Pada hari ini dalam tahun 1961, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), mengadakan satu seminar di peringkat pihak Pengurusan untuk kali pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Berucap semasa merasmikan seminar tersebut, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein berharap seminar bukan sahaja memberi kebaikan kepada pengurus-pengurus tetapi juga kepada proses-proses perancangan pihak FELDA khususnya kepada masyarakat di luar kawasan dengan tumpuan kepada memperbaiki pendapatan penduduk yang menjadi peneroka di bawah rancangan FELDA. Berucap semasa perasmian tersebut Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein juga berharap pihak pengurusan akan dapat berkomunikasi dengan pihak peneroka supaya segala perancangan dapat dijalankan dengan licin dan teratur. Pembangunan tanah di luar bandar telah mendapat kejayaan yang gemilang hari ini, tentunya kejayaan ini hasil kerjasama yang erat di antara pihak pengurusan dan peneroka yang dapat memahami hasrat Kerajaan memajukan golongan peneroka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan