaan, Menteri Belia dan sukan, Senator Haji Annuar Musa
mengumumkan para pemain dijanjikan dengan hadiah istimewa termasuk ganjaran
berbentuk wang dari Majlis Sukan Negara dan sumbangan beberapa syarikat swasta
yang lain. Sehubungan itu, satu jamuan negara secara besar-besaran diadakan
disamping perarakan membawa Piala Thomas itu di setiap negeri. Sesungguhnya,
kemenangan Malaysia pada hari ini dalam tahun 1992, adalah satu kemenangan
kepada seluruh rakyat Malaysia dan ia berjaya membuktikan bahawa cita-cita
untuk melahirkan satu bangsa Malaysia yang benar-benar bersatu bukanlah perkara
yang mustahil, apa yang penting ialah azam, keyakinan dan usaha gigih dalam
mengejar sesuatu kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan