| | 29 Oktober 2020
Khamis, 29 Oktober 2020
UMK temui telaga ada kaitan dengan Hang Tuah
Jumaat, 23 Oktober 2020
Luqman lakar sejarah di Belgium
Oktober 24, 2020 @ 6:47am
Luqman Hakim dimasukkan pada minit ke-73 perlawanan antara KV Kortrijk dan RSC Anderlecht. - Foto ihsan Facebook KV Kortrijk
KUALA LUMPUR: Luqman Hakim Shamsudin melakar sejarah sebagai pemain Malaysia pertama beraksi di liga utama Eropah apabila dimasukkan pada minit ke-73 perlawanan antara KV Kortrijk dan RSC Anderlecht awal pagi tadi.
Walaupun pasukannya, KV Kortrijk tewas 3-1 pada perlawanan itu, penampilan Luqman dalam liga utama Belgium itu sudah cukup membanggakan.
Malah kemasukannya pada minit ke-73 selepas ketinggalan 3-0 membawa kepada gol tunggal KV Kortrijk yang dijaringkan Llombe Mboyo menerusi sepakan penalti pada minit ke-87.
Penyerang 18 tahun negara itu diikat lima tahun oleh kelab Belgium milik usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan pada Ogos lalu.
Dia diberi kepercayaan untuk menyarung jersi skuad senior dalam perlawanan di liga divisyen satu Belgium itu semalam selepas menyerlah bersama skuad muda KV Kortrijk. SUKAN BH ONLINE
Isnin, 19 Oktober 2020
1972-PIALA MALAYSIA 1972
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SIRI SEJARAH PIALA MALAYSIA
Ketika perlawanan akhir Piala Malaysia pada 9 April 1972, saya baru Darjah 2. Tetapi dah baca kisah Piala Malaysia dalam Utusan Malaysia yang abang noh kirim supaya beli semasa balik dari sekolah. Pada tyahun 1972 Mokhtar Dahari muncul buat kali pertama mewakili Selangor dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia. Mokhtar yang bermain sebagai sayap kiri Selangor berjaya menjaringkan gol pertama Selangor pada minit ke-29.
FAKTA PERLAWANAN AKHIR
Selangor 3-0 Perak
m-29 Mokhtar Dahari
m-57 Mohd Shah Norbit
m-78 Rahim Abdullah
PEMAIN SELANGOR
LEE FUNG KEE, BAHWANDI HAIRALAL, M.CHANDRAN, SOH CHIN AUN, SANTOKH SINGH, CHOW KWAI LAM, RAHIM ABDULLAH, YAP ENG KOK, MOKHTAR DAHARI, MOHSEIN ALIAS, MOHD SHAH NORBIT.
PEMAIN PERAK
WONG HEE KOK, TAN KOK LEONG, CHOW TUCK CHUAN, KHOO LUAN KHEN, V. KRISNASAMY, R. GURURATNAM, ONG TEE KIAT, (R. VISVANATHAN), RADA GOPAL, SYED AHMAD, CHAN SZE ONN.
Jumaat, 16 Oktober 2020
1973- P.RAMLEE MENINGGAL DUNIA
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Ketika Juru hebah Radio mengumumkan P.Ramlee meninggal dunia saya baru Darjah 3. Ketika itu saya bermain kertok di rumah Tok Wan Deraman di Kampung Gong Chapa. Sedih juga kerana sejak Darjah 1 hingga sekarang yang meminati filem-filem P.Ramlee terutama Pendekar Bujang Lapok dan Anak Bapak. Sehingga tahun 2020 un saya masih menonton Filem Tiga Abdul, Masam-Masam Manis, Bujang Lappok dan banyak lagi.P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa hampir tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P Ramlee pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P. Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran "doktor". Beliau juga diberi penghormatan oleh Pemerintah Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang (Posthumous) (DA (P)) pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.
Rabu, 14 Oktober 2020
Asal Usul Kuala Kubu Bharu, Selangor
By Freddie Aziz Jasbindar -2 April 2019
ShareFacebookTwitterTelegram
Sejak awal abad ke 18 lagi Kuala Kubu asalnya dikenali dengan nama Hulu Selangor dan telah menjadi satu kawasan yang amat penting untuk aktiviti perlombongan bijih timah.
Orang-orang melayu tempatan disana mula memikirkan satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan bijih timah lantas mereka telah memutuskan untuk membina sebuah empangan untuk merentasi Sungai Kubu pada sekitar tahun 1780.
Bayangkan pada waktu itu tanpa bantuan teknologi moden seperti hari ini, orang-orang melayu dengan bantuan orang asli berjaya membina empangan kukuh yang sepanjang 1.6 kilometer dan mempunyai lebar 90 meter dengan hanya menggunakan kayu dan tanah.
Apabila empangan mula penuh, air yang melimpah telah disalurkan untuk menjadi air terjun yang deras arusnya. Maka tanah-tanah yang mengandungi bijih akan tercampak ke dalam arus deras ini.
Konsepnya adalah lumpur dan tanah akan hanyut dibawa arus deras manakala ketul-ketul bijih timah yang berat akan mendap ke dasar sungai untuk digali kemudian hari.
Perang saudara di Selangor juga turut menyaksikan kawasan Kuala Kubu menjadi kawasan pertahanan dan kubu kuat buat Sayyid Masyhor yang merupakan sekutu kepada Raja Mahadi.
Sayyid Masyhor dikatakan telah berjaya mengumpulkan seramai 2,500 orang angkatan perang dan pasukan Tengku Kudin telah cuba menyerang kubu-kubu Sayyid Masyhor tetapi gagal.
Ada teori yang menyatakan bahawa dari kubu-kubu yang dibina oleh Sayyid Masyhor inilah Kuala Kubu mendapat namanya. Sayyid Masyhor hanya dapat dikalahkan oleh pasukan perang dari Pahang yang diminta oleh Tengku Kudin untuk menyerang Kuala Kubu.
Akhirnya Sayyid Masyhor berundur dan mendapat perlindungan di Istana Perak. Maka selepas kekalahan Sayyid masyhor yang berlaku sekitar awal dalam tahun 1870, Kuala Kubu atau Hulu Selangor telah menjadi jajahan bawah pentadbiran Pahang.
Tengku Kudin telah menyerahkan daerah ini kepada Bendahara Wan Ahmad sebagai balasan pertolongan pasukan perang Pahang dan untuk membayar perbelanjaan perang yang telah dikeluarkan dahulu oleh Pahang.
Beberapa tahun selepas Inggeris menjadi penjajah selangor, Kuala Kubu mendapat perhatian mereka kerana kekayaan hasilnya. Sebab itulah mereka menghantar Cecil Ranking sebagai pemungut hasil dan majistret daerah Hulu Selangor.
Cecil Ranking melihat bahawa terdapat potensi besar yang ada di Kuala Kubu dan tanpa berlengah lagi, beliau telah mengesyorkan pihak Inggeris supaya membina bandar baru yang lebih tersusun di Kuala Kubu untuk memaksimakan potensi ekonominya.
Sebelum sempat melihat Kuala Kubu jadi bandar, empangan yang sudah berusia lebih 100 tahun itu pecah melimpah dan Cecil Ranking telah mati lemas dalam bencana banjir besar yang melanda.
Tragedi ampang pecah itu tidak melemahan semangat Inggeris untuk membangunkan bandar Kuala Kubu. Mereka telah menjadikan Kuala Kubu sebagai pusat pentadbiran Hulu Selangor lengkap dengan pejabat daerah, hospital dan rumah-rumah pegawai.
Kuala Kubu pernah menjadi pintu masuk utama untuk ke negeri Pahang apabila jalan bridle path ke Raub telah siap diperbaiki. Sewaktu terjadinya pemberontakan pahang, Kuala Kubu menjadi pintu utama untk menghantar bekalan kepada pasukan Inggeris bagi menundukkan pemberontak.
Dalam tahun 1896, satu kawasan peranginan untuk pegawai-pegawai serta saudagar telah dibina di atas Bukit Kutu berhampiran dengan bandar Kuala Kubu.
Aktiviti perlombongan bijih timah yang sangat giat dijalankan di Hulu Sungai Selangor akhirnya telah membawa padah yang besar bagi bandar Kuala Kubu.
Kesan sampingan yang terpaksa dihadapi adalah hakisan tanah yang teruk telah berlaku dan telah mengakibatkan pasir dan lumpur telah turun hanyut meliputi bandar Kuala Kubu setiap kali banjir besar berlaku.
Dalam tahun 1900 sehingga 1931, telah berlaku siri banjir-banjir besar yang bukan sahaja mengakibat kerugian harta benda, tapi menimbuskan sebahagian bandar Kuala Kubu dengar timbunan lumpur dan pasir.
Oleh yang demikian, Kuala Kubu tidak lagi selamat untuk diduduki bagi aktiviti ekonomi dan dalamtahun 1921, Pihak Berkuasa Tempatan kerajaan Inggeris telah mengistiharkan bahawa mereka tidak lagi dapat menjamin keselamatan penduduk Kuala Kubu lalu menggesa mereka berpindah ke tempat yang lebih selamat.
Masalah banjir ini menjadi begitu kronik sehingga pada tahun 1921 dan pusat pentadbiran Kuala Kubu dipindahkan ke Rasa. Dalam pada masa yang sama, pihak Inggeris telah merancang kawasan baru yang lebih tinggi dan selamat dari banjir bagi membangunkan bandar Kuala Kubu yang baru.
Mereka telah menggunakan khidmat seorang arkitek yang berasal dari New Zealand bernama Charles Compton Reade, untuk mereka pelan bandar yang baru. Banjir besar yang berlaku pada tahun 1926 telah mempercepatkan lagi proses bagi membina bandar baru ini.
Akhirnya bandar ini pada asasnya telah siap dibina dalam tahun 1930 di mana pusat pentadbiran dipindahkan semula dari Rasa ke Kuala Kubu yang baru. Namun masih ada lagi penduduk tempatan di Kuala Kubu yang masih enggan berpindah ke Kuala Kubu Bharu ini kerana mata pencarian dan perniagaan mereka terletak di kawasan lama ini.
Dalam tahun 1931, berlaku satu lagi peristiwa banjir besar di mana akibatnya Kuala Kubu lama terus ditinggalkan oleh penduduknya ditelan pasir dan bumi.
Maka segala sejarahnya yang gilang gemilang sebagai bandar kolonial Inggeris yang makmur di Selangor telah terkubur di dalam tanah sehinggalah pada awal 1980 yang mana berlakunya penempatan dan pembangunan semula kawasan Kuala Kubu Lama dan Ampang Pecah ini.SUMBER-https://www.sejarah.my/asal-usul-kuala-kubu-bharu-selangor/
Sabtu, 10 Oktober 2020
FOTO Gajah purba Gopeng
MyMetroUtama
Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Sekumpulan saintis Universiti Malaya (UM) menemui fosil gajah purba Stegodon pertama di dalam negara dengan anggaran kasar usia geologi antara 30,000 hingga 80,000 tahun di dalam sebuah gua batu kapur terletak di Gopeng, Perak.
Fosil itu ditemui hasil penyelidikan diketuai oleh saintis dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Dr Ros Fatihah Muhammad bersama Lim Tze Tshen, ahli paleontologi vertebrat dan zooarkeologi dari Persatuan Paleontologi Malaysia.IHSAN UM
Tambahnya, proses pengimejan dilakukan dua pakar gigi dari Fakulti Pergigian UM iaitu Prof Madya Dr Norliza Ibrahim dan Dr Mohd Azmi Abdul Razak mendapati fosil ditemui itu berkemungkinan Stegodon.
"Diharap, kawasan penemuan diwartakan oleh kerajaan negeri supaya dilindungi daripada pencerobohan dan boleh dicadangkan sebagai satu geotapak baru Geopark Lembah Kinta.
"Di samping jenis haiwan yang masih hidup, ada bukti dari lokasi penemuan Stegodon dan tapak paleontologi lain yang menunjukkan tinggalan haiwan yang sudah pupus pernah wujud di Semenanjung Malaysia seperti Orang Utan, badak sumbu Sumatera, badak raya Java, beruang hitam Asia dan satu spesies tikus kuno yang sudah lama pupus dari seluruh dunia.
Menurut Dr Ros Fatihah, penemuan itu hasil maklumat kumpulan peneroka gua, Kinta Valley Watch selain tinjauan serta kajian pasukan penyelidik.
"Kajian setakat ini menunjukkan tinggalan hidupan ini tidak berasosiasi dengan manusia purba.
"Namun amat penting dalam kajian berkaitan sejarah migrasi fauna kuno dan juga perubahan alam sekitar di rantau Asia Tenggara," katanya.
Menurut Dr Ros Fatihah, Stegodon merupakan salah satu genus Proboscidea daripada famili Stegodontidae yang sudah lama pupus.
Katanya, gajah purba itu berbeza dengan spesies moden Asia (Elephas maximus) yang masih wujud di Malaysia dari segi morfologi, ekologi dan taksonomi.
"Tiada penemuan fosil Stegodon di Malaysia sehingga kini. Justeru, perkara ini amat penting dari segi biogeografi dengan implikasi terhadap pembinaan semula sejarah laluan migrasi biota zaman Pleistosen, termasuk manusia.
"Perak mempunyai kepelbagaian spesimen dan spesies Proboscidea yang paling tinggi di Malaysia, iaitu sekurang-kurangnya dua atau tiga jenis Proboscidea yang berlainan pernah hidup di Semenanjung Malaysia seperti Stegodon sp, Elephas maximus dan berkemungkinan juga Palaeoloxodon namadicus.
"Fosil dikenal pasti sebagai Stegodon oleh Lim Tze Tshen dan juga hasil dari perkongsian pakar dari seluruh dunia iaitu antaranya 5th Earl of Cranbrook, Datuk Seri Gathorne Gathorne-Hardy dari Natural History Museum (London), Dr John de Vos dari Naturalis Biodiversity Center (Leiden), Dr Gert van den Bergh dari Universitin Wollongong, Australia, dan Dr Gerrell Drawhorn dari Universiti California (Sacramento), Amerika Syarikat," katanya.
FOSIL Stegodon yang ditemui saintis UM di dalam sebuah gua batu kapur di Gopeng. FOTO IHSAN UM
"Dengan kesedaran awam tentang pentingnya memelihara bukit batu kapur daripada ancaman pengkuarian dan penemuan fosil ini sebab kukuh untuk pemeliharaan berterusan," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UM, Datuk Abdul Rahim Hashim merakamkan ucapan tahniah kepada penyelidik yang menemui fosil itu dan berterima kasih kepada semua pihak terbabit.
PROSES mengeluarkan fosil gigi Stegodon daripada dinding gua. FOTO IHSAN UM
"Penemuan fosil ini satu tonggak sejarah dalam bidang kajian paleontologi kuaterner di Malaysia.
"Setakat ini, hanya ada dua sarjana kedoktoran dianugerahkan dalam bidang ini iaitu yang pertama berkenaan fosil dan paleo-ekologi mamalia besar manakala satu lagi berkenaan fosil dan paleo-ekologi tikus.
"Selain itu, beberapa penerbitan dihasilkan mengenai penemuan tapak fosil mamalia baru yang berpotensi tinggi di Semenanjung Malaysia dan penentuan umur geologi tapak lama dengan menggunakan kaedah yang terkini.
"Syabas dan tahniah saya ucap kepada Dr. Ros Fatihah dan pasukan beliau yang berjaya membuka lembaran baru bidang kajian ini.
"Setinggi-tinggi penghargaan juga diucap kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Perak dan Perbadanan Taman Negeri Perak kerana memberikan kerjasama bagi menjalankan kajian lanjutan di tapak penyelidikan," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 6:40 AM
Khamis, 8 Oktober 2020
Ahad, 4 Oktober 2020
Ikan RM17,039
MyMetroUtama
Agensi
New Delhi: Tuah buat seorang wanita di India yang menjadi 'kaya' sekelip mata selepas menangkap ikan gergasi seberat 52 kilogram.
Gulf News melaporkan hasil tangkapan itu dijual di pasar berdekatan dengan harga 6,200 rupee (RM352) sekilogram.
Pushpa Kar, penduduk di kampung Chakphuldubi, Pulau Sagar di barat Bengal menangkap ikan gergasi dari sebuah sungai di perkampungan itu sebelum meraih 300,000 rupee (RM17,039) menerusi hasil jualan itu.
Penduduk tempatan mendakwa, penemuan ikan gergasi itu belum pernah berlaku sebelum ini.
Bercakap kepada media tempatan, Kar menyifatkan ikan itu umpama rezeki terpijak buatnya seumur hidup.
"Saya dapat lebih daripada 300,000 rupee selepas menjual ikan itu di pasar borong.
"Saya tidak pernah nampak ikan sebesar itu seumur hidup saya. Di sini, Silver Croaker dipanggil ikan Bhola," katanya.
Difahamkan, wanita itu ternampak ikan berkenaan terapung sebelum terjun ke sungai dan sedaya upaya membawanya ke tebing.
Penduduk tempatan membantu wanita itu membawa ikan itu ke pasar.
"Ikan itu kemungkinan terbunuh kerana berlanggar dengan kapal," kata seorang penduduk kampung.
Sementara itu, peniaga tempatan mendakwa nilai ikan itu kemungkinan lebih mahal jika ia tidak mati dan membusuk.
Lemak ikan itu dijual dengan harga tinggi dan dieksport ke negara di Asia Tenggara, malah maw ikan (perut ikan) boleh mencecah sehingga 80,000 rupee (RM4,544) sekilogram atau lebih mahal lagi.
Seorang pengguna Twitter, Pooja Mehta membuat ciapan tentang penemuan ikan yang menjadikan wanita itu kaya dalam semalaman hingga perkongsian itu menjadi tular dan jadi bualan ramai.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2020 @ 6:30 AM