Pada hari ini 1.3 dalam tahun
1946, atas usaha Persatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn Jaafar, satu
persidangan Persatuan-persatuan Melayu telah diadakan pada 1-4 Mac 1946 di
Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Persidangan bersejarah
tersebut yang dinamakaan sebagai Kongres Melayu Se-Malaya telah dihadiri oleh
107 orang perwakilan dan 56 orang pemerhati rasmi dari 41 pertubuhan Melayu di
seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Beribu-ribu orang juga turut
membanjiri padang Kelab tersebut bagi mengikuti perbincangan yang akan
menetukan nasib orang Melayu tersebut. Kongres ini telah dirasmikan oleh DYMM
Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah dan dipengerusikan oleh Dato’ Onn
Jaafar. Tujuan utama Kongres ini diadakan adalah untuk menyatupadukan orang
Melayu bagi menentang Malayan Union yang akan ditubuhkan pada 1 April 1946.
Sesungguhnya, Kongres ini telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dan
kemerdekaan di kalangan masyarakat kerana melalui Kongres ini, orang Melayu
telah dapat disatukan melalui suatu pertubuhan yang dinamakan sebagai
‘Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu’ atau ‘United Malays National
Organisation’ (UMNO) dan seterusnya dapat menggagalkan penubuhan Malayan
Malayan oleh British.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan