Pada hari
ini dalam tahun
1950, bendera persekutuan
buat pertama kalinya
telah dikibarkan di
Istana Sultan Selangor
di Kuala Lumpur.
Bendera ini telah
dijadikan bendera rasmi Persekutuan
Tanah Melayu apabila
negara mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957,
dan dikibarkan pada
hari yang penuh
bersejarah itu. Bendera
berukuran 6’ x 3’ ini
adalah hasil rekaan
Allahyarham Mohamed bin
Hamzah, seorang kakitangan
Jabatan Kerja Raya
di Johor dalam
satu pertandingan yang
diadakan pada tahun
1949. Berdasarkan petikan daripada fail
Jabatan Perdana Menteri
bertajuk ‘Federation of
Malaya Flags’ ada menjelaskan
tentang pengertian simbol-simbol
pada bendera tersebut.
Surat bertarikh 7 Jun 1950
itu, menjelaskan bahawa
11 jalur berwarna
merah dan putih
dan bintang pecah
11 adalah lambang
perpaduan dan kerjasama
11 buah negeri
dalam Persekutuan Tanah
Melayu. Lambang bulan dan
bintang berwarna kuning
menandakan agama Islam
sebagai agama rasmi. Warna
merah, putih dan biru
melambangkan gabungan dan
kerjasama Persekutuan Tanah
Melayu dalam Pertubuhan
Negara-negara Komanwel. Hari
ini, setelah 50 tahun negara
mencapai kemerdekaan bendera
ini masih lagi berkibar
megah di angkasaraya.
Malah pada 31
Ogos 1997, bendera
Malaysia ini menempa
satu lagi sejarah
apabila ia diberikan
nama khas iaitu
Jalur Gemilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan