Jumaat, 28 Mac 2014
Selasa, 25 Mac 2014
Bom zaman Jepun ditemui
timbunan pasir ketika kerja meratakan tanah, kelmarin.
Sharifuddin Yunus, 40, berkata, pada awalnya dia menyangka objek itu adalah batu, tetapi apabila diamati ianya seperti bentuk bom.
Menurutnya, bom itu ditemui di hadapan stor menyimpan peralatan pembinaan dan kenderaan berhampiran sebuah sekolah, di sini, petang kelmarin.
“Ia seperti batu berwarna hitam, tetapi selepas menyedari objek berkenaan berkemungkinan bom saya hanya melihat dari jauh,” katanya.
Dia kemudiannya memberitahu penyelia tapak, Saiful Afendy Rashdi, 25, sebelum membuat laporan di Balai Polis Permas.
Dengan penemuan bom itu, kerja pembinaan terpaksa dihentikan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan bagi mengesahkan penemuannya.
Sementara itu, Saiful Afendy berkata, pihaknya hanya akan menyambung kerja pembinaan hari ini bagi memastikan tahap keselamatan pekerja dan bahan yang ada di stor penyimpanan.
Kawasan penemuan bom itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mengetahui cerita sebenar, sejak petang kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin mengesahkan objek yang ditemui itu adalah sebutir bom yang masih aktif.
Katanya, bom seberat 25 kilogram dan sepanjang 16 inci itu dipercayai dari jenis Shell Marin iaitu sejenis bom yang digunakan tentera marin.
Selain itu, bom ini juga dipercayai telah dijatuhkan di sungai pada zaman Jepun berdasarkan kepada perkataan ‘Mark 6’ yang ada pada badan bom berkenaan.
Zahaliman berkata, bom berkenaan telah dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, kira-kira jam 8 pagi, semalam.
sumber-http://gambargambarpelik.blogspot.com/2012/01/bom-zaman-jepun-ditemui.html
Keunikan bujang berselasar
Oleh ROSALINDA MD. SAID
utusanterengganu.@utusan.com.my
PETUGAS melakukan kerja-kerja
membuka rumah tradisional Terengganu untuk dipindahkan ke Muzium Warisan
Melayu, Universiti Putra Malaysia.
KUALA TERENGGANU 19 Mac - Seni
bina rumah tradisional merupakan sebahagian daripada gambaran sejarah
perkembangan ketamadunan bangsa yang dikaitkan dengan sifat kreatif dan
inovatif masyarakat Melayu silam.
Melalui reka bentuk dan cara
pembuatannya, warisan itu yang dilanda arus kehidupan moden hampir lenyap
bersama ketinggian ilmu seni pertukangan dengan setiap ciptaan membawa maksud
tersendiri dalam kehidupan selain keindahannya.
Ia disesuaikan pula fungsinya
dengan pegangan agama dan kepercayaan, hubungan kemasyarakatan, cuaca dan
persekitaran yang boleh dilihat mencapai titik kesempurnaan melalui rumah
bujang beselasar (berserambi).
Rumah jenis itu merupakan
antara bentuk terawal dibina dan paling popular dalam sejarah pembuatan rumah
tradisional di negeri ini selain rumah bujang berpeleh, rumah tele dan rumah
limas potong Belanda.
Salah satu warisan terakhir itu
masih boleh dilihat dalam bentuk asalnya merupakan milik Wan Ahmad Hassan Wan
Abdullah, 57, di Kampung Tanjong Pasar dekat di sini, namun dalam keadaan uzur
dan menunggu masa diruntuhkan bagi memberikan laluan kepada projek pembangunan
kawasan itu.
Ia bakal menjadi tidak lebih
sebagai satu longgokan kayu buruk dan terbuang. Namun Muzium Warisan Melayu,
Universiti Putra Malaysia (UPM) melihat itu suatu khazanah yang berharga dan
peluang memilikinya tidak dilepaskan begitu sahaja.
Kewujudan rumah bujang berselasar
di muzium itu yang akan dibangunkan semula dalam bentuk asal bakal melengkapkan
penempatan rumah tradisional yang dikategorikan mengikut tiga zon selain rumah
kutai Perak (zon utara) dan rumah minang (zon selatan).
Rumah berusia hampir 150 tahun
dibina sendiri oleh pemiliknya, Wan Muda Wan Hassan, seorang pembuat perahu
serta barangan tembaga itu memperlihatkan ciri-ciri unik yang tidak terdapat
pada kebanyakan rumah tradisional lain di sekitar Semenanjung.
Wan Ahmad Hassan yang
mewarisinya, menyerahkan secara rasmi kepada pengarah muzium berkenaan, Dr.
Muhammad Pauzi Abd. Latif baru-baru ini sebelum kerja-kerja menanggalkan rumah
itu dilakukan untuk dibawa ke muzium.
Menurut Dr. Muhammad
Pauzi, pihaknya berusaha
mencari rumah sebegitu sejak tahun lalu dan berasa bertuah berpeluang
mendapatkannya, bukan sahaja untuk koleksi pameran dan diabadikan tetapi
sebagai bahan pengajian dan penyelidikan serta pemuliharaan.
"Dalam catatan pengkaji barat
ada menyatakan rumah bujang berselasar berusia hampir 150 tahun dan dengan ciri
papan dinding kembung yang terdapat pada rumah ini secara tidak langsung
membuktikan usianya yang lebih satu abad.
"UPM sangat berminat
dengan rumah yang didirikan oleh Allahyarham Wan Muda Wan Hassan kerana ia
mempunyai ciri yang tidak ada pada kebanyakan rumah Melayu lain di Semenanjung.
"Bagi saya, rumah ini
mempunyai banyak keunikan selain tanpa elemen paku, seperti diperbuat daripada
kayu cengal yang berlantaikan kayu seraya serta bertiang 12 selain lantainya
berpasak dan berselak," katanya.
Rumah bujang berselasar
lazimnya berbumbung panjang dengan papan pemeleh dan beralas atap singgora
memberi tekstur menarik selain identitinya turut terletak pada struktur tiang
dan ruang selasar, rumah ibu dan dapur.
Sesuai dengan namanya bujang,
rumah ini tidak mempunyai bilik sebaliknya hanya mempunyai ruang luas (rumah
ibu) kerana masyarakat Melayu mementingkan perjumpaan atau berkumpul untuk
majlis keramaian dan keagamaan.
Aras paling tinggi adalah rumah
ibu yang boleh dilalui di bawahnya dengan pelbagai aktiviti harian boleh
dijalankan atau untuk teduhan barangan kelengkapan manakala selasar hanya
setinggi paras pinggang orang dewasa.
Selasar berfungsi sebagai ruang
untuk mengajar mengaji, menjahit pukat atau jala dan aktiviti santai yang
banyak melibatkan kaum lelaki.
Bercerita lebih lanjut mengenai
butiran rumah itu, Dr. Muhammad Pauzi berkata, rasional di sebalik lantai
jarang adalah untuk memenuhi keperluan seperti membasuh lantai, memandikan
mayat, menyapu menyapu habuk, selain menyejukkan.
Salur angin yang menghiasi
dinding rumah bagi menggantikan tingkap pula berfungsi untuk memberi
pengudaraan dan pencahayaan yang baik di ruang rumah ibu.
"Elemen tangga juga
penting dalam rumah bujang berselasar dan terdapat sebuah tangga yang
menghubungkan selasar dengan tanah dan selasar dan ruang ibu.
"Binaan bumbung yang
rendah pada pintu sekali gus menuntut posisi menunduk ketika memasuki rumah ibu
sebagai tanda hormat kepada tuan rumah," katanya.
Sementara itu, Wan Ahmad Hassan
berkata, dia terharu dengan inisiatif UPM dan tidak sangka rumah pusaka
berkenaan mempunyai nilai begitu tinggi sehingga dibeli untuk terus dibangunkan
semula.
"Menurut cerita ayah,
selepas datuk meninggal pada 1937, semua anak-anaknya berpindah. Rumah itu
kemudian disewakan sampai kini. Jadi boleh dikatakan kesemua generasi cucu
termasuk saya tidak pernah tinggal di rumah itu.
Wan Ahmad Hassan melahirkan
rasa terharu dan bangga apabila pihak UPM mengambil inisiatif mengambil rumah
berkenaan untuk dijadikan sebagai bahan sejarah.
"Sekiranya mereka tidak
mengambil rumah ini, ia akan dirobohkan begitu sahaja kerana kampung ini akan
dimajukan.
"Dengan terpeliharanya
rumah ini, ia juga mengekalkan sejarah kepada keluarga kami kerana arwah datuk
yang membina rumah ini dan kami adik-beradik akan dapat terus melihat warisan
itu di muzium kelak," katanya.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20140320/wt_01/Keunikan-bujang-berselasar#ixzz2x2x59rvS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Isnin, 24 Mac 2014
Bekas pegawai polis zaman darurat terima pingat
Bekas pegawai polis zaman
darurat terima pingat
25 Mac 2014
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menganugerah Pingat Jasa
Pahlawan Negara (PJPN) kepada 104 bekas pegawai polis yang berkhidmat pada
zaman darurat.
Istiadat penganugerahan itu
yang pertama kali diadakan di Semenanjung turut disaksikan Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar di Dewan Bankuasi Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur
(Pulapol) di sini.
Ia diadakan sempena sambutan
peringatan Hari Polis Ke-207.
Pingat dikurniakan bagi
menghargai jasa kepahlawanan dan bakti mereka kepada negara semasa zaman
darurat (12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960) serta zaman insurgensi komunis (17
Jun 1968 hingga 2 Disember 1989).
Ia juga bagi mengiktiraf mereka
yang berkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara di Sabah dan Sarawak. -
Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
25.3.14
Perahu lama ‘timbul’
Oleh Ahmad Ismail
Segamat: “Pada waktu malam selepas membawa pulang perahu lama itu ke rumah, saya bermimpi dikejar dua lelaki berbadan besar,” kata Sulaiman Hussain, 39, penduduk Kampung Spang Loi yang mendakwa menemui artifak lama berusia ratusan tahun ketika mencari ikan di Sungai Muar.
Menurutnya, dia menemui perahu berkenaan bersama beberapa serpihan pinggan mangkuk dan botol serta terompah kayu ketika mencari ikan di sungai yang terletak berdekatan rumahnya pada jam 5.30 petang, 14 Mac lalu.Katanya, dia ke sungai berkenaan bersama lima rakannya untuk mencari ikan berikutan paras air yang surut susulan kemarau.
“Tidak lama kemudian, saya ternampak sebatang kayu besar timbul dan membawanya pulang ke rumah kerana bercadang untuk dijadikan pagar kebun sayuran saya.
PENDUDUK kampung melihat perahu yang ditemui Sulaiman (kanan).
“Dengan bantuan rakan lain, kami cuba menariknya tetapi terlalu berat. Apabila menyimbahnya dengan air sungai untuk melihat apakah sebenarnya kayu yang kami tarik itu, saya terkejut apabila mendapati ia sebenarnya sebuah perahu.
Artikel ini disiarkan MYMETRO ONLINE pada : 2014/03/25
PERJANJIAN MALAYSIA – POLAND
Pada hari
ini 24.3 dalam tahun 1975,
satu perjanjian Pengangkutan
Udara telah ditandatangani oleh
Timbalan Menteri Komunikasi, Datuk Wan
Abdul Kadir bin
Ismail sebagai wakil
Kerajaan Malaysia dengan Jan
Raczkowski, wakil Republik Poland
di Kuala
Lumpur. Perjanjian yang mengandungi
17 artikel itu
bertujuan untuk membolehkan
penerbangan dua hala
dilakukan di antara kedua-dua
negara. Antara perkara penting
yang terkandung dalam
perjanjian tersebut adalah hak
melalui ruang udara, mendarat, berlepas, menurunkan penumpang, kiriman pos dan kargo di
tempat-tempat dan laluan
tertentu; hak menentukan
syarikat penerbangan yang akan
beroperasi di kedua-dua
pihak; hak membatal atau menggantung
perkhidmatan; kelayakan operasi
memenuhi taraf perkhidmatan udara
berdasarkan kepada Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa, Chicago 1944;
pengecualian cukai atau
duti; penetapan
undang-undang dan peraturan
kemasukan, menetap dan berlepas. Dengan
termaktubnya perjanjian ini,
Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) telah memperolehi
hak pendaratan di Warsaw, Poland. Manakala Syarikat
Penerbangan Nasional Poland
pula mendapat hak
yang sama di Kuala
Lumpur. Sesungguhnya, perjanjian
ini telah menyumbang kepada
pembangunan kerjasama berterusan
bagi memantapkan sistem
pengangkutan udara di
kedua-dua negara.
SUMBER: http://hids.arkib.gov.my
PELANCARAN PERSATUAN PELADANG KEBANGSAAN
Pada hari ini 24.3 dalam tahun 1972,
Persatuan Peladang Kebangsaan
telah dilancarkan oleh
Perdana Menteri, Tun Abdul
Razak bin Hussein. Upacara tersebut telah diadakan
di Maktab Pertanian Serdang dengan
dihadiri oleh 1,000 orang termasuk ahli-ahli persatuan, pegawai-pegawai kanan
kerajaan, wakil-wakil swasta
dan duta-duta asing. Tujuan penubuhan persatuan
ini ialah untuk menyatukan persatuan-persatuan peladang
dan mempelbagaikan kegiatan
paladang khasnya dalam bidang perniagaan
dan perusahaan selaras dengan Dasar Ekonomi
Baru. Antara matlamat penubuhan Persatuan peladang
adalah untuk memajukan taraf ekonomi, memperbaiki taraf
hidup golongan peladang, menambah pengetahuan
dan kemahiran untuk meninggikan hasil
pengeluaran serta menggalakkan
kerjasama antara peladang. Sebanyak RM 4.2 juta
telah diberi kan oleh kerajaan
sebagai modal pusingan persatuan
ini. Sejak ditubuhkan persatuan
ini telah menyediakan
banyak kemudahan seperti perkhidmatan kredit, membekal barang-barang keperluan ladang
dan perkhidmatan pamasaran dengan harga
berpatutan. Kini setelah sekian
lama Negara mengecapi
zaman kemerdekaan, persatuan ini
masih bergiat aktif
dan kini lebih
dikenali dengan nama
Pertubuhan Peladang Kebangsaan
atau NAFAS (NATIONAL FARMERS
ORGANISATION) yang diletakkan
di bawah tanggungjawab
Lembaga Pertubuhan Peladang.
SUMBER:http://hids.arkib.gov.my/
Sabtu, 15 Mac 2014
SEJARAH KEGEMILANGAN PENJAGA GOL BOLASEPAK MALAYSIA
R.ARUMUGAM PENJAGA GOL TERBAIK ERA 1970-an dan 1980-an
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
R. Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak
legenda Malaysia yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman"
kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan
pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau
telah memulakan kerjaya bola sepaknya ketika umur yang sangat muda. Beliau
memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun
iaitu ketika pertandingan Piala Remaja Burnley pada tahun 1971. Beliau kemudiannya
mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988.
Ketika itu Selangor yang turut diwakili oleh Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh
merupakan sebuah pasukan yang kuat dan Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia
sebanyak lapan kali.
legenda Malaysia yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman"
kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan
pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau
telah memulakan kerjaya bola sepaknya ketika umur yang sangat muda. Beliau
memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila berusia 18 tahun
iaitu ketika pertandingan Piala Remaja Burnley pada tahun 1971. Beliau kemudiannya
mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988.
Ketika itu Selangor yang turut diwakili oleh Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh
merupakan sebuah pasukan yang kuat dan Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia
sebanyak lapan kali.
Jumaat, 14 Mac 2014
BIOGRAFI FRANK SWETTENHAM
Patung Frank Athelstane Swettenham di Muzium Negara
Malaysia.
Sir Frank Athelstane Swettenham (1850 - 11 Jun 1946)
ialah Residen-Jeneral pertama untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (kini
sebahagian Malaysia) antara 1 Julai 1896 hingga 1901. Beliau merupakan salah
satu daripada hampir empat puluh orang pegawai Empayar British yang menentangi
Malayan Union. Disebabkan pengalamannya di Tanah Melayu, Swettenham mencipta
kamus "Perbendaharaan kata bahasa Inggeris-bahasa Melayu"
("Vocabulary of the English and Malay languages") serta menerbitkan
dua buah buku, iaitu "Keterangan-keterangan Ringkas Melayu"
("Malay Sketches") dan "Surat-surat Tanpa Alamat"
("Unaddressed Letters").
BIOGRAFI SWETTENHAM
Dilahirkan di Belper, Derbyshire, England sebagai anak
keempat James Oldham Swettenham, Swettenham menjadi kadet Perkhidmatan Awam
Negeri-Negeri Selat pada tahun 1870. Tiba di Singapura pada Januari 1871,
beliau lulus dalam peperiksaan akhir pengajian Melayu pada Julai 1872 dan
menjadi Penolong Pemungut Hasil Tanah. Jawatan-jawatan yang dipegangnya kemudian
termasuk:
1872 - 1873: Pemungut Hasil Tanah bagi Pulau Pinang dan
Seberang Perai
1874: Duta khas negeri Perak pada bulan Januari, Jun, dan
Julai; Penolong Residen Negeri Perak pada bulan Disember
1876: Penolong Setiausaha Kolonial bagi Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
1881: Setiausaha Kolonial
1882: Residen Inggeris di Selangor
1886: Pesuruhjaya bagi Negeri-Negeri Selat dan
Negeri-Negeri Melayu di Pameran Kolonial dan India
1889: Residen Perak
1901: Ketua Residen bagi Tanah-Tanah Melayu Bersekutu.
Swettenham bersara pada tahun 1904, dan dilantik menjadi
pengerusi Suruhanjaya Diraja Mauritius.
C.M.G.
K.C.M.G.
C.H. (Darjah Kebesaran Teman-teman Mulia)
G.C.M.G. (Darjah Kebesaran St Michael dan St George)
Sumber- Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Khamis, 13 Mac 2014
Rabu, 12 Mac 2014
PERASMIAN PELAYARAN ULUNG KAPAL BUNGA SIANTAN
Pada hari
ini 12.3 dalam tahun
1991, Perdana Menteri,
Y.A.B Dato’ Seri
Dr. Mahathir Mohamad
telah merasmikan Pelayaran Ulung Kapal ‘Bunga Siantan’ di
Pelabuhan Kelang Utara, Selangor. ‘Bunga
Siantan’ merupakan pelayaran ulung Kapal Tangki Minyak Sawit terbaru
syarikat Perbadanan Antarabangsa
Malaysia Berhad (MISC).
Turut serta dalam
majlis tersebut ialah
Pengerusi MISC, YM Raja Tan Sri Muhammad Alias, Menteri-Menteri dan
dif-dif Kehormat. Pada majlis
tersebut juga Perdana
Menteri telah melancarkan
perkhidmatan pengangkutan
kontena, MISC Haulage Services
Sendirian Berhad iaitu
anak syarikat MISC
yang mengendalikan kargo
tangki minyak sawit.
Perdana Menteri dalam ucapan
perasmiannya, berasa bangga kerana MISC mampu untuk mempertahankan kedudukannya
sebagai syarikat perkapalan Nasional
yang terbesar serta melaksanakan program
pembesaran angkatan
kapalnya. Beliau menyeru
agar semua pihak
berusaha untuk menawarkan
kadar yang kompetitif
bagi menarik pelanggan,
disamping memberi perkhidmatan
yang cekap. Dato’ Seri
Dr. Mahathir Mohamad,
juga berharap penyertaan
MISC Haulage Services akan
membuka era baru
dalam persaingan antara
syarikat-syarikat kontena tempatan
dan mengimbangi kuasa
perusahaan perkapalan asing
di Malaysia.
http://hids.arkib.gov.my/
PENGUMUMAN PENGAMBILAN PELAJAR PERTAMA KOLEJ PERHUTANAN
Pada hari ini 12.3
dalam tahun 1972
, Menteri Perusahaan
Utama, Y.B. Tuan
Haji Abdul Taib
Mahmud teleh mengumumkan pengambilan
pelajar pertama, Kolej
Perhutanan yang terletak
di Institut Perhutanan
Kepong. Seramai lebih
kurang 27 orang
telah mendaftar bagi
seisi pertama pengajian yang
dijalankan pada peringkat
diploma. Kursus yang
dilaksanakan selama 3
tahun ini diadakan dengan kerjasama
Institut Teknologi Mara
bagi menyediakan gunatenaga
kepakaran perhutanan kepada Institut Penyelidikan
Perhutanan negara. Dasar
Perhutanan negara telah mula
diperkatakan pada tahun
1952 apabila satu dasar perhutanan
sementara telah dirangka
bagi Persekutuan Tanah
Melayu yang menekankan kepada
keperluan mengadakan kawasan
hutan simpanan secara berkekalan
bagi pengeluaran dan
pelindungan. Akhirnya, pada
tahun 1978 Dasar
Perhutanan negara telah menjadi
kenyataan dan ianya
digunapakai oleh semua
Kerajaan Negeri di
Semanjung Malaysia.
Sesungguhnya setelah 50
tahun kemerdekaan negara,
bidang perhutanan terus
diberi penekanan bagi
memenuhi keperluan-keperluan pembangunan
sosio-ekonomi, perlindungan alam
sekitar, pemeliharaan dan
penggunaan sumber hutan
secara berkekalan.
SUMBER:http://hids.arkib.gov.my/